Sunday 22 December 2013

Kaedah Mengawal Pembeli (Part 1)

Istilah 'Pembeli' adalah pantang besar kepada syarikat MLM. Setiap unit pengurusan atasan diharamkan sama sekali menggelarkan ahli-ahlinya 'pembeli'. Ia pantang tok nenek...sape ntah! Tapi itulah rahsianya.

Sekarang kita masuk bab 'Kaedah Mengawal Pembeli'. Kita berbalik kepada Syarikat AA.

Sekarang ni Syarikat AA dah ramai Ahli (Pembeli), lebih kurang seribu orang. Jadi bagaimana AA nak pastikan yang 1000 ni tetap 'SETIA' bersamanya walaupun ada syarikat lain yang muncul?

Strategi Pertama : Kekalkan Keyakinan Ahli (Pembeli)
Strategi Kedua : Kekalkan Keyakinan Ahli (Pembeli)
Strategi Ke-3, ke-4 dan seterusnya : sama seperti pertama dan kedua.

Untuk kekalkan keyakinan AHLI (Pembeli) ada pelbagai cara, ikut kemampuan syarikat.

1) Gunakan sentimen kaum atau agama - Misalnya, "jika beli produk ini, kita membantu saudara seagama", "jika kita dapat ahli baru maksudnya kita membantu saudara seagama...". 

2) Gunakan elemen dambaan ahli (pembeli) - apa yang didambakan (diingini) oleh orang awam. Semua kita mahu, iaitu duduk saja tapi dapat pakai kereta mewah, aksesori mewah dan sebagainya. Jadi syarikat AA kena cari kereta-kereta mewah untuk ditunjukkan kepada ahli-ahlinya supaya ahli-ahlinya 'terliur' melihat kereta-kereta tu. Jika Syarikat AA bijak, buat deal dgn mana2 kompeni pengimport kereta mewah supaya Ahli-Ahli Syarikat AA boleh test-drive.

3) Gunakan elemen lokasi - Lokasi juga boleh menimbulkan keyakinan AHLI (pembeli). Jika Syarikat AA buat majlis dinner dekat dewan JKKK. Macam mana keyakinan nak timbul. Jika buat di hotel, dah banyak syarikat lain buat, sekolah pun dinner kat hotel. Sekarang ni Syarikat AA perlu buat dinner hotel 10 bintang. Barulah AHLI (pembeli) yakin.

4) Gunakan elemen 'Bermajlis'. - lebih kerap Syarikat AA buat majlis maka lebih yakin ahli-ahli nanti.

5) Gunakan elemen 'Bank' - Syarikat AA perlu 'deal' dengan mana2 manager bank supaya memudahkan ahli membuat loan peribadi. Tokey bank mesti suka punya kerana pendapatan utama bank ialah dari interest loan bukannya simpanan orang ramai. Hebahkan di dalam majlis dengan cara yang bijak, Syarikat AA mesti guna ayat-ayat seperti ini, "Syarikat kita sedang menjalankan usahasama dengan beberapa bank...."

bersambung ....

MLM Tidak Menipu...tetapi...

Bisnes secara MLM atau ringkas kata 'direct selling' tidak menjalankan penipuan. Mereka terang2 tidak menipu tetapi .... tetapi apa agaknya?

Ia sebenarnya bisnes 'istilah' dan 'kawalan pembeli'.

Orang tidak tahu hal ini, belajarlah tinggi mana pun sehingga dua tiga PhD, teknik ini tidak akan dapat diketahui kalau anda bukan dikalangan orang bisnes yg income puluh2 ribu atau ratusan2 ribu sebulan.

MLM sebenarnya bukan 'Multi Level Marketing', itu istilah dari barat sahaja. Ia sebenarnya bergerak bukan secara multi-level dan tidak pula menjalankan marketing. Zaman dahulu MLM memang benar, seperti salesman yang menjual produk dari rumah ke rumah.

MLM zaman sekarang lebih maju tetapi diubahsuai. Ia menjalankan perniagaan 'istilah' iaitu mengumpul sebanyak mungkin pembeli kemudian 'mengawal' pembeli tersebut agar terus kekal membeli barangannya.

Misalnya, seorang ibu membeli setin 'Milo'. Tetapi tokey kilang Milo tak tahu siapa yang membelinya. Yang diketahuinya adalah berapa tin Milo sudah habis terjual dalam seminggu. Tokey Milo tak risau tentang siapa yg beli kerana produknya dah tahap glamour seluruh dunia. Sedap atau tak, orang tetap beli, kedai mamak tetap beli, kantin sekolah tetap bancuh.

Tapi bagi produk yang baru masuk pasaran, misalnya Syarikat AA utk dapat status-quo macam Milo memang susah. Apatah lagi banyak pesaing di pasaran. Jadi jika produk keluar 1000 unit seminggu dan laku 10 unit sahaja. Itu dah kira bagus.

Strategi Pertama : Tawaran Lumayan + Keahlian

Jadi strategi mudah sekarang ialah Syarikat AA kena 'pastikan' pembeli yang membeli produknya yang 10 unit tu mempunyai 'keinginan' untuk membeli lagi produk tersebut selepas habis digunakan.

Jadi bagaimana nak buat pembeli tu ada 'keinginan' nak beli berulang-kali?

Caranya ialah Syarikat AA perlu melakukan 'tawaran lumayan' yang boleh mencernakan enzim-enzim 'keinginan' dalam urat saraf pembeli itu.

Apa 'tawaran lumayan' yang boleh dibuat? Syarikat AA perlu menghebahkan 'kelebihan menjadi ahli', maksdunya jika pembeli jadi ahli maka pelbagai kelebihan akan didapati.

Pilihan yang ada pada Syarikat AA ialah menawarkan kutipan point untuk ahli. Jika Syarikat AA banyak duit, dia boleh tawarkan macam2 lagi, kereta ka, motosikal ka, apa-apa saja mengikut kemampuan syarikat.

'Tawaran Lumayan' - lebih besar syarikat itu lebih hebat benda2 yg ditawarkan.

Strategi Kedua : Mengembangkan Bilangan Pembeli

Sekarang Syarikat AA telah mendapat seorang ahli yang berminat. Tapi jika seorang saja yg asyik beli produknya, mana cukup. Syarikat AA perlu tambah lagi pembeli. Jadi kaedah yang boleh digunakan ialah Syarikat AA perlu suruh seorang pembelinya cari lagi orang lain supaya membeli produknya.

Kaedah yang boleh digunakan ialah Syarikat AA kena tawarkan sesuatu yang lain pula jika pembelinya dapat cari 'pembeli baru'. Syarikat AA boleh tawarkan point yg lebih banyak atau 50% dari apa yg sahabatnya beli akan dapat kepadanya.

Dalam kaedah ini, atau kaedah nak memujuk pembeli setianya mencari 'pembeli baru', Syarikat AA tak boleh gunakan istilah 'pembeli lama' atau 'pembeli baru'. Syarikat AA kena ganti dengan istilah lain yang lebih lembut dan disenangi oleh pembeli setianya.

