Wednesday 22 May 2013

Cara bank meluluskan loan kereta anda



Salam,

Hari ni kita cakap sikit soal bank. Pasal camna bank nak lulus kereta anda. Ada 2 jenis pembeli kereta, iaitu individu pekerja makan gaji dan pemilik syarikat. Kalau pesara pencen mungkin macam lain skit.

Makan Gaji (Ada slip gaji)

Berdasarkan slip gaji (kerajaan atau swasta), bank akan kira 1/3 dari gaji. Maksudnya, jika gaji penuh sebulan RM2000, maka 1/3 dari 2 ribu ialah RM666.00. Ini bermakna, kereta yang layak dipakai ialah yg bayaran bulanannya maksima RM666.00.

Ada juga yg gaji RM2000 boleh beli kereta Vios, City dan Livina yg harganya hampir RM90k. Kelulusan yg diperoleh itu pula bergantung kpd maklumat tambahan, iaitu kemungkinan pemohon ada isteri/suami yg bekerja dgn gaji yg hampir sama. Maka bank consider, pemohon ada lebihan wang yg banyak.

Ada juga yg dah blacklist, tapi masih boleh beli kereta. Itu pula bukan bergantung kpd bank tetapi kepada pusat jualan kereta tersebut. Kalau tokey kedai kereta tu kenal rapat dgn mana2 manager bank maka label blacklist tu blh diputihkan dlm komputer.

Pemilik syarikat

Pemilik syarikat (kerja sendiri) yg nak beli kereta mesti ada transaction akaun yg baik. Cara kiraan bank utk luluskan loan ialah mengambil 30% dari transaksi akaun masuk syarikat secara bulanan. Contohnya, jika syarikat masuk RM30k tiap-tiap bulan, maka 30% dr RM30k tu dianggap pendapatan peribadi manager.

30% dari RM30k ialah RM9000. Jd RM9k dianggap gaji bulanan manager (walaupun takde slip gaji).

Kemudian, dari RM9k tu dikira 1/3 pula. Maksudnya 1/3 dari RM9k ialah RM3000. Ini bermakna, pemohon tu blh beli kereta yg bayaran bulanannya maksima RM3000 sebulan. Sesetengah bank sudah kenal  sesuatu syarikat, dan mereka berani bagi loan sampai 1 juta walaupun dlm sistem hanya layak kereta harga RM500,000 shj.

Kereta RM3000 sebulan ni biasanya jenis harga RM280,000 - RM320,000. Macam BMW 3 series, Audi A4, Mercedes C200, Toyota Velfire dan sbgnya.

Jika manager syarikat pertama kali buat loan dgn bank, maka pegawai bank akan datang buat site-visit ke premis perniagaan utk pengesahan. Kalau dh pernah buat loan, bank tak akan datang.

Selain itu, bank juga akan gunakan sistem CCRIS dr bank negara. CCRIS adalah pengkalan data maklumat anda dr zaman remaja sampai mati. Maklumat jenis2 bank yg anda pernah berurusan, maklumat jenayah atau kes mahkamah atau maklumat loan dgn bank lain akan ada.

Satu lagi, mana2 bank akan ada skala penilai untuk setiap pemohon loan. Skala yg dipakai digelar RG iaitu Risk Group. RG mempunyai skala 1 hingga 8. Skala RG tak tertulis dalam dokumen perjanjian bank anda tetapi tertulis dlm sistem komputer bank. Lebih rendah RG lebih mudah buat loan. Biasanya org makan gaji akan ada RG 4-5.

Sumber: Maybank. (Maklumat ni saya dapat dgn bertanya sendiri manager bank. Ini kira rahsia bank yg tak popular la, tapi elok juga kita tahu).





(

6 comments:

  1. Good info..thanks!

    ReplyDelete
  2. info y menarik

    ReplyDelete
  3. Adakah anda sedang mencari pinjaman perniagaan? pinjaman peribadi, pinjaman rumah, pinjaman kereta, pinjaman pelajar, pinjaman penyatuan hutang, pinjaman tanpa cagaran, modal teroka, dan lain-lain .. Atau adakah anda telah ditolak pinjaman oleh bank atau institusi kewangan untuk apa-apa sebab. Saya Mrs Ruth, pemberi pinjaman, pinjaman kepada perniagaan dan individu dalam kadar faedah yang rendah dan berpatutan kadar faedah 2%. jika Berminat? Hubungi kami hari ini di (daviesruthfirm@gmail.com)

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  5. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete