Friday 15 July 2022

Guru Semakin Stress Kerana Tugasan Luar Bidang??


Sebagai bekas guru dan pernah menjawat jawatan tertinggi sekolah, saya memahami situasi ini. Kadang-kadang semangat membara untuk mengajar itu hilang macam tu saja bila diberi tugasan luar bidang. Biasanya tugasan luar bidang ini diberi ketika mesyuarat sesama guru. Atau pun paling kejam hanya terima notis dari Pengetua/Guru Besar.

Tugasan luar bidang bermaksud, tugasan yang tiada kena-mengena dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) seperti mengurus pendaftaran pelajar baru atau asrama, mencari tukang baik-pulih tandas sekolah, key-in data ke dalam sistem yang begitu banyak dan macam-macam lagilah.

Jika tugasan ini hanya melibatkan masa 1-2 hari, ia boleh juga munasabah. Tetapi jika ia menjadi kebiasaan assignment di mata pengetua...jenuh lah.

Bukanlah guru tidak mahu membuat kerja luar bidang tetapi bila ia menjadi kebiasaan dan amalan sekolah, guru secara automatiknya akan mengurangkan komitmen mengajar kepada 70% sahaja. Baki 30% lagi akan ditumpukan pada menyiapkan tugasan-tugasan luar bidang tersebut. Jika tak disiapkan, ia mungkin dipersoal selumat mungkin dalam mesyuarat atau pun dihentam guru-guru lain.

Jika tugasan luar bidang yg diberi itu melibatkan urusan sekolah dengan institusi lain dan berlaku beberapa kali dalam setahun...dah tentu fokus pengajaran akan berkurang kepada 50% sahaja. Baki 50% akan ditumpu pada tugasan tersebut.

Jika sekolah tersebut ada 30 orang guru (tidak termasuk Pengetua dan Pen. Kanan) dan kesemuanya mengurangkan fokus pembelajaran kepada 70%...itu pun dah cukup beri kesan kepada pencapaian murid.

Wassalam...

Friday 5 March 2021

Alhamdulillah.....berjaya buka juga !!!

 Sempena musim2 Covid ni, barulah dpt buka blog yg dh berhabuk ni...

Salam semua, peminat penulisan buku...harap anda semua sihat walafiat sekeluarga.

Amin ya rabbal 'aalamin.

Saturday 24 November 2018

Ni lah akibatnya bila serah password kat Google suruh ingat!!!



Assalamu'alaikum...

Dah lama tak update...bukan sbb takde berita, tp hilang semua password. Maklumlah bila semua nak suruh pakcik google ingatkan untuk kita, last2 bila format komputer, terus hilang semua.

Nasib baik, saya ada catitkan pada buku nota lama yg baru terjumpa. Alhamdulillah....rasa udara segar masuk semula dalam benak kepala ini..

Sunday 13 August 2017

KAJIAN DATA PASARAN BUKU - NEILSEN BOOKSCAN



Baru-baru kemungkinan sudah ada mesyuarat dikalangan penggiat buku tentang cadangan penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Bagi saya ia suatu perkembangan yang baik. Dengan adanya servis ini, penulis buku dan penerbit sendiri boleh merujuk data pasaran buku dahulu sebelum menceburi bidang sesuatu tulisan. Jadi, tidaklah rugi dalam mengeluarkan kos cetak nanti.

Berikut artikel dari PTS Publication tentang penggunaan servis Neilsen Bookscan.

Thursday 12 May 2016

Pembaca Tidak Suka Penulis Rojak!



Saya ada menerima pertanyaan dalam emel dari seseorang. Ia bertanyakan tentang genre manakah yang paling diminati atau laris pada masa sekarang?

Terus-terang saya mengatakan semua genre boleh dikira laris dan diminati kerana semua genre mempunyai peminatnya tersendiri. Tidak adil jika mahu katakan hanya novel cinta yang diminati memandangkan novel-novel ini banyak difilemkan di ASTRO.

Novel mungkin kelihatan popular tetapi ia hanya popular dikalangan wanita sahaja. Kaum lelaki jangan haraplah nak baca novel tebal-tebal dan berkhayal.