Istilah yang sesuai ialah AHLI. Bila guna gelaran 'ahli', barulah pembeli seronok sikit dan dia akan rasa dirinya sebahagian dari orang Syarikat AA.

(Ini ilmu MLM yang saya nak turunkan kepada pembaca. Pembaca yang ada ratusan ribu modal harap jangan amalkan, saya tak halalkannya)

Jadi, dua strategi di atas adalah berkaitan 'istilah'. Strategi seterusnya ialah 'kawalan pembeli'.


Saturday 21 December 2013

Bukti jutawan sebenar

Bila buka internet, ramai orang mengaku jutawan. Kemudian, disamping mengaku jutawan, ada yg promosikan produk2 mereka dan kursus2 jutawan.  Ada yg lebih teruk lagi bergambar dgn duit tunai dan kereta mewah2 (biasanya BMW).

Adakah jutawan benar2 bersikap macam tu?

Tidak. Sikap sebenar orang banyak duit ialah "lebih banyak duit dia dapat, lebih senyap dia dari orang lain." Itulah hakikatnya yang sebenar.

Biasanya orang yang takde duitlah sibuk mencanang ke sana ke mari apa yg diperolehnya. Jadi janganlah kita terpengaruh dgn sikap demikian.

Apa bukti jutawan sebenar?

Ramai orang mengaku jutawan termasuk bisnesman tapi ada 2 perkara yg tak dapat dibuktikan. Ada dua bukti yang boleh ditunjukkan:

1) Firma audit
2) Penyata cukai syarikat / individu (LHDN)

Mana2 yg memiliki syarikat wajib mempunyai firma audit lantikan bagi menguruskan kewangan tahunan dan bayaran cukai. Bayaran kos perkhidmatan firma audit dikira tahunan. Ada juga dikira bulanan. Jika benar syarikat itu jutawan, maklumkan kpd orang ramai firma audit yg digunakan.

(Saya akan jelaskan di artikel lain cara nak berurusan dgn firma audit)

(Biasanya pelajar akaun IPT yg praktikum, akan praktikum di firma2 audit swasta, mereka juga mempunyai maklumat ttg sykt yg benar2 pemiliknya millionaire)

Jika seseorang itu jutawan tetapi tak bayar cukai (termasuk zakat), maka ada masalahlah dgn wang tersebut. Mungkin black money.

(Jangan kiralah orang kampung jual tanah juta2, itu bukan bisnes, itu nasib. Sekarang kita kira org yg buat bisnes produk, service dan sebagainya.)

Berapa bilangan jutawan di Malaysia?

Saya tidak tahu berapa bilangan sebenar jutawan di Malaysia. Tetapi yang saya tahu, selepas menceburi bidang bisness (selepas resign guru), bilangan individu yg memiliki duit lebih 1 juta dlm akaun adalah tak terkira banyaknya.

Saya mengenali lebih 1000 orang jutawan antaranya kontraktor, tokey kedai makan, pencetak, kedai buku, kedai basikal dan sebagainya. Itu di kawasan daerah saya shj. Jadi purata jutawan sebenarnya banyak mungkin lebih setengah juta orang di Malaysia ni.

Saya juga jutawan tetapi duit dlm akaun tak sampai sejuta. Income tahunan lebih 1.5 juta tetapi lepas tolak macam2 kos spt kos cetak, IT equipment, household, kereta dan macam2 lagi jadi nett income kurang dr sejuta.

Semua jutawan yg saya kenal adlh pemilik produk, service dan pemborong. Sy tak pernah jumpa jutawan MLM melainkan taukey MLM sendiri macam kopi Radix HPA (dia memang jutawan).

Di Malaysia, jutawan (millionaire) terlalu banyak. Golongan yg income ratus ribu sebulan sangat banyak. Saya berani jamin dalam lingkungan 5 kilometer persegi, sekurang2nya ada 100 orang yg income macam tu di Malaysia. Yg pastinya semuanya pemilik premis.

Thursday 19 December 2013

Ekspo Usahawan Bumiputera Pulau Pinang 2013


Mana-mana guru atau kakitangan awam yang berminat untuk menceburi bidang perniagaan dinasihatkan melawat dahulu produk-produk usahawan berjaya di ekspo ini. Mana tahu, jika dapat idea-idea baru atau rakan bisnes baru.

Tarikh : 21 - 29 Disember 2013.
Lokasi : Tapak Ekspo PERDA, Kubang Menerong, Seberang Perai.

Cara ke sana: Daripada highway PLUS, susur keluar ke Bertam/Kepala Batas. Jumpa traffic light, belok kiri. Terus saja lebih kurang 5 kilometer. Tapak eskpo sebelah kanan berhadapan kebun kelapa sawit.

Sunday 8 December 2013

Maksud Buku Bestseller...

Bestseller bermaksud 'terlaris' atau 'paling laris'.

Bestseller dalam dunia penerbitan ada pelbagai takrifan. Manakala Persatuan Penulis Malaysia, Persatuan Pemborong Buku atau Persatuan Penerbit tidak menetapkan berapakah jumlah jualan setahun yang dikira bestseller.

Tetapi, bagi kebanyakan penerbit, pemborong dan kedai buku, mereka meletakkan indikator sendiri yang kebanyakan ukurannya hampir sama.

Dalam dunia buku di Malaysia, buku yang terjual 5000 naskah setahun dikira BESTSELLER.

Tetapi kebanyakan buku, untuk dihabiskan jualan 2000 naskah setahun pun agak susah. Jika tuan-tuan jumpa buku yang tertulis bilangan terjual di kulit hadapan, sememangnya buku itu BESTSELLER.

Tidak semua penerbit menghebahkan bilangan jualan buku-buku mereka. Jika tuan-tuan nak tahu, boleh juga maklumat itu didapati daripada pekedai-pekedai buku.

Jika pembaca sekelian nak menulis dan menerbit buku, maka target yang perlu diletakkan ialah sekurang-kurangnya 5000 naskah setahun.

Wednesday 4 December 2013

Maksud Buku Evergreen

Buku evergreen adalah buku yg jualannya sentiasa ada setiap bulan walaupun sedikit. Contoh buku-buku evergreen ialah:

1.   Buku agama
2.   Al-Quran
3.   Yassin Tahlil
4.   Al-Mathsurat
5.   Kamus
6.   Isu-isu akhir zaman spt Dajjal, Yakjuj Makjuj, Nabi Isa, Imam Mahdi dan lain2.

Buku2 di atas sentiasa ada jualan dan boleh menjangkau berpuluh2 tahun lamanya. Penerbit hanya perlu keluar sekali sahaja kemudian beberapa tahun sekali penerbit menukar cover design, layout design utk memberi kesegaran pd fizikal buku.

Berikut pula ialah buku2 yg evergreen tetapi tempohnya lebih pendek.

1.  Novel berasaskan populariti individu.
2.  Buku agama berasaskan populariti individu (buku laku kerana individu tersebut popular).
3.  Buku rujukan sekolah. (Ia bergantung kpd guru, kalau guru suggest sesuatu tajuk baku maka lakulah buku rujukan tu).
4.  Buku ajar cara nak jadi kaya.

Monday 2 December 2013

Zikir Untuk Murah Rezeki

Biasanya bila disebut zikir, kita hanya akan teringat tiga kalimah : Subhanallah, Alhamdulillah dan Allahu akbar. Ketiga-tiga ni kita ingat kerana kerap disebut ketika selesai solat fardhu berjemaah.

Ada satu zikir yang saya baca sejak saya di Tingkatan 6 iaitu:

Astaghfirullah.... (zikir istighfar)

Dalam kitab Nasihat Agama dan Wasiat Iman, karangan Syeikh Habib Abdullah Hadad. Beliau menyebut salah satu sabda Rasulullah SAW tentang keutamaan zikir ini, sabdanya ialah:

"Siapa yang membiasakan dirinya beristighfar, niscaya Allah akan melapangkan dirinya dari segala kesusahan, dan akan melepaskannya dari segala kesukaran, dan akan memberinya rezeki tanpa bisa dikira."

Sabdanya lagi,

"Siapa yang mengucapkan astaghfirulah setiap hari 70 kali, nescaya Allah akan menghapuskan daripadanya sebanyak 700 dosa. Alangkah kecewanya lelaki atau perempuan yang membuat dosa pada sehari semalam lebih dari 700 dosa."

(rujuk kitab, ms 232-233)

Saya secara jujurnya telah mengamalkan zikir ini sejak dari Tingkatan 6, dan Alhamdulillah.. rezeki yang saya dapat sekarang teramatlah tidak saya sangka. Saya bukanlah jutawan tetapi dengan pendapatan sekarang RM30-50 ribu sebulan, ia membuka jalan yang tidak saya sangka.

Saya terbaca kitab ni secara tak sengaja dahulu di rumah datuk saya. Ia kepunyaan bapa saya.

Terus-terang saya katakan, saya bukan pelajar cemerlang. Saya hanya mendapat satu A sahaja ketika UPSR, tiga A sahaja ketika PMR dan Pangkat 1 agregat 20 ketika SPM. Masa di Tingkatan 6, tiada A langsung.

CGPA ketika Ijazah hanyalah 2.5 tetapi Alhamdulillah, saya dapat juga menjadi pemangku Pengetua pada usia muda.

Berzikirlah sambil berusaha kerana ia salah satu nikmat yang tak dapat dihitung keindahannya.

Thursday 28 November 2013

Ekspo HALAL International 2014


Cara Melajukan Penulisan Anda

Menulis satu kemahiran yang sedikit pelik dan canggih. Pelajar cemerlang PMR, SPM dan STPM yang mendapat 10A pun belum tentu mampu menulis.

Jika anda ada minat menulis dan sering tiada idea untuk menulis walaupun anda tahu apa yang hendak ditulis, amalkan kaedah-kaedah ini:

1) Pilih satu jenis buku atau tulisan yang anda minat dan baca berulang-kali.
2) Tentukan bidang yang hendak anda tulis.

Bila terlalu banyak membaca sesuatu yang kita minat, bahasa kita juga akan mudah terikut dengan bahasa penulis yang kita baca.

Bila menulis, imaginasikan diri anda sedang bercakap atau sedang memberitahu orang ramai tentang perkara yang hendak anda tulis. Imaginasi biasanya berkait rapat dengan tangan dan pemikiran.

Seperti orang yang mabuk bercinta, bila dah angau berpanjangan, tulisan pada surat pun berbunga-bunga dan sangat panjang untuk diluahkan. Macam dalam keadaan separa sedar sedangkan orang yang angau tu pun mungkin tak lulus SPM Bahasa Melayu.

Gila angau boleh melarat sampai menulis surat cinta yang panjang-panjang.

Gila berfikir pula boleh melarat menulis buku panjang-lebar sampai berjilid-jilid.

Pelekat Hologram Al-Quran: Keselamatan atau Cari Makan?

Sekarang pekedai-pekedai buku mula bising-bising sebab Kementerian Dalam Negeri (KDN) mewajibkan pula semua Al-Quran yang hendak dijual hendaklah dilekatkan dengan sticker hologram. Lebih teruk lagi, sticker itu wajib dibeli daripada KDN dengan harga RM1.00 seunit.

Al-Quran adalah kitab yang paling evergreen jualannya di seluruh dunia dan paling untung untuk dijual. Walaupun kos cetakannya mahal tetapi orang tetap beli kerana faktor agama dan ibadat.

Pekedai-pekedai buku merungut, sebelum ini KDN mewajibkan bagi mana-mana penerbit yang nak terbit Al-Quran mesti dapatkan cop mohor KDN berserta mempamerkan senarai ahli jawatankuasa penyemak.

Cara tersebut telah pun terbukti berkesan tetapi kaedah baru ramai yang mentafsirkan sebagai langkah KDN nak cari makan. Ini kerana, sticker hologram itu walaupun nampak canggih sebenarnay boleh dibuat dengan kos 20 sen sahaja.

Bagi mengelakkan pekedai rugi, kemungkinan besar harga Al-Quran akan naik RM1.00 untuk tampung semula kos tersebut.

Monday 25 November 2013

Apabila BOS Mengejar KPI, Apa Kesannya?

Ramai yang komen sudah bosan kerja kerajaan kerana ketua-ketua jabatan sering kejar KPI. Ya, bila bos asyik kejar KPI memang seluruh jabatan tersebut akan ada masalah.

Apa itu KPI?

KPI bermaksud Key Performance Indicator atau bahasa kampung, kayu ukur untuk ukur sesuatu pencapaian agar tidak kurang dari pencapaian yang terdahulu. Maksudnya kena lebih baik dan sentiasa meningkat pencapaian kerja tersebut.

Tempoh KPI dilaksanakan?

Ikut jabatan masing-masing, biasanya akan dinilai setiap tahun

Jabatan mana guna KPI?

Semua jabatan guna KPI, termasuklah kantin kilang, sekolah, TADIKA, PASTI, kilang belacan, kementerian dan sebagainya yang bernama organisasi. Kerajaan dan swasta.

Bagaimana dilaksanakan?

Dalam jabatan kerajaan, indeks KPI ditetapkan berasaskan polisi-polisi menteri. Menteri akan beritahu apa yang mereka nak sesuatu jabatan di bawah mereka capai dalam tempoh tertentu. Kemudian pegawai2 kanan JUSA akan siang-malam fikir buat kertas kerja bagi merealisasikan hasrat menteri. Bila menteri bertukar, jenis2 KPI pun bertukar, pegawai2 JUSA meeting lagi, buat kertas kerja lagi.

Sampai bila...sampai kakitanga-kakitangan bawahan naik pening dan teringin nak makan capati.

Kita terus kepada pokok perbincangan, iaitu apa kesan kesannya jika bos asyik kejar KPI?


