Sunday 16 November 2014

Teknik Penulis Jutawan: Tulis Apa Orang Minat Bukan Apa Kita Minat

(gambar: abunuha.wordpress.com)


Cara paling cepat nak jadi jutawan melalui penulisan ialah menulis apa yang orang Malaysia suka beli dan baca. Ia sama seperti produk pengguna, pengilang hanya akan keluarkan apa yang orang Malaysia suka beli bukannya apa yang taukeh kilang minat.




Maka sebab itulah produk-produk makanan sunnah sekarang sangat meletop. Pengilang tahu trend pembeli Muslim sekarang ni suka makanan bercirikan sunnah. Jadi pengilang-pengilang yang banyak modal keluarkan produk berorientasikan bahan-bahan dari Arab kemudian mereka OEM produk tersebut kepada syarikat2 bumiputera.

Macam tu jugaklah buku. Penulis yang bijak nak cari duit dan betul-betul nak kumpul duit melalui buku, mereka akan tulis buku apa yang orang suka baca. Kalau kita tulis buku yang kita minat, kalau terbit 20 tajuk pun belum tentu boleh dapat income sebulan RM1,000. Percayalah.

Langkah 1: Buat kajian dan senaraikan buku-buk terlaris di Malaysia.

Langkah 2: Senarai pendekkan buku yang berkaitan dengan minat dan kemampuan kita.

Langkah 3: Beli buku-buku bestseller dan buat kajian spesifikasi buku.

Langkah 4: Mulakan penulisan buku.

Tapi kalau apa yang orang minat tu sama dengan apa yang kita minat, memang bertuahlah.



No comments:

Post a Comment