Genre yang boleh laris dan evergren sebenarnya yang boleh menarik minat kedua-dua kaum iaitu lelaki dan wanita.

Dan yang paling penting ialah...penulis bukan jenis rojak atau disebut caca-merba.

Penulis Rojak bermaksud penulis tersebut cuba tulis semua bidang yang diminatinya. Dia menulis novel, menulis buku motivasi, tulis buku agama, tulis buku politik dan macam-macam lagi.

Pada anggapannya mungkin dia dianggap serba-boleh, tapi itu anggapan sahaja. Dalam indsutri buku, profesional adalah keutamaan para pembeli buku.

Pembeli mahu kenali seseorang penulis berdasarkan genrenya. Setiap genre ada penulis hardcore tersendiri.

Genre novel cinta berkaitan lelaki, sudah tentu orang akan cari Ahadiat Aqasyah. Jika genre novel cinta remaja, mungkin orang cari penulis Ain Maisarah, Nisah Haron dan lain-lain lagi.

Jika buku genre perubatan Islam dan rawatan jin, dah tentu orang cari buku Dato Haron Din, Dato Ismail Kamus dan Ustaz Syarhan Syafie.

Jika buku genre usahawan millionaire, dah tentu orang cari buku Dr. Azizan Osman, Dr. Irfan Khairi atau Azizi Ali.

Begitulah seterusnya...

Saturday 23 April 2016

Bos Perempuan Lebih Cerewet?

Di dalam perkhidmatan kerajaan, kita sering terdengar rungutan para pekerja tentang bos-bos mereka. Ada macam-macam perkara yang dirungut dari hal besar hinggalah hal sekecil semut.

Antara perkara yang paling pelik saya dengar ialah bos perempuan di satu jabatan yang selalu marah-marah bila ada staf perempuan berpakaian cantik atau blink-blink. Apabila pakaian yang cantik menjadi bahan untuk marah, ia sangat pelik.

Akhir sekali, setelah diteliti barulah saya ketahui, bos tersebut marah-marah kerana dia tidak suka staf-stafnya lebih cantik penampilan lebih darinya. Ini memang pelik.

Pada saya, selagi staf perempuan tidak memakai pakaian yang mendedahkan aurat, itu dah kira bagus. Jika pakaian cantik, pelanggan yang datang berurusan di pejabat pun agak selesa apatah lagi jika perkhidmatan juga baik.

Setakat yang saya selidik dari rakan-rakan, staf-staf perempuan di mana-mana jabatan pun tidak suka jika bos mereka PEREMPUAN.

Saya dapat simpulkan;

"HANYA PEREMPUAN MENGENALI PEREMPUAN"

Monday 11 April 2016

Panduan Mengira Muka Surat Buku Dalam MS WORD

Untuk menghasilkan buku dan design reka letak dalaman, penerbit akan menggunakan perisian Adobe InDesign. Hanya melalui perisian ini bilangan muka surat sesuatu manuskrip yang dihantar kepada penerbit dapat ditentukan. Kemungkinan penulis buku sukar untuk mengagak ketebalan muka surat buku tulisannya.

Biasanya penulis akan menaip di dalam MS WORD bukannya di dalam Adobe InDesign. Jadi untuk mengetahui berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip dalam WORD untuk melihat hasil muka surat buku bersaiz sebenar, sila lihat panduan di bawah.

Diandaikan buku yg bakal diterbitkan bersaiz berikut:

8.5 (T) X 6 (L) inci.

Jika guna font Times New Roman, saiz 13pt dan spacing 6pt (before & after). Maka,

30,000 patah perkataan (MS WORD) = 225 ms (buku sebenar)

Maksudnya jika ditaip dalam MS Word sebanyak 30,000 perkataan. Selepas manuskrip itu dipindahkan ke dalam Adobe InDesign, buku anda akan menjadi setebal 225 muka surat, tanpa sebarang gambar, hiasan dan kulit buku.

Mudah-mudahan panduan ini memberi manfaat kepada penulis semua.