  • Kesannya ialah, bos akan melupakan terus ukhwah antara kakitangan bawahan dan kepimpinan organisasi. 
  • Semua kakitangan akan dikerah tanpa mengira kadar kemampuan masing2.
  • Bos akan berpura-pura garang di depan staf untuk memastikan staf hormatnya dan melaksanakan semua kerja yang diarahkan. (Biasanya kalau bos perempuan).
  • Bos yang cerdik sikit akan menggula-gulakan staf bawahan, belanja makan kerap, buat karnival kerap, buat majlis hari jadi , semuanya atas alasan memotivasi pekerja padahal kenaikan gaji dan gred hanyalah untuk bos.
  • Staf akan mudah diherdik dalam mesyuarat kerana tidak mencapai sesuatu yang ditetapkan. Maka bermulalah episod masam-muka dalam organisasi. Kemudian, mulalah borang-borang tukar tempat kerja diisi.

Menjadi Penulis Artikel Majalah



Walaupun saya profesional dlm bidang penerbitan tapi saya tidak pernah menulis apa-apa artikel untuk mana-mana majalah.

Seorang sahabat dari Kulim, Kedah melalui emel memaklumkan dia berjaya menjadi penulis artikel untuk majalah PERAJURIT walaupun beliau bukan seorang tentera. Bayaran diterima agak lumayan untuk setiap artikel.

Tahniah kepada En. Suhaidi. Lepas ni, sama-sama kita beli majalah PERAJURIT. Sokong ATM.

Friday 22 November 2013

Mengapa Ramai Siswazah Tiada Kerja?

Ia satu persoalan yang menarik dan sering dibahaskan oleh ahli akademik, politik dan ahli warung kopi. Para siswazah perlu terima hakikat ini. Perlu telan bulat2 kerana ia realiti bukan capati.

MENGAPA TIADA KERJA?

Bila masuk bab takde kerja, memang betul takde kerja. Jangan marah orang kampung yg cakap macam ni, "Buat ape masuk U, bukannya ade kejee..". Ya, memang betul. Itu hakikatnya.

Macam mana nak kerja kalau jumlah jawatan kosong kurang dari bilangan lepasan IPT. Kerja ikut nasiblah jawabnya. Tapi bila dah kerja, timbul soal duit tak cukup dan sebagainya. Jadi, di manakah hakikat sebenar kedudukan kita. Takde kerja atau tak cukup duit.

Sebenarnya, hakikat seorang siswazah ialah memerlukan duit bukannya kerja.

Kita perlu sedar bahawa di Malaysia, rakyat di didik untuk makan gaji atua kerja kuli. Kalau ada PhD pun maksudnya menjadi kuli yg profesional, kalau takde ijazah maksudnya, kuli tak profesional.

Sebenarnya kerja memang ada. Iaitu 'berniaga' atau guna ayat canggih skit iaitu 'bisnes'. Di IPT, pensyarah tidak mampu ajar cara berbisnes kerana pendapatan mereka kurang dari RM8,000 sebulan. Kalau ada pun yg income camtu, umur pun dah lanjut, mata pun dah kabur, barulah kerajaan bermurah hati nak bagi.

Di IPT, pensyarah mengejar merit utk naik pangkat. Mereka setiap tahun mengisi borang Prestasi Kerja atau disebut LNPT. Ada sesetengah IPT bagi syarat, kena tulis buku. Ramai yg tak tahu menulis buku, jd utk cukupkan syarat, pensyarah2 pun buatlah seminar pembentangan kertas kerja kemudian suruh pelajar2 masuk dewan.

Lepas seminggu seminar, semua kertas2 kerja dikumpulkan, disusun, dan diterbitkan menjadi satu buku. Kemudian buku tersebut diletak ramai nama pensyarah yg menganjurkan seminar tersebut. Itulah hakikatnya. Itu juga hakikat pelajar yg tak tahu.

Mengapa Takde Kerja?

Sebab siswazah dibelenggu dengan pemikiran makan gaji. Maksudnya, ijazah segulung tu digunakan utk dibawa ke hulu ke hilir ditunjukkan pada tokey-tokey Cina, tokey Melayu, India utk diminta belas kasihan diberi kerja.

Siswazah tak perlu cari kerja sebenarnya. Cipta Kerja. Sekarang ada internet, cari saja maklumat.

Itulah yang penting. Zaman saya belajar dahulu, internet baru diperkenalkan di Malaysia, broadband takde, Beruk Band ade lah, itu pun yg suka melalak dgn gitar kapok tengah2 malam.

Masa tu internet sepantas siput. Kalau nak laju skit, kena pegi CC. Masa tu Google pun tak wujud lagi. Thumb drive pun belum dicipta. Susah nak cari maklumat.

Zaman sekarang lebih mudah. Siswazah banyak maklumat. Itu ini boleh dapat. Tinggal hanya nak cari dan rajin bertanya saja. Jika malas nak bertanya, dan mencuba, terimalah hakikat bahawa sehingga kahwin anak 2 orang pun masih tak mampu nak beli rumah.



Wednesday 30 October 2013

Jangan Lupa Kira Matematik Hidup Anda!!

Antara perkara yang terlupa dibuat oleh 90% manusia waras ialah mengira jam-jam waktu seharian. Dan orang yang paling kerap lupa ialah golongan pekerja siswazah.

Perkara apa yang perlu dikira seharian tu?

Perkara-perkara yang perlu dikira ialah:

1.   Waktu bangun tidur sebelum ke tempat kerja.
2.   Tempoh masa keluar dari rumah ke tempat kerja.
3.   Tempoh masa selepas hantar anak dari rumah pengasuh ke tempat kerja.
4.   Waktu pulang dari kerja. Berapa minit yang diambil di atas jalan raya.
5.   Jumlah wang yang dikeluarkan ketika makan di tempat kerja.
6.   Berapa kenaikan gaji tahunan pada kadar prestasi biasa.
7.   Berapa tahun lagi untuk pencen.
8.   Berapa belanja untuk anak anda pada hari raya jika semuanya sudah bersekolah.
9.   Berapa banyak (maksima) anda mampu simpan dalam sebulan. Darabnya dengan 10 tahun.
10. dan macam-macam lagilah.

Semua perkara di atas, anda akan lakukan setiap hari sehingga berumur 56 tahun, atau mungkin lebih.

Jika ANDA bekerja makan gaji (walaupun gred JUSA), anda perlu lakukan kesemua di atas SEUMUR HIDUP anda.

Semua perkara di atas berlaku kepada golongan siswazah yang bekerja. Bayangkan gaji anda RM3000. Gaji isteri anda RM3000 jugak. Adakah anda boleh simpan RM6000 sebulan? Sudah tentu tidak.

Bayangkan anda mampu simpan RM2500.00 sebulan setelah dicampur simpanan isteri dan anda. Maka setahun ialah RM30,000.

Tetapi yang malangnya ialah, ada golongan yang siswazah seperti anda, umur lebih kurang anda, dan tidak perlu buat kesemua 10 perkara di atas tetapi mempunyai pendapatan RM70,000 sebulan. Jika anda dapat mengetahui dan mengenali golongan itu, sudah pasti anda cemburu sakan.

