Saturday 31 October 2015

Murid Adalah Sumber Pendapatan Guru

Bagaimana murid boleh menjadi sumber pendapatan guru?

Caranya ialah menjadikan murid itu sebagai 'peminat' kepada penulisan guru.

Pelajar-pelajar sekarang semuanya ada Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga sangat bangga jika mereka mendapat tahu guru kelas mereka mempunyai buku.

Bahkan pelajar-pelajar sendiri (khususnya pelajar sekolah menengah) sentiasa menjadikan guru yang mempunyai buku ada lebih 'pakar' dari guru tanpa buku.

Jika anda ada buku, apa perlu anda buat?

Jika anda ada buku, khususnya buku rujukan atau modul pengajaran, sebaiknya buku tersebut dibukukan secara profesional walaupun tiada nama syarikat dan barkod.

Guru yang menulis buku rujukan, latihan dan modul pembelajaran lebih mudah membuat duit apatah lagi jika buku yg dibawa berbentuk buku sebenar bukannya jenis comb-binding atau stapler sahaja.

Jika anda ada novel sendiri, war-warkan kepada pelajar. Sebelum itu, bina page FB khusus untuk tajuk novel itu agar pelajar-pelajar boleh LIKE dan SHARE segala posting.

Jika anda ada buku yg tiada kaitan dgn pembelajaran sekolah, buat perkara yang sama juga, bina page FB untuk tajuk buku tersebut dan war-warkan kepada pelajar.

Langkah ini akan memudahkan 'penyebaran' nama anda dan status populariti anda sebagai penulis. Secara tidak langsung, anda mempunyai peminat tersendiri beratus-ratus orang.

Dari mana hasil wang itu datang melalui murid?

Pelajar tidak mempunyai wang, hanya sebahagian sahaja yg mampu beli. Tetapi pada diri pelajar mereka boleh menjadi elemen promosi. Apabila pelajar ke kedai buku dan bertanyakan tentang buku anda, tetapi tiada, maka pekedai buku akan membuat tempahan.

Biasanya pekedai akan cari melalui internet nama buku tersebut. Dari situ mereka akan jumpa blog atau FB page anda.

Selain itu, nama anda sebagai penulis buku juga akan tersebar jika ada sebahagian murid-murid kelas anda merupakan anak guru. Biasanya mereka akan teruja memberitahu ibu bapa mereka yg juga guru tentang buku anda.

Secara tidak langsung, nama anda telah famous di sekolah lain. Jika nak cepatkan popular, beri percuma kepada anak-anak guru. Ibu bapa mereka akan membelek-belek buku anda, kemungkinan anda menjadi bahan rujukan mereka.