Thursday 30 May 2013

Review Pesta Buku Selangor 2013


PBS 2013 yang saya pergi baru2 ni, agak biasa dan sama suasananya seperti tahun lepas. Cuma bezanya, kali ni di tengah-tengah dewan tu ada perkhidmatan urut kaki refleksologi lelaki dan wanita. Susunan ruang juga sama seperti tahun lepas cuma bahagian tengah disediakan beberapa set sofa untuk pengunjung duduk.

Rata-rata sambutan agak menggalakkan walaupun pada cuti sekolah. Ketika saya pergi pada waktu tengahari iaitu ketika orang ramai masih banyak yg bekerja, keadaan dlm dewan juga agak ramai. Selain itu ada pertandingan kuiz untuk kanak2 sekolah rendah sedang berlangsung.

Secara kesimpulannya, pesta buku kali ini dilakukan dengan baik. Program-program bersama pengunjung yang diatur sepanjang pesta buku juga berjaya menarik kehadiran orang ramai.




















Sunday 26 May 2013

Penggunaan 2 Skrin Memudahkan Kerja Editor



Jika ingin mereka bentuk layout buku, saya syorkan guna 2 skrin komputer. Ia memudahkan kerja dan mempercepatkan akses maklumat.

Jika menggunakan 2 skrin, ia tidak menjadi masalah. Maklumat atau grafik yg ada pada skrin sebelah kiri boleh ditarik ke sebelah kanan. Saya biasanya di skrin sebelah kiri saya guna utk bukan web browser atau Adobe Photoshop atau Illustrator. Skrin kanan pula utk Adobe InDesign.

Selain itu, kelebihan guna 2 skrin ialah ia mengurangkan kesilapan dan kekeliruan dalam menulis. Anda tak perlu lagi nak sentiasa menekan button minimize dan maximize pada panel Word atau Adobe.

Tapi untuk pakai 2 skrin , anda perlu tukar Graphic Card pada bahagian dalam desktop. Tak perlu susah nak fikir. Just pergi ke mana2 kedai komputer, kemudian bagitau tauke tu, cakap nak bagi desktop ni jadi 2 skrin. Tauke tu akan tau nak buat camna. Biasanya dia hanya tukar Graphic Card.


(Gambar atas) Ketika melakukan kerja layout buku, saya biasanya guna skrin kiri untuk buka Adobe Photoshop dan sebelah kanan Adobe InDesign. Saya sebenarnya sedang menyiapkan buku formula matematik untuk sekolah rendah saiz poket. 

Lihat gambar poligon warna pink sebelah kiri tu. Saya design poligon guna Photoshop, kemudian setelah habis, saya tarikh grafik poligon tu ke sebelah kanan, dan ia masuk secara automatik dalam program InDesign yg saya buka sebelah kanan.

Daripada program WORD juga boleh dibuat begitu. Fail tidak hilang.

Di atas tu kerja2 layout sayab buat sendiri A to Z. Dari menulis, lukis grafik, susun atur sampailah mohon barkod dari Perpustakaan Negara. Dah 90% nak siap tu.

Kalau buat penulisan pula, saya suka guna keyboard jenis ergonomic design. Macam kat atas tu ialah keyboard jenis Logitech, lebih kurang RM280. Sekarang ni. model ni dah takde, dah diganti dengan model baru. 

Saya jenis kategori cepat menaip, dan boleh menaip tanpa tengok keyboard. Jd keyboard jenis ni memang sesuai utk sapa2 yg cepat menaip. Ia mengurangkan kesalahan ketika menaip.

*Ini bukan gambar di pejabat ni, ini di rumah saya. Saya bekerja di rumah.



Saturday 25 May 2013

Booking hotel: Persediaan ke Pesta Buku Selangor 2013



Pesta buku Selangor dah pun berlangsung 2 hari lepas tapi saya masih belum pergi lagi. Bukan apa, mula2 tu cadang nak stay kat Hotel Quality sebab dekat aje dgn SACC Mall tempat pesta buku. Boleh saja berjalan kaki. Lagi pun memang selalu stay kat situ.

Ntah camna terlewat book, tiba2 je penuh, sekali dengan Family Suite Room pun habis. Ni tak lain tak bukan memang geng-geng pesta buku dah ambil. Maklumlah cuti sekolah, apa jenis bilik pun dah habis. Biasanya saya book online je guna kad kredit.

Mau tak mau terpaksa book dekat Bluewave Hotel, tak jauh dengan Quality Hotel lebih kurang 200 meter saja. Bluewave ni mahal skit, dah tu check-in pukul 3 petang. Kedekut masa skit. Tapi makannya memang sedap lah, berbanding Quality Hotel.