Di mana anda nak kenal golongan ini? Rajin-rajinlah lawat Pesta Buku Antarabangsa, Pameran Usahawan Asas Tani, MOCCIS, dan apa-apa sahaja pameran berkaitan perniagaan. Anda akan jumpa orang yang latar belakangnya seperti anda. Orang-orang biasa saja tetapi pendapatannya BESAR.

Paling anda akan sakit hati ialah apabila anda mengetahui ada sesetengah golongan ini tidak memiliki ijazah dan diploma pun, dan tak pernah masuk universiti. Mereka bukan orang-orang politik, menagih tender kerajaan atau broker tanah. Mereka orang yang mempunyai produk.

Jika mereka boleh, anda juga boleh. Mereka tiada bezanya dengan kita. Yang membezakan hanya cara berfikir.

TUTORIAL PHOTOSHOP: Format Saiz dan DPi

Jika anda ingin menghasilkan dokumen bercetak seperti kulit buku, poster, risalah, katalog dan sebagainya. Perkara pertama yang harus ditentukan dalam Photoshop ialah saiz dan DPi.

LANGKAH 1: Tentukan Format Saiz Dokumen

(Click image to view large)

Klik pada File>New. Kemudian satu kotak New terpapar di atas.

Perkara yang perlu diubah ialah Width (Lebar) dan Heigh (Panjang). 

Di sebelah kotak saiz itu, tekan anak panah kecil dan pilih Centimetre

U/P: Pastikan anda tahu ukuran dokumen yang ingin dicetak nanti.

LANGAKAH 2: Tentukan Nilai DPi

(Click image to view large)

Setelah ubahsuai saiz mengikut CM. Kemudian, ubah pula nilai DPi (Resolution).

Ubah kepada 300. Pilihan di sebelah kanan pula ada 2 pilihan iaitu Pixels/Inch atau Pixels/Centimeter.
Boleh pilih mana-mana satu. Jika tak tahu, pilih saja Pixels/Inch. Tak mengapa, walaupun format saiz dalam bentuk CM.

Tujuan pilih 300 resolution kerana ia membantu menajamkan (Sharpen) gambar-gambar yang diletak pada kulit buku, katalog, risalah atau lain-lain.

Jika letak nilai kurang dari 300, dikhuatiri pixel pada gambar akan kelihatan kelabu, pecah-pecah dan tidak sempurna.

Di bahagian bawah Resolution ada dua lagi menu iaitu Color Mode dan Background Content. Bahagian Color Mode biarkan saja dengan format RGB (8 bit).  Manakala Background Content pastikan pilih White

Selepas semua siap, tekan OK. Barulah start design.

(Gambar di atas adalah Adobe Photoshop CS6)






Saturday 12 October 2013

Cara Pencetak Menentukan Kos Cetak Buku

Bila dah siap manuskrip, maka kita akan berurusan dengan pencetak pula. Tapi sebaik-baiknya kita mengetahui serba sedikit elemen-elemen yang diperhatikan oleh pencetak dalam menentukan kos. Tanpa pengetahuan terhadap elemen-elemen itu, ia menyukarkan seseorang penerbit/penulis melihat untung yang boleh dibuat dari penerbitan bukunya.

Bila berurusan dengan pencetak, akan ada 2 aspek yang perlu dilihat iaitu:

  • Kos cetak buku yang diberi
  • Syarat dan terma bayaran keseluruhan cetakan


KOS CETAK BUKU
Berikut ialah perkara-perkara yang menjadi penentu kos cetak buku:

  1. Jenis kertas kulit buku
  2. Kesan tambahan grafik kulit
  3. Jenis kertas kandungan buku
  4. Bilangan warna kandungan buku
  5. Saiz buku
  6. Bilangan muka surat
  7. Kuantiti cetak
Tujuh (7) perkara inilah yang dilihat pada sesuatu buku. Untuk memudahkan faham, saya ambil contoh buku yang ada di semua kedai buku termasuk MPH dan POPULAR iaitu "Anda Bertanya Ustaz Azhar  Idrus".



Sekarang kita lihat ciri-ciri buku.
  1. Jenis kertas kulit buku : Artcard 220gm
  2. Kesan tambahan grafik kulit : emboss effect (semua tulisan, gambar & coraknya timbul)
  3. Jenis kertas kandungan buku : simili 80gm (simili sesuai untuk hitam putih, jika kertas licin yang berwarna dipanggil Artpaper)
  4. Bilangan warna kandungan buku : 2 warna (hitam putih)
  5. Saiz buku 6 X 9 inci.
  6. Bilangan muka surat : 200 ms (termasuk muka surat hak cipta, kandungan dan kesemuanya)
  7. Kuantiti cetak : terpulang kepada pencetak. Saya andaikan cetakan pertama ialah 7000 unit.
Kos sebenar buku ini.

Kos sebenar buku ini pada kiraan saya dengan cetakan 7000 unit ialah RM2.00 - 2.50 seunit

Harga jual buku ini RM15.00. Buku ini dikatakan sudah lebih 50,000 naskah terjual. Maka grossale nya ialah RM15 x 50,000 = RM750,000. Biasanya penulis dapat 10-13% dari harga buku. Tiga belas peratus dari RM750,000 ialah RM97,500.00. WOW!

Kalau penjawat awam JUSA C pun tak mampu nak dapat camni sekali gus.

Kos juga mungkin lebih murah jika ada perjanjian jangka panjang antara pencetak dan penerbit. Biasanya pencetak sanggup beri tempoh hutang sampai 5-6 bulan jika ia benar-benar yakin dengan kelarisan buku-buku penerbit yang dikenalinya.

Ada sesetengah pencetak minta wang penuh sebelum cetak. Tapi jika kali kedua cetak, masih lagi minta wang penuh, lebih baik anda tinggalkan pencetak tersebut.

Apa perlu buat selepas siap manuskrip?



Manuskrip dikira siap sekiranya buku anda yang ditulis dalam program MS Word, Publisher atau InDesign telah di convert ke dalam fail format PDF.

Fail yang mempunyai format PDF adalah yang mempunyai logo di bawah.


dan seumpamanya.

Fail jenis ini hanya boleh dibaca menggunakan Adobe Reader dan ia tak boleh diubahsuai lagi kecuali menggunakan perisian Adobe Acrobat Profesional. Mesin cetak kertas di kilang-kilang hanya menggunakan format ini, setahu saya.

Langkah 1 : Jadikan manuskrip dalam bentuk format PDF

Tidak kira sama ada anda menggunakan software MS Word atau InDesign, kedua-dua software ini ada fungsi untuk menukar document ke dalam bentuk PDF. Jika menggunakan MS WORD, fail ditukar kepada format PDF menggunakan arahan beritkut :

Jika guna MS WORD : File > save as > Adobe PDF

Jika guna InDesign : File > export > Save as type > Adobe PDF (Print)

Langkah 2 : Siapkan cover design dalam format JPEG.

Katakan anda mengupah seseorang untuk buat cover design depan dan belakang. Pastikan fail yang diberikan kepada anda dalam format JPEG dengan kapasiti 300dpi. Designer tahu apa maksud 300dpi tu kerana ia merujuk kepada resolusi ketajaman pixel gambar. Jika anda tidak tahu, tidak mengapa.

Cover yang hendak direka bentuk mestilah (jika boleh) dalam bentuk sebegini.




(klik image untuk besarkan)

Bila designer dah siap, beri kepada pencetak, biar pencetak semak dahulu fail tersebut walaupun belum ada barkod ISBN di belakangnya. Jika pencetak sendiri yang tolong buat design, ia lebih mudah kerja anda.

PERHATIAN

Bila manuskrip dah siap dan cover sudah siap, itu bermakna tiba peringkat untuk anda berurusan dengan 2 organisasi iaitu:

Kedua-dua mereka ini hendaklah dihubungi serentak kerana PNM mempunyai tempoh masa tertentu untuk anda menyiapkan buku. Maksudnya, selepas anda memohon ISBN, anda diberi 30 hari untuk menyerahkan 5 naskah yang sudah siap kepada PNM dari tarikh terbit sebenar.






Cara Mohon Barkod Buku (ISBN)

sumber gambar: utusan.com.my

ISBN adalah nombor barkod yang terdapat pada semua buku-buku di seluruh dunia. Barkod adalah standard dan yang membezakannya hanyalah nombor-nombornya.

Bagi sistem permohonan barkod ISBN di Malaysia, semua penerbit harus memohon daripada Perpustakaan Negara Malaysia (PNM) secara bertulis atau emel.

Langkah 1 : Siapkan Manuskrip Sepenuhnya

Siapkan dahulu manuskrip dalam bentuk format PDF. Maksudnya manuskrip telah siap sepenuhnya merangkumi perkara-perkara berikut:

  • Cover design (depan & belakang) - 1 fail
  • Kandungan : muka surat hak cipta, kandungan, kata penerbit, kata pengantar, bab 1 ... bab akhir, bibliografi, indeks (jika ada) dan sebagainya. - 1 fail
*Kedua-dua fail ni bukan untuk diberi kepada PNM, ianya untuk persediaan diberi kepada pencetak. PNM hanya minta beberapa maklumat sahaja dari buku anda.
* Jangan memohon barkod ISBN jika belum siap manuskrip.

Langkah 2 : Beri fail manuskrip buku kepada pencetak

Berikan dua fail kepada pencetak terlebih dahulu sebelum mohon barkod ISBN. Fail itu ialah:

  • Fail 1 : cover design (format JPEG, minima 300 dpi)
  • Fail 2 : manuskrip penuh (format PDF). - dari muka surat hadapan hingga akhir.
*Selepas beri kepada pencetak, minta pencetak check dahulu semua fail dan beritahu jangan cetak lagi kerana anda akan memohon barkod ISBN dan PDP.

Langkah 2 : Isi Borang-Borang ISBN dan hantar

Jika pertama kali terbit, perlu isi 2 borang, iaitu:
Ketiga-tiga borang ni, boleh isi dengan tangan kemudian scan dan emelkan kepada isbn@pnm.gov.my. Jika ada mesin faks lebih baik, isi borang kemudian faks terus kepada PNM.

Jangan hantar borang saja, sertakan sama maklumat2 di bawah:

  • Sijil daftar syarikat SSM (jika terbit melalui syarikat sendiri).
  • Salinan IC individu (jika terbit tanpa syarikat). - Jika terbit secara individu tak perlu hantar salinan sijil syarikat.
  • Cover depan & belakang - Jika nak faks, print dahulu cover depan & belakang, kemudian faks. Jika nak hantar emel, just attach file cover depan belakang.
  • Muka surat hak cipta - iaitu muka surat hak cipta yang biasanya diletak sebelum muka surat isi kandungan. Muka surat ni ada tulis ayat yang berbunyi "Hakcipta terpelihara. Tidak dibenarkan mengeluar ulang mana-mana ........".
  • Susunan ayat dan kedudukan maklumat dalam muka surat ni tak ada peraturan. Boleh ikut citarasa penerbit. Tapi barkod ISBN tak perlulah di masukkan kerana masih belum dapat. Jika selepas dapat barkod, design susunan muka surat ini diubahsuai, tidak mengapa.
  • Borang 02 (B1). - siap di isi. 
  • Borang 02 (B2) - siap di isi. Tinggalkan kosong ruang nombor ISBN dan ID Penerbit.
  • Borang PDP - siap isi. Tinggalkan kosong ruang ISBN. Pada ruang Tarikh jangka terbit, letak lebih kurang 30 hari dari tarikh hantar borang.
*Borang PDP eloklah diisi kerana memudahkan pihak Perpustakaan meluluskan tender supply buku. Mana tahu, kalau buku-buku tulisan kita terpilih.

Langkah 3 : PNM akan hantar barkod ISBN dan maklumat PDP.

Maklumat barkod akan dihantar melalui emel atau faks, begitu juga PDP. Apa yang perlu anda ambil ialah nombor barkod sahaja 987..... Simpan nombor tu untuk dibuat design barkod. Jika anda tiada software barkod ISBN generator, anda boleh beri kepada pencetak. Mereka biasanya ada software untuk buat barkod.

Maklumat Pengkatalogan Data Penerbitan (PDP) - akan diberi kepada anda dalam bentuk susunan berikut:

Perpustakaan Negara Malaysia                Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan
Ahmad Affandi Mohamad
Cara Membuat Kuih Pau / Ahmad Affandi
ISBN : 987-967-1111-10-1
1. Busines,  Malay.  I.Judul
286.12

Maklumat di atas hendaklah di taip semula dalam ruang muka surat hak cipta. 

Langkah 4: Lengkapkan semula manuskrip

Barkod - selepas dapat barkod ISBN, minta designer (atau pencetak) masukkan di bahagian belakang kulit buku anda.

Maklumat PDP - selepas taip maklumat PDP dalam manuskrip dan susunnya, save semula fail dalam format PDF dan beri semula kepada pencetak.

Selepas siap muka surat hakcipta tak perlu hantar semula kepada PNM.

PERHATIAN

* Biasanya 2 fail diberi kepada pencetak iaitu Cover design (depan belakang) dan manuskrip penuh. 



Sunday 6 October 2013

Tahniah En. Khairul Kerana Berjaya Terbit Buku Sendiri !!!



Kali ini saya perkenalkan salah seorang pembaca blog jutawanpena yg berjaya menerbit buku sendiri dengan kosnya sendiri. Beliau ialah En. Khairul Hakimin Muhammad, seorang fotographer yang bercita-cita besar dan menyediakan perkhidmatan pakej fotografi yang menarik.

Beliau berjaya terbit sendiri buku berasaskan foto-fotonya sendiri. Buku ini diberi nama MEMANIS KEHIDUPAN. Harganya murah RM60 shaja.

Tahniah En. Khairul semoga banyak lagi buku-buku dapat dihasilkan.

- Ahmad Affandi.

Wednesday 25 September 2013

Mengapa Sekolah Tak Ajar Murid Cara Jadi Jutawan?

Mengapa agaknya ya? kalau ada jawapan pun ialah guru-guru sendiri bukan jutawan. Itu benar.

Tapi perlukah untuk guru-guru jadi jutawan dahulu kemudian baru mengajar murid 'cara jadi jutawan'? Jika guru dah jutawan maka guru tersebut gerenti dah berhenti kerja jadi guru.

Guru yang mengajar Sains pula, adakah perlu guru tersebut jadi Saintis terlebih dahulu sebelum layak mengajar subjek Sains? TIDAK.

Seorang ustaz pula perlukah dia menjadi Ulama' terlebih dahulu sebelum mengajar Pendidikan Islam? TIDAK.

Seorang bapa, perlukah dia menjadi guru dahulu sebelum mengajar anak-anaknya di rumah? lagilah TIDAK.

Adakah sesetengah orang skeptikal mengatakan, pelajar perlu tambah ilmu dahulu kemudian baru pikir macam mana nak jadi jutawan. Ya, agak benar, tapi sebenarnya tak benar langsung.

Sejak 1950-an hingga tahun 2013 ini, berapakah sebenarnya bilangan pelajar siswazah yang benar2 berjaya dalam hidup dan menjadi jutawan? berapakah bilangan sebenar yang bukan kerja sebagai 'kuli'?

Hanya kurang 3% penduduk Malaysia jadi jutawan dan mampu menggajikan pekerja.

Tonggak sebenar ekonomi sesebuah negara ialah bilangan 'jutawan' yang berada dalam negara tersebut. Jutawan (berasaskan usahawan) lah yang mampu membawa produk ke luar negara dan membina kilang di luar negara. Hanya dengan kos juta-juta sesebuah kilang dapat dibuka di luar negara.

Tetapi malangnya, siswazah Malaysia masih terpinga2 mencari kerja dan bila dah kerja, terpinga-pinga pula mencari kerja part time untuk menampung kos hidup. Itulah buktinya mengapa sekolah perlu ajar murid menjadi jutawan khususnya melalui usahawan. Tidak cukup dengan hanya menyelitkan subjek Pengurusan Perniagaan, Ekonomis Asas dan Perdagangan. Semua subjek2 tu tidak mengajar cara berbisnes.

Tahukah anda, pelajar-pelajar sekolah menengah di Singapura majoritinya sudah diajar tentang saham dan pemilikan syarikat. Lihatlah betapa banyak orang-orang Singapura menguasai syarikat-syarikat besar di Malaysia.

Fikir-fikirkanlah...hmmm...

Friday 20 September 2013

Pangkat Besar Atau Gaji Besar?

Mana yang lebih penting, pangkat besar atau gaji besar?

Ada dua jawapan, jika diletakkan pada situasi kerja makan gaji, gaji besar lebih diutamakan berbanding pangkat kerana dalam organisasi, pekerja lebih suka kerja yang kurang tanggungjawab dan lebih imbuhan bulanan.

Dalam organisasi (swasta atau kerajaan), pangkat besar bermaksud lebih 'kurang' masa bersama keluarga dan di rumah. Kena sentiasa bersedia hadapi pelbagai kekangan kerja. Kena bersedia 'dimaki' oleh bos besar dan bersedia di komplen oleh staf bawahan.

Tapi dalam organisasi yang dibina sendiri iaitu di mana kita sendiri menjadi taukeh, maka pangkat telah sentiasa ada iaitu 'General Manager' walaupun bisnes jual keropok lekor. Cuma gaji pula bergantung kepada saiz bisnes yang dibuat, lebih luas pasaran lebih luaslah pendapatan.

Perbezaan General Manager kerja sendiri dengan Pegawai Besar kerajaan ialah, waktu bekerja GM kerja boleh ditentukan sendiri tetapi Pegawai Besar adalah sebaliknya.

Tuesday 17 September 2013

Panduan Iklan di Harakah



Bagi penerbit buku-buku agama seluruh Malaysia, pengeluar produk-produk Muslim dan Halal, pakej umrah & haji, produk kesihatan dan sebagainya, akhbar Harakah adalah antara akhbar yang paling berkesan untuk mempromosi.

Harakah diterbitkan 2 kali seminggu, edisi Isnin dan Jumaat. Walaupun 2 kali seminggu tetapi jumlah cetakan melebihi 200,000 seminggu. Berikut ialah panduan harga iklan.

Berwarna

  • Muka surat penuh = RM3,800.00 (bagi iklan buku), sekali keluaran.
  • Separuh muka = RM1900.00 (bagi iklan buku), sekali keluaran.
Bagi iklan selain dari buku kemungkinan berbeza dan lebih mahal tetapi tidaklah sampai RM6,000 bagi muka surat penuh berwarna, setahu sayalah.

Bagi yang berminat, sila emel pada sales@harakah.net.my 


Panduan Iklan di Majalah Mastika



Bagi sesiapa yang ingin mengiklan produk, buku, atau apa saja di Mastika bolehlah merujuk panduan harga ini. Selagi tiada perubahan.

Satu muka surat penuh (berwarna)
ROB (muka surat dalam) = RM2,650.00
Sebelah Luar (kulit belakang) = RM4,041.00
Sebelah Dalam (kulit belakang) = RM3,116.40
Sebelah Dalam (kulit depan) = RM3,428.04

*Bagi saiz iklan hendaklah 18.5 cm x 13.3 cm (format .jpeg)

Maklumat lain

  • Diskaun 5% untuk 3 kali siaran sekali bayar.
  • Diskaun 10% untuk 6 kali siaran sekali bayar.
  • Diskaun 15% untuk 12 kali siaran sekali bayar.
Kadar harga iklan ini termasuk 6% cukai perkhidmatan kerajaan.

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi sendiri di alamat berikut.

Utusan Media Sales Sdn. Bhd.
No. 11-A, The Right Angle, Jalan 14/22,
46100 Petaling Jaya, Selangor.
Tel: 03-7956 3355

P/S: Harga iklan ni kemungkinan berubah-ubah dari masa ke semasa. Maklumat ini saya terima tahun lepas, jadi sila hubungi sendiri utk bertanyakan harga terkini.

Al-Quran Termurah di Pasaran


Produk ini saya jangka yang termurah di pasaran jika diambil kira pada kualiti kertas, ketebalan, maklumat tambahan dan corak warna. Rata-rata Al-Quran yg saiz seumpamanya berharga RM80-130.00, tetapi yang sebegini rupanya hanya berharga RM35.00, mengapa jadi begitu. 

Adakah karangkraf mempunyai kilang pengeluar kertas di Malaysia? Tidak.

Berdasarkan cakap-cakap orang pemborong buku, Al-Quran ini menjadi murah kerana Karangkraf mencetaknya di Indonesia dengan jumlah yang banyak kemudian, diimport masuk ke Malaysia. Oleh kerana kos bahan cetak di Indonesia berganda-ganda lebih murah dari Malaysia maka ia berjaya dijual dengan harga murah dan dikira, 'potong market' bagi semua penerbit Al-Quran di Malaysia.

Cakap-cakap dari pemborong juga menyebut taukeh besar penerbit Al-Quran di Malaysia iaitu House of Al-Hidayah tersangat kecewa dengan tindakan bos Karangkraf yang menjual murah. Khabarnya ia boleh merosakkan pasaran penerbit-penerbit Al-Quran lain. 

Itu cakap-cakap saja, mungkin juga kurang tepatnya.

Tapi itu hal penerbit sama penerbit, biarlah mereka bertengkar. Kita sebagai pembeli dan pengguna hanya mementingkan 2 perkara sahaja dalam pembelian iaitu murah dan berkualiti.

Walaupun saya penerbit buku dan mampu menerbitkan Al-Quran seperti penerbit besar lain, saya tetap melihat kepada persaingan perniagaan. Siapa yang lebih cekap dialah lebih untung. Yang penting untung dipungut bukan hasil penipuan tetapi hasil kecekapan mengurus.

Sunday 1 September 2013

Apa-Apa Bisnes Pun Perlu Ada Pejabat

Jika anda ingin berbisnes, perkara wajib ada ialah pejabat. Pejabat perlu kemas dan tak semestinya besar. Jika anda menggunakan rumah untuk pejabat (home busines), jadi rumah anda mestilah kemas, ada sudut untuk meja pejabat dan fail.

Ramai orang nak berbisnes tapi tidak pentingkan susun atur pejabat. Jika nak jadi penerbit buku sendiri pun, mesti ada pejabat.

Pejabat mesti melambangkan imej bisnes kita. Saya menghabiskan RM20,000 hanya untuk membina pejabat di rumah berkonsepkan home business. Di ruang tamu rumah saya bina rak buku setinggi 8 kaki dan panjang 12 kaki. Berserta ruang untuk menulis dan sistem wayar.

Saya gunakan khidmat syarikat D-Format. Boleh lihat alamatnya di http://www.dformatcabinet.com.my

(sepanjang saya guna khidmat D-Format, saya berpuas hati. Pertamanya kayu-kayu yg diguna utk buat kabinet memang kalis anai-anai. Designer akan print dahulu plan dan beri anggaran kos kpd anda. Jika setuju anda blh go on saja. Jika tak, boleh simpan plan tu. Kemudian, kabinet anda diinsurankan secara percuma oleh D-Format)

(Sebenarnya, sudut office di rumah yang D-Format tawarkan ialah RM2000 lebih saja utk panjang 5 kaki. Tetapi memandangkan saya reka sendiri design dan beri pd mereka dgn saiznya lebih besar, jd harganya pun mencecah RM20,000.)

P/s: satu lagi tips, jika nak pilih designer, cari syarikat yg ada kilang sendiri. 

Tujuan penting pejabat ialah ia meyakinkan kerja anda dan orang-oang yang berurusan dengan anda. Contohnya, prosuder bank sekarang perlukan lawatan ke premis perniagaan. Jika anda buat perniagaan menggunakan alamat rumah, orang bank akan ke rumah anda.

Pastikan rumah elok, kemas dan menampakkan imej home-business yang sebenar. Susun fail dengan elok dan nomborkan fail-fail berikut.

Failkan semua bil-bil domestik anda seperti air, elektrik, internet, kereta (biasanya 1 kereta 1 fail), bil Astro dan lain-lain.

Tuesday 6 August 2013

Selamat Hari Raya Aidilfitri


Saya dari blog Jutawanpena mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin!!

Saturday 3 August 2013

Peluang Menjadi Penulis Sepenuh Masa dan Sambilan

Ramai orang keliru tentang kerja sebenar seseorang penulis. Ada yang menganggap kerja menulis ni ada pejabat penerbitan. Maksudnya seorang penulis keluar setiap hari pergi pejabat dan menulis di sana. Kemudian pukul 5 petang balik rumah.

Kerja menulis tidak sebegitu, 99 % kerja menulis di lakukan di rumah atau di mana sahaja yang penulis itu berasa selesa. Di pejabat penerbitan, tiada penulis melepak di situ. Di situ hanya ada pengurus, editor, pelukis grafik, pegawai pemasaran, kerani pentadbiran, pembantu stor, drebar lori dan sebagainya. Penulis hanya ke sana untuk ambil cek royalti, mesyuarat atau apa-apa urusan yang diperlukan oleh penerbit.

Semua orang layak menjadi penulis. Ia hanya berkaitan idea. Sesiapa yang mempunyai idea menarik, luar biasa dan lain dari yang lain maka keuntungan akan menyebelahinya.

Menulis juga bukan bermaksud minta kerja di pejabat penerbitan. Tiada penulis yang meminta kerja dan tiada syarikat penerbitan yang boleh beri jawatan kosong. Jawatan kosong dalam dunia penulisan ialah 'idea bernas'.

Misalnya, sebuah syarikat penerbitan terkenal mempunyai 20 orang penulis terkenal. Kesemuanya ada nama dan mempunyai pelbagai gelaran sosial seperti Prof, Dr, Datuk, Datuk Seri dan sebagainya. Kesemua 20 orang itu juga sentiasa muncul di kaca-kaca televisyen. Buku-buku mereka juga bestseller.

Kemudian datang seorang penulis baru yang tidak dikenali, hanya pendidikan SPM membawa manuskrip buku setebal 200 muka surat. Penulis baru itu meminta bukunya diterbitkan. Selepas pengurus atau editor syarikat membaca manuskrip itu, mereka yakin buku itu boleh laku. Mereka cuba menerbitkannya. Akhirnya buku itu laku di pasaran menandingi buku 20 orang penulis terkenal syarikat itu.

Itulah hakikat sebenar dunia penulisan. Pangkat dan jawatan dalam sosial tidak menjamin buku itu menarik dibaca. Yang penting adalah idea dan gaya penulisan. Itulah yang dicari oleh penerbit-penerbit besar. Penerbit mengutamakan keuntungan, jika hanya glamour tetapi buku tidak laku, ia merugikan syarikat.

Maka disebabkan itu jugalah ramai penulis-penulis terkenal memilih untuk menubuhkan syarikat sendiri setelah sekian lama mencipta nama dan bernaung di bawah penerbit besar.

Oleh itu, kerja menulis adalah terbuka kepada sesiapa sahaja. Anda boleh lakukannya secara sambilan atau sepenuh masa. Maksud sepenuh masa adalah anda hanya menulis tanpa henti. Kemungkinan anda menghasilkan satu buku setiap 2 bulan.


Sunday 14 July 2013

Senarai Bestseller MPH (1-14 Julai 2013)

1.  Teduhan Kasih - Marissa


ID produk:9789670246222
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Karya Seni
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 22.00*

2.  Sebenarnya Saya Isteri Dia - Zura Asyfar


ID produk:9789670246178
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Karya Seni
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 30.00*

3.  Cintaku Bukan Murah - Aleya Aneesa


ID produk:9789831248805
Format:Kulit Nipis
Penerbit:Alaf 21
Tarikh terbitan:01-JUL-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 26.00*

4.  Curi-Curi Cinta - Siti Rosmizah


ID produk:9789675822124
Format:Kulit Nipis
Penerbit:SR ONE Sