Saturday 12 October 2013

Cara Mohon Barkod Buku (ISBN)

sumber gambar: utusan.com.my

ISBN adalah nombor barkod yang terdapat pada semua buku-buku di seluruh dunia. Barkod adalah standard dan yang membezakannya hanyalah nombor-nombornya.

Bagi sistem permohonan barkod ISBN di Malaysia, semua penerbit harus memohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara bertulis atau emel.

Langkah 1 : Siapkan Manuskrip Sepenuhnya

Siapkan dahulu manuskrip dalam bentuk format PDF. Maksudnya manuskrip telah siap sepenuhnya merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Cover design (depan & belakang) - 1 fail
  • Kandungan : muka surat hak cipta, kandungan, kata penerbit, kata pengantar, bab 1 ... bab akhir, bibliografi, indeks (jika ada) dan sebagainya. - 1 fail
*Kedua-dua fail ni bukan untuk diberi kepada PNM, ianya untuk persediaan diberi kepada pencetak. PNM hanya minta beberapa maklumat sahaja dari buku anda.
* Jangan memohon barkod ISBN jika belum siap manuskrip.

Langkah 2 : Beri fail manuskrip buku kepada pencetak

Berikan dua fail kepada pencetak terlebih dahulu sebelum mohon barkod ISBN. Fail itu ialah:

  • Fail 1 : cover design (format JPEG, minima 300 dpi)
  • Fail 2 : manuskrip penuh (format PDF). - dari muka surat hadapan hingga akhir.
*Selepas beri kepada pencetak, minta pencetak check dahulu semua fail dan beritahu jangan cetak lagi kerana anda akan memohon barkod ISBN dan PDP.

Langkah 2 : Isi Borang-Borang ISBN dan hantar

Jika pertama kali terbit, perlu isi 2 borang, iaitu:
Ketiga-tiga borang ni, boleh isi dengan tangan kemudian scan dan emelkan kepada isbn@pnm.gov.my. Jika ada mesin faks lebih baik, isi borang kemudian faks terus kepada PNM.

Jangan hantar borang saja, sertakan sama maklumat2 di bawah:

  • Sijil daftar syarikat SSM (jika terbit melalui syarikat sendiri).
  • Salinan IC individu (jika terbit tanpa syarikat). - Jika terbit secara individu tak perlu hantar salinan sijil syarikat.
  • Cover depan & belakang - Jika nak faks, print dahulu cover depan & belakang, kemudian faks. Jika nak hantar emel, just attach file cover depan belakang.
  • Muka surat hak cipta - iaitu muka surat hak cipta yang biasanya diletak sebelum muka surat isi kandungan. Muka surat ni ada tulis ayat yang berbunyi "Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ........".
  • Susunan ayat dan kedudukan maklumat dalam muka surat ni tak ada peraturan. Boleh ikut citarasa penerbit. Tapi barkod ISBN tak perlulah di masukkan kerana masih belum dapat. Jika selepas dapat barkod, design susunan muka surat ini diubahsuai, tidak mengapa.
  • Borang 02 (B1). - siap di isi. 
  • Borang 02 (B2) - siap di isi. Tinggalkan kosong ruang nombor ISBN dan ID Penerbit.
  • Borang PDP - siap isi. Tinggalkan kosong ruang ISBN. Pada ruang Tarikh jangka terbit, letak lebih kurang 30 hari dari tarikh hantar borang.
*Borang PDP eloklah diisi kerana memudahkan pihak Perpustakaan meluluskan tender supply buku. Mana tahu, kalau buku-buku tulisan kita terpilih.

Langkah 3 : PNM akan hantar barkod ISBN dan maklumat PDP.

Maklumat barkod akan dihantar melalui emel atau faks, begitu juga PDP. Apa yang perlu anda ambil ialah nombor barkod sahaja 987..... Simpan nombor tu untuk dibuat design barkod. Jika anda tiada software barkod ISBN generator, anda boleh beri kepada pencetak. Mereka biasanya ada software untuk buat barkod.

Maklumat Pengkatalogan Data Penerbitan (PDP) - akan diberi kepada anda dalam bentuk susunan berikut:

Perpustakaan Negara Malaysia                Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Ahmad Affandi Mohamad
Cara Membuat Kuih Pau / Ahmad Affandi
ISBN : 987-967-1111-10-1
1. Busines,  Malay.  I.Judul
286.12

Maklumat di atas hendaklah di taip semula dalam ruang muka surat hak cipta. 

Langkah 4: Lengkapkan semula manuskrip

Barkod - selepas dapat barkod ISBN, minta designer (atau pencetak) masukkan di bahagian belakang kulit buku anda.

Maklumat PDP - selepas taip maklumat PDP dalam manuskrip dan susunnya, save semula fail dalam format PDF dan beri semula kepada pencetak.

Selepas siap muka surat hakcipta tak perlu hantar semula kepada PNM.

PERHATIAN

* Biasanya 2 fail diberi kepada pencetak iaitu Cover design (depan belakang) dan manuskrip penuh. 



12 comments:

  1. berharap dapat menerbitkan buku sendiri. Terima kasih kerana perkongsian ilmunya

    ReplyDelete
  2. Terima kasih byk2 😄😄

    ReplyDelete
  3. Terima kasih atas panduan yang sangat jelas.

    ReplyDelete
  4. harap saya dapat menerbitkan buku sendiri kelak. Amin

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  6. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. Salam. Saya tak dapat klik link borang yang dilampirkan. Adakah url link tersebut sudah berubah?

    ReplyDelete
  10. Salam. Saya tak dapat klik link borang yang dilampirkan. Adakah url link tersebut sudah berubah?

    ReplyDelete
  11. Assalamualaikum. Terima kasih kerana berkongsi ilmu yang sangat bagus serta panduan yang sangat jelas. Sekiranya ada kursus beritahu lah ...boleh kawan join sekali nak berguru dengan tuan sehingga tercapai cita-cita saya dapat mengeluarkan buku yang pertama...manuskrip dah hampir 75% siap ni..anyway thanks. Regards Rashid Trekker.

    ReplyDelete
  12. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete