Tuesday 31 July 2012

Apa saya dapat jika anda jadi penulis?

Sebenarnya, saya tidak mendapat apa-apa. Saya bekerja sendiri sebagai editor bebas dan saya mengharapkan anda juga mampu menjana wang dengan menjadi self-publisher.  Saya di sini tidak menjual apa-apa produk dan hanya memberikan input pengalaman kepada anda yang berminat.

Bisnis buku kalau diceburi dapat menjana pendapatan RM30-40 ribu sebulan. Ia sesuatu yang serius. Saya berada dalam arena itu sekarang dan berpendapatan seperti itu. Saya tak perlu nak tunjukkan kemewahan yang ada kerana saya banyak gunakan wang untuk melabur dalam saham.

Tetapi saya bukanlah jutawan, saya juga jenis kategori suka berbelanja. Kalau tidur hotel tu, saya biasa ambik minima RM250 satu malam. Ada juga RM400 semalam. Bukanlah nak berbangga tetapi itu hasilnya dari kerja industri buku.

Nikmat jadi penerbit sendiri ni ialah anda mempunyai masa 24 jam bersama keluarga. Anda boleh buat kerja di rumah tanpa perlu membuang masa di tempat kerja. Kadang-kadang di tempat kerja, lebih banyak aktiviti bersembang-sembang dari bekerja, makan di kedai, berkursus, tidur dalam kursus, meeting dan sebagainya.

Ulama-ulama dahulu kerja mereka hanya menulis kitab bertimbun-timbun, banyak ilmu dicurahkan. Mereka tidak bekerja dengan orang-orang kaya. Nasib baiklah mereka tak letakkan Hak Cipta terpelihara pada kitab-kitab mereka, jika tidak jenuhlah syarikat-syarikat penerbitan seluruh dunia nak membayar royalti sehingga ke anak cucu mereka.

Bisnis Buku Lebih Kukuh Ekonomi

Dalam banyak-banyak industri, bidang yang paling untung sekali ialah penerbitan buku. Bisnis buku boleh dikatakan kalis ekonomi kerana pembelian buku bukan berdasarkan keadaan ekonomi tetapi faktor "minat".

Misalnya, orang yang minat novel seram tidak akan berhenti membeli novel tersebut walaupun ekonomi dalam keadaan gawat kerana novel itu tiada kena mengena dengan ekonomi. Orang yang minat bela burung tetap membela burung walaupun seluruh dunia sedang meleset ekonomi.

terbitsendiri.com

Sekiranya berlaku kegawatan ekonomi, orang awam akan terus membeli buku mungkin juga lebih banyak akan beli buku khususnya buku berkaitan cara meningkatkan pendapatan ketika ekonomi gawat. Soalnya sekarang buku tetap dibeli.

Tambahan pula, orang-orang yang baru dibuang kerja kerana ekonomi gawat, tiba-tiba ternampak buku cara menambahkan pendapatan ketika tidak bekerja, secara tidak langsung akan memberi rangsangan kepada individu tersebut untuk membeli.

Kesimpulannya, penggiat industri buku tetap untung ketika ekonomi gawat. Buku juga tidak bergantung kepada tender untuk menjadi kaya. Kalau nak harapkan pembelian dari perpustakaan negara hanyalah sekitar 1000 naskah (maksima) lebih sahaja untuk satu tajuk.

Maka saya sarankan jadilah penulis buku tidak kiralah sama ada anda tidak bekerja atau sedang bekerja. Jika ditakdirkan anda diberhenti kerja, pendapatan sampingan dari buku InsyaAllah boleh cover untuk beberapa tahun.

Sunday 8 July 2012

Sesetengah Penerbit Tidak Suka Cap Bestseller

Ya, benar. Sesetengah penerbit (biasanya orang lama) tidak suka buku-buku mereka yang laku keras diletakkan cap "bestseller" di atas kulit buku.

Kita juga harian, kadang-kadang orang kata buku si polan-si polan sangat laku walaupun dah bertahun-tahun di pasaran padahal tidak pula terdapat cap "bestseller" pada buku tersebut. Mengapa?

Apabila sesebuah buku diletakkan cap/tag "bestseller" ia menunjukkan kepada orang ramai bahawa buku itu memang laku. Apabila buku laku maka pendapatan juga lebih.