Beza Bluewave dan Quality ni kalau nak banding menang lagi ke Bluewave. Hotel Concorde kat seksyen 9 tu pun tak boleh lawan. Bilik memang hebat tapi menu makanan tak berapa best. Saya pernah stay kat sana dengan famili.

InsyaAllah selepas melawat Pesta Buku Selangor nanti saya akan post gambar2 sekitar pesta buku. Nak tengok apa yang terbaru sangat.

Wednesday 22 May 2013

Fahami Cara Kira Pinjaman Bank



Ramai orang pernah buat loan (pinjaman) dari bank sama ada loan kereta, rumah, hartanah dan sebagainya. Satu-satunya loan yg anda jangan buat ialah loan utk beli saham. Pakar saham pun tak akan buat loan beli saham. Kita tinggal bab saham, kita pergi ke tujuan artikel ini.

Mungkin ramai dah mengetahui cara kira bayaran bulan loan. Di sini saya pamerkan cara kiraan sebenar.

Kiraan bayaran bulanan kenderaan

Harta : Kereta Proton Saga 1.5
Harga beli : RM45,000.00
Interest : 3.5% (Setahun) = bila buat kiraan, tukar kpd perpuluhan spt 0.035
Bil. tahun bayar : 9 tahun (standard lah tu)
Bil. bulan bayar : 108 bulan

Formula kiraan :

Harga beli + (Harga beli x Interest x bil tahun bayar)
                               Bil bulan bayar

45,000 + (45,000 x 0.035 x 9)   =   45,000 + 14175   =  RM 548 (sebulan)
                     108                                        108


Kiraan bayaran bulanan Pinjaman Peribadi

Jumlah pinjaman : RM50,000
Interest : 5.2% (setahun)
Bil. tahun bayar : 12 tahun
bil. bulan bayar : 144 bulan





Jumlah pinjaman + (jum pinjaman x Interest x bil tahun bayar)
                                      bil. bulan bayar

50,000 + (50,000 x 0.052 x 12)   =   50,000 + 31,200     =   RM 563.80
                       144                                        144


  • Ramai org tertipu dgn loan peribadi yg bank tawarkan. 
  • Cuba lihat kiraan di atas. Anda buat loan RM50,000 tetapi jum. bunga ialah lebih dari separuh loan anda kena bayar. Maksudnya, jumlah bunga (interest) shj ialah 62%. Lebih dari setengah.
  • Kalau anda bersabar sikit, simpan RM563.80 selama 12 tahun secara tetap anda akan dapati dalam akaun simpanan ialah RM81,187, lebih tinggi dari loan yg anda buat.
  • Banyak orang buat personal loan terlupa nak kira jumlah interest yg nak kena bayar. Mereka tak tahu bahawa interest yg kena bayar tu lebih dr separuh loan yg dibuat.


Sifat tak sabar membawa padah.


  • Sesetengah org tak sabar. Bila mula kerja gaji RM2000 terus beli kereta mahal2 spt Honda, Toyota yg harganya mencecah RM80,000. Tidak termasuk lagi potongan bayaran loan peribadi.
  • Biar kereta kecil tetapi simpanan berpuluh2 ribu. Jgn kereta besar tetapi nak simpan setahun RM5k pun payah.
  • Ingat, dlm tempoh 12 tahun pinjaman peribadi, anak dah pun Darjah 6. Banyak duit nak kena pakai. Dalam tempoh 12 tahun juga, takkan ada seorang anak punya, paling tidak pun 3 orang.
Apa pun, tidak salah membuat loan asalkan ada perancangan dan matlamat. Jika ada perancangan, loan sebanyak mana pun tidak memberi mudharat kepada peminjam. InsyaAllah...

Cara bank meluluskan loan kereta anda



Salam,

Hari ni kita cakap sikit soal bank. Pasal camna bank nak lulus kereta anda. Ada 2 jenis pembeli kereta, iaitu individu pekerja makan gaji dan pemilik syarikat. Kalau pesara pencen mungkin macam lain skit.

Makan Gaji (Ada slip gaji)

Berdasarkan slip gaji (kerajaan atau swasta), bank akan kira 1/3 dari gaji. Maksudnya, jika gaji penuh sebulan RM2000, maka 1/3 dari 2 ribu ialah RM666.00. Ini bermakna, kereta yang layak dipakai ialah yg bayaran bulanannya maksima RM666.00.

