Wednesday 30 October 2013

Jangan Lupa Kira Matematik Hidup Anda!!

Antara perkara yang terlupa dibuat oleh 90% manusia waras ialah mengira jam-jam waktu seharian. Dan orang yang paling kerap lupa ialah golongan pekerja siswazah.

Perkara apa yang perlu dikira seharian tu?

Perkara-perkara yang perlu dikira ialah:

1.   Waktu bangun tidur sebelum ke tempat kerja.
2.   Tempoh masa keluar dari rumah ke tempat kerja.
3.   Tempoh masa selepas hantar anak dari rumah pengasuh ke tempat kerja.
4.   Waktu pulang dari kerja. Berapa minit yang diambil di atas jalan raya.
5.   Jumlah wang yang dikeluarkan ketika makan di tempat kerja.
6.   Berapa kenaikan gaji tahunan pada kadar prestasi biasa.
7.   Berapa tahun lagi untuk pencen.
8.   Berapa belanja untuk anak anda pada hari raya jika semuanya sudah bersekolah.
9.   Berapa banyak (maksima) anda mampu simpan dalam sebulan. Darabnya dengan 10 tahun.
10. dan macam-macam lagilah.

Semua perkara di atas, anda akan lakukan setiap hari sehingga berumur 56 tahun, atau mungkin lebih.

Jika ANDA bekerja makan gaji (walaupun gred JUSA), anda perlu lakukan kesemua di atas SEUMUR HIDUP anda.

Semua perkara di atas berlaku kepada golongan siswazah yang bekerja. Bayangkan gaji anda RM3000. Gaji isteri anda RM3000 jugak. Adakah anda boleh simpan RM6000 sebulan? Sudah tentu tidak.

Bayangkan anda mampu simpan RM2500.00 sebulan setelah dicampur simpanan isteri dan anda. Maka setahun ialah RM30,000.

Tetapi yang malangnya ialah, ada golongan yang siswazah seperti anda, umur lebih kurang anda, dan tidak perlu buat kesemua 10 perkara di atas tetapi mempunyai pendapatan RM70,000 sebulan. Jika anda dapat mengetahui dan mengenali golongan itu, sudah pasti anda cemburu sakan.

Di mana anda nak kenal golongan ini? Rajin-rajinlah lawat Pesta Buku Antarabangsa, Pameran Usahawan Asas Tani, MOCCIS, dan apa-apa sahaja pameran berkaitan perniagaan. Anda akan jumpa orang yang latar belakangnya seperti anda. Orang-orang biasa saja tetapi pendapatannya BESAR.

Paling anda akan sakit hati ialah apabila anda mengetahui ada sesetengah golongan ini tidak memiliki ijazah dan diploma pun, dan tak pernah masuk universiti. Mereka bukan orang-orang politik, menagih tender kerajaan atau broker tanah. Mereka orang yang mempunyai produk.

Jika mereka boleh, anda juga boleh. Mereka tiada bezanya dengan kita. Yang membezakan hanya cara berfikir.

2 comments:

  1. Artikel yang menarik..sekarang yang ada Ijazah pun susah nak dapat kerja..ke hulu kehilir mohon kerja..macam minta sedekah pun ade...

    ReplyDelete
  2. sy terkesan dgn artikel tuan, skarang saya menjawat jawatan seorang pengajar di salah sebuah politeknik, dalam usia hampir mencecah 30an.. tuan rasa sempat lagi ke saya binaan pekerjaan sendiri yang lebih memuaskan hati.. bekerja dengan bos2 yg pentingkan diri shj kejar kpi sendiri amat menyusahkan..

    ReplyDelete