Sebenarnya ada maksud tersirat yang dirancang oleh kebanyakan penerbit. Tujuan untuk tidak meletakkan tag/cap bestseller di atas buku yang laku ialah supaya penerbit dapat menipu penulis masing-masing tentang unit kuantiti jualan sebenar yang berlaku ke atas buku-buku mereka.

Di situ, penerbit dapat menjimatkan wang royalti yang perlu dibayar kepada penulis.

Contohnya, buku bertajuk A telah laku di pasaran sebanyak 10,000 dalam tempoh 6 bulan. Maka penerbit memberi data kepada penulis mereka bahawa buku hanya laku 5000. Dari situ, penerbit hanya akan bayar royalti bagi 5000 unit sahaja yang terjual walaupun sebenarnya yang terjual adalah 10 ribu unit.

Perlu diingat bahawa, penulis bergantung sepenuhnya data jualan buku kepada penerbit. Penulis tidak mengetahui berapa kuantiti sebenar yang terjual. Disinilah kelemahan seorang penulis yang bekerja dengan syarikat penerbitan.

Penulis bergantung sepenuhnya kepada kejujuran penerbit. Bak kata pepatah, "nasiblah... kalau dapat yang baik...dapatlah. Jika tidak ....abislah."

Jika terbit sendiri

Jika menerbit sendiri, penulis mempunyai kuasa penuh untuk menukar design cover bukunya. Jika bukunya telah laku 10,000 unit setahun, dia boleh shaja pada bila2 masa meminta pencetak meletakkan cap bestseller di kulit bukunya. Ini kerana, penulis yang menerbit sendiri tidak bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan ke atas bukunya.

Isu Cap Bestseller Pada Buku


(foto: mstar online)

Lazimnya, semua penulis mahukan bukunya memiliki gelaran "bestseller". Gelaran ini adalah gelaran puaka dalam dunia indsutri buku. Hanya dengan gelaran inilah seseorang penulis tersebut dapat mengangkat martabatnya di arena industri buku dalam dan luar negara.

Pihak penerbit tempatan sendiri jika hendak import buku luar negara atau untuk diterjemah, mereka hanya akan pilih buku-buku yang bestseller.

(klik untuk besarkan imej) (sumber: darazzikryent.blogspot.com)

*Lihat tanda cap bestseller pada buku di atas. Ditulis "Terjual lebih 10,000 naskah dalam masa sebulan."

Bukan semua penerbit berani meletakkan cap tersebut. Itulah cap yang telah menaikkan nama Muhammad Alexander, penulis tersohor PTS Publication. Namun ada juga buku lain yang laku keras tetapi penerbit tidak letak cap bestseller (bukan PTS). Saya akan beritahu sebabnya pada artikel lain.

Sekarang kita bincang isu cap bestseller. Soalannya, bagaimana mengetahui buku itu benar-benar bestseller? dan apakah bukti-bukti kukuh buku itu benar-benar bestseller?

1) Buku tersebut telah habis simpanannya di stor buku milik pengedar. Walaupun bayaran dari pemborong atau pekedai belum diterima, tetapi ia dikira habis dijual.

2) Buku tersebut terjual melepasi 10,000 naskah dalam masa setahun. Jika 10,000 boleh habis dalam masa dua bulan itu lebih baik.

3) Kebanyakan tuan kedai buku mengesahkan sendiri kelarisan buku tersebut kepada anda. Jika anda berjalan-jalan melawati mana-mana kedai buku.

4) Buku tersebut diletakkan Cap Bestseller pada kulit buku. Ia memang sahih laku keras.

Jika anda seorang penulis yang bernaung di bawah penerbit besar, bagaimana mengetahui buku anda bestseller atau tidak?

Jawapannya: Jumpa dengan pengarah urusan Jualan atau Pemasaran, kemudian minta statistik senarai jualan buku anda. Analisis jualan buku ini biasanya diberikan kepada pekedai-pekedai buku untuk meyakinkan pihak tuan kedai bagi membuat tempahan yang tepat.

Berdasarkan analisis tersebut anda sebagai penulis boleh membuat penilaian kendiri, sejauh manakah larisnya buku anda.

(bersambung ....)