Ada juga yg gaji RM2000 boleh beli kereta Vios, City dan Livina yg harganya hampir RM90k. Kelulusan yg diperoleh itu pula bergantung kpd maklumat tambahan, iaitu kemungkinan pemohon ada isteri/suami yg bekerja dgn gaji yg hampir sama. Maka bank consider, pemohon ada lebihan wang yg banyak.

Ada juga yg dah blacklist, tapi masih boleh beli kereta. Itu pula bukan bergantung kpd bank tetapi kepada pusat jualan kereta tersebut. Kalau tokey kedai kereta tu kenal rapat dgn mana2 manager bank maka label blacklist tu blh diputihkan dlm komputer.

Pemilik syarikat

Pemilik syarikat (kerja sendiri) yg nak beli kereta mesti ada transaction akaun yg baik. Cara kiraan bank utk luluskan loan ialah mengambil 30% dari transaksi akaun masuk syarikat secara bulanan. Contohnya, jika syarikat masuk RM30k tiap-tiap bulan, maka 30% dr RM30k tu dianggap pendapatan peribadi manager.

30% dari RM30k ialah RM9000. Jd RM9k dianggap gaji bulanan manager (walaupun takde slip gaji).

Kemudian, dari RM9k tu dikira 1/3 pula. Maksudnya 1/3 dari RM9k ialah RM3000. Ini bermakna, pemohon tu blh beli kereta yg bayaran bulanannya maksima RM3000 sebulan. Sesetengah bank sudah kenal  sesuatu syarikat, dan mereka berani bagi loan sampai 1 juta walaupun dlm sistem hanya layak kereta harga RM500,000 shj.

Kereta RM3000 sebulan ni biasanya jenis harga RM280,000 - RM320,000. Macam BMW 3 series, Audi A4, Mercedes C200, Toyota Velfire dan sbgnya.

Jika manager syarikat pertama kali buat loan dgn bank, maka pegawai bank akan datang buat site-visit ke premis perniagaan utk pengesahan. Kalau dh pernah buat loan, bank tak akan datang.

Selain itu, bank juga akan gunakan sistem CCRIS dr bank negara. CCRIS adalah pengkalan data maklumat anda dr zaman remaja sampai mati. Maklumat jenis2 bank yg anda pernah berurusan, maklumat jenayah atau kes mahkamah atau maklumat loan dgn bank lain akan ada.

Satu lagi, mana2 bank akan ada skala penilai untuk setiap pemohon loan. Skala yg dipakai digelar RG iaitu Risk Group. RG mempunyai skala 1 hingga 8. Skala RG tak tertulis dalam dokumen perjanjian bank anda tetapi tertulis dlm sistem komputer bank. Lebih rendah RG lebih mudah buat loan. Biasanya org makan gaji akan ada RG 4-5.

Sumber: Maybank. (Maklumat ni saya dapat dgn bertanya sendiri manager bank. Ini kira rahsia bank yg tak popular la, tapi elok juga kita tahu).





(

Tuesday 21 May 2013

Adakah kerja anda berjaya membebaskan dari hutang?



Anda pergi kerja pkl 8.00 pg, berkejar-kejaran atas jalan raya, sampai tempat kerja, ikut arahan bos sampai pukul 5.00 petang. Kemudian balik, bersabung nyawa atas jalan raya lagi, kemudian sampai rumah, terlupa plak ambil anak di nursery, kemudian keluar semula, ambil anak. Bila dah ambil, tak pulang rumah lagi sbb nak singgah kedai makan dulu, beli makan malam siap2.

Adakah hari2 anda macam tu. Jika macam tu, adakah anda sanggup hidup selama 20 tahun sebegitu? Yang paling teruk adakah dengan hidup seharian begitu anda berjaya melunaskan hutang PTPTN yg ada, hutang kereta atau rumah?

Ataupun anda berjaya menambah hutang? iaitu :

Hutang rumah (RM150,000) + Hutang kenderaan (RM80,000) + Loan peribadi (RM50,000) = Jumlah (RM280,000).

Hutang rumah adalah paling lama iaitu 20-30 tahun. Ini bermakna, jumlah hutang anda selama bekerja ialah RM280,000. Itu belum kira interest lagi tu.

Jika kerja anda hanya memberi keletihan dan tak berjaya melangsaikan hutang, maka kerja anda sekarang hanyalah sekadar untuk hidup, bukannya bersenang-senang. Itulah penilaiannya.

Sunday 19 May 2013

Penulis Baru Jangan Takut Dengan Kepopularan Penulis Lama

Dalam dunia penulisan yakni industri buku, akan terdapat orang lama dan orang baru. Orang lama yang paling digeruni ialah penulis bestseller yang income ratusan ribu setahun dan sesetengahnya jadi jutawan segera.

Penulis lama bestseller biasanya novelis. Antara nama terkenal ialah Ahadiat Akashah, Ain Maisarah, Pak Latip, Nisah Haron, Awang Murshid dan lain-lain. Mereka ini amat terkenal dikalangan remaja. Golongan budak sekolahlah yang telah melariskan jualan novel mereka.

Tetapi adakah dengan adanya penulis hebat ini maka penulis baru tak boleh dapat tempat. Tidak! penulis baru mempunyai peluang cerah. Industri buku bukan macam indsutri makanan, ubat-ubatan dan motokar. Industri buku sentiasa perlukan idea-idea baru dan tulisan-tulisan terkini.

Jika anda penulis baru dan mempunyai satu manuskrip yang sangat hebat ceritanya. Itu sudah cukup membuatkan anda jadi jutawan. Tambahan pula jika jalan ceritanya sangat  evergreen, nescaya seumur hidup   anda hanya makan royalti di atas satu buku sahaja.

Tapi hakikatnya, sekali bestseller, anda akan terlompat-lompat nak terbitkan banyak lagi buku selepas itu.

Kepada penulis-penulis baru dan bakal menjadi penulis, bersegeralah menulis dan menyiapkan manuskrip. InsyaAllah, rezeki akan bertambah kerana tulisan adalah lontaran ilmu walaupun ilmu tidak semestinya melalui tulisan.

Novelis buku sejarah, Pak Latip bergambar bersama peminat. Gambar dari sinarmalam91.blogspot.com

Penulis-penulis popular Karangkraf bertemu peminat. Gambar dari ceritadyat86.blogspot.com



Friday 17 May 2013

Pelajar Cemerlang VS Pelajar Sederhana

Semasa menjadi guru dahulu, ada seorang pelajar bertanya satu soalan yg tak mungkin saya lupa. Dia bertanya, "Cikgu, apa kelebihan jadi pelajar cemerlang berbanding pelajar lain?"

Pertanyaan itu sebenarnya tentang masa depan, kerja dan seumpamanya kerana ketika itu saya sedang membebel bab masa depan pelajar. Pelajar yang bertanya tu pelajar lelaki, sederhana sahaja pencapaian tetapi sangat berakhlak dan menghormati guru.

Saya menjawab begini, "Terus terang saya jawab, peluang sama sahaja, kalau ada beza hanya 10 %." Semua pelajar terkejut bila saya jawab macam tu. Mereka bertanya mengapa.

"Saya sebagai guru tidak akan menipu kamu tentang cita-cita dan masa depan bagi suasana sebenar dalam Malaysia ini. Peluang pelajar cemerlang dengan pelajar biasa seperti kamu sama sahaja. Pelajar cemerlang SPM 10A  jika masuk IPT akan tinggal sebilik macam kamu juga. Tiada beza. Mereka tidak akan dapat bilik tidur istimewa."

"Mereka juga kena dapat pinjaman PTPTN macam kamu juga jika masuk IPT. Tiada beza. Kecualilah jika sampai masuk TV dan surat khabar. Habis kuat pun kamu akan terima tawaran ke luar negara."

"Selepas tamat belajar, mereka juga kena cari kerja. Kerja tak akan datang sendiri. Hatta Bill Gates yang genius matematik itu juga cari kerja sendiri."

"Yang paling penting, ketika sudah tamat belajar. Tidak ada pelajar cemerlang Malaysia, bila tamat belajar terus jadi bos, pegawai besar bila masuk kerja. Ia pemikiran yang perlu kamu buang. Ia satu mitos." Saya beritahu dengan tegas.

"Masuk IPT tu perlu sebagai membalas jasa ibu bapa kita yang berpenat lelah memberi wang setiap hari. Tetapi penat lelah ibu bapa akan lebih terubat jika kamu semua ada pendapatan RM10,000 lebih sebulan."

Pelajar-pelajar saya sangat bersemangat mendengar tu. Pada tahap pemikiran mereka itu, soalan yang mereka tanya ialah, "Kerja apa cikgu RM10 ribu sebulan?" Saya memang dah agak soalan tu. Tapi kalau orang dewasa, mereka tak akan tanya, "Kerja apa?", orang dewasa akan tanya, "Macam mana nak dapat?"

Saya jawab, "Berbisneslah, maksudnya kamu ada perniagaan sendiri, pekerja sendiri dan syarikat sendiri.Ingat dalam dunia sebenar, bila kamu dewasa kelak, perkara paling penting sekali bukan jenis pekerjaan tetapi berapa pendapatan sebulan yang berjaya kamu dapat."

Dalam industri buku ada yang berpendapatan RM250,000 sebulan sehingga RM600,000 sebulan. Saya tidak mahu beritahu siapa kerana ia mendedahkan maklumat. Mereka tak terkenal tapi syarikat mereka memang terkenal seluruh Malaysia.

Dalam dunia sebenar, perkara yang paling penting ialah berapa pendapatan sebulan yang diperolehi.

Tuesday 14 May 2013

Pesta Buku Selangor 2013


Saya harap pesta buku di SACC kali ni ada ruang untuk stroller kanak-kanak boleh bergerak. Tahun lepas, letih saya nak mengangkat stroller anak saya melintas tangga hadapan dewan. Nasib baik saya pakai stroller jenis Quinny Zapp, ringan skit. Bagi parent yg rajin travel, saya syorkan jenama ni sbb memang ringan, boleh angkat sebelah tangan saja. Cuma mahal skit tetapi berbaloi.

Pesta Buku Antarabangsa 2013: Rungutan Kurang Pengunjung

Pesta buku yang baru berlangsung di PWTC baru-baru ni memang meriah bagi para pengunjung. Terdapat pelbagai aktiviti yang disediakan setiap hari sepanjang tempoh pesta. Tetapi itu bagi pengunjung.

Bagi penerbit dan pengedar buku pula, ia antara terburuk dalam sejarah Pesta Buku. Ramai penerbit & pengedar merungut tentang hal yang sama iaitu pengunjung kurang. Jika tidak disebabkan budak-budak sekolah yang datang berbelas-belas bas, maka 'hancur' lah pesta tersebut.

Sama ada pesta buku itu menguntungkan atau tidak hanya penerbit dan pengedar yang dapat menjawab. Berdasarkan tinjauan saya dan rakan-rakan lain, dan hasil perbualan dengan pengedar-pengedar, kesemuanya merungut hal yang sama. Mereka rugi dari segi kos sewa dan promosi.

Punca utama ialah kelewatan PM mengumumkan tarikh pilihanraya. Sedangkan tarikh pesta buku 2013 telah pun ditetapkan sebelum Disember 2012 lagi. Apabila diumumkan, tiba2 betul2 kena masa Pesta Buku. Penyewa-penyewa booth tak dapat elak dari pesta kerana sewa telah ditempah awal dan persiapan telah dibuat.

Sewa booth yang berapa besar tu lebih kurang Rm5000. Tapi takkan nak ambil satu booth sedangkan buku yang nak dijual ada lebih 100 tajuk. Ini memeningkan banyak pihak.

Terdapat juga penerbit & pengedar yang mengambil inisiatif menyewakan semula booth yang mereka ambil. Biasanya tindakan ini dilakukan oleh penerbit2 & pengedar2 besar. Saya dapati nama pada booth adalah nama penyewa sebenar tetapi orang yang menjual pula syarikat lain. Ini mungkin strategi nak jimat kos.

Buku Bestseller Penyelamat Pesta Buku

Dalam situasi ni, ramai penyewa booth mengatakan hanya buku status bestseller saja yg mampu mengatasi masalah ni atau setidak-tidaknya boleh menampung kos sewa sepanjang pesta. Buku2 lain terpaksa diletakkan saja, nasiblah, kalau ada yang berkenaan, pengunjung akan ambil. Kalau tak berkenaan, jangankan nak belek2, nak sentuh pun tidak.

Apa pun, sepanjang pesta ini saya dapati, ia satu pengajaran kepada penerbit & pengedar iaitu walaupun persiapan dan target telah ditetapkan tetapi akhirnya faktor luaran tak dijangka akan jadi penyebab kepada kemerosotan jualan iaitu politik.

Sehingga artikel ini ditulis, saya belum dapat lagi analisis2 rawak antara buku terlaris di pesta buku. Jika saya dapat, saya akan posting di blog ini. InsyaAllah.

Saturday 11 May 2013

Sekitar Pesta Buku Antarabangsa 2013 Di Kuala Lumpur

Beberapa gambar sekitar Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2013 yang berlangsung di PWTC. Gambar ni saya ambil ketika hari Isnin (29 Apr 2013).












(Booth Ain Maisarah yang dihiasi warna pink)




 (Yg berbaju coklat sambil tangan menyeluk poket tu tak silap saya suami Ain Maisarah. Nampak lebih kurus dari tahun lepas)



(Peminat2 sedang bergambar dengan novelis Ain Maisarah)