Friday 15 July 2022

Guru Semakin Stress Kerana Tugasan Luar Bidang??


Sebagai bekas guru dan pernah menjawat jawatan tertinggi sekolah, saya memahami situasi ini. Kadang-kadang semangat membara untuk mengajar itu hilang macam tu saja bila diberi tugasan luar bidang. Biasanya tugasan luar bidang ini diberi ketika mesyuarat sesama guru. Atau pun paling kejam hanya terima notis dari Pengetua/Guru Besar.

Tugasan luar bidang bermaksud, tugasan yang tiada kena-mengena dengan Pengajaran dan Pembelajaran (PnP) seperti mengurus pendaftaran pelajar baru atau asrama, mencari tukang baik-pulih tandas sekolah, key-in data ke dalam sistem yang begitu banyak dan macam-macam lagilah.

Jika tugasan ini hanya melibatkan masa 1-2 hari, ia boleh juga munasabah. Tetapi jika ia menjadi kebiasaan assignment di mata pengetua...jenuh lah.

Bukanlah guru tidak mahu membuat kerja luar bidang tetapi bila ia menjadi kebiasaan dan amalan sekolah, guru secara automatiknya akan mengurangkan komitmen mengajar kepada 70% sahaja. Baki 30% lagi akan ditumpukan pada menyiapkan tugasan-tugasan luar bidang tersebut. Jika tak disiapkan, ia mungkin dipersoal selumat mungkin dalam mesyuarat atau pun dihentam guru-guru lain.

Jika tugasan luar bidang yg diberi itu melibatkan urusan sekolah dengan institusi lain dan berlaku beberapa kali dalam setahun...dah tentu fokus pengajaran akan berkurang kepada 50% sahaja. Baki 50% akan ditumpu pada tugasan tersebut.

Jika sekolah tersebut ada 30 orang guru (tidak termasuk Pengetua dan Pen. Kanan) dan kesemuanya mengurangkan fokus pembelajaran kepada 70%...itu pun dah cukup beri kesan kepada pencapaian murid.

Wassalam...

1 comment:

  1. Benar tuan. Semoga saya pun dapat pencen awal macam tuan 😊

    ReplyDelete