Sunday 8 July 2012

Sesetengah Penerbit Tidak Suka Cap Bestseller

Ya, benar. Sesetengah penerbit (biasanya orang lama) tidak suka buku-buku mereka yang laku keras diletakkan cap "bestseller" di atas kulit buku.

Kita juga harian, kadang-kadang orang kata buku si polan-si polan sangat laku walaupun dah bertahun-tahun di pasaran padahal tidak pula terdapat cap "bestseller" pada buku tersebut. Mengapa?

Apabila sesebuah buku diletakkan cap/tag "bestseller" ia menunjukkan kepada orang ramai bahawa buku itu memang laku. Apabila buku laku maka pendapatan juga lebih.

Sebenarnya ada maksud tersirat yang dirancang oleh kebanyakan penerbit. Tujuan untuk tidak meletakkan tag/cap bestseller di atas buku yang laku ialah supaya penerbit dapat menipu penulis masing-masing tentang unit kuantiti jualan sebenar yang berlaku ke atas buku-buku mereka.

Di situ, penerbit dapat menjimatkan wang royalti yang perlu dibayar kepada penulis.

Contohnya, buku bertajuk A telah laku di pasaran sebanyak 10,000 dalam tempoh 6 bulan. Maka penerbit memberi data kepada penulis mereka bahawa buku hanya laku 5000. Dari situ, penerbit hanya akan bayar royalti bagi 5000 unit sahaja yang terjual walaupun sebenarnya yang terjual adalah 10 ribu unit.

Perlu diingat bahawa, penulis bergantung sepenuhnya data jualan buku kepada penerbit. Penulis tidak mengetahui berapa kuantiti sebenar yang terjual. Disinilah kelemahan seorang penulis yang bekerja dengan syarikat penerbitan.

Penulis bergantung sepenuhnya kepada kejujuran penerbit. Bak kata pepatah, "nasiblah... kalau dapat yang baik...dapatlah. Jika tidak ....abislah."

Jika terbit sendiri

Jika menerbit sendiri, penulis mempunyai kuasa penuh untuk menukar design cover bukunya. Jika bukunya telah laku 10,000 unit setahun, dia boleh shaja pada bila2 masa meminta pencetak meletakkan cap bestseller di kulit bukunya. Ini kerana, penulis yang menerbit sendiri tidak bergantung kepada orang lain untuk membuat keputusan ke atas bukunya.

No comments:

Post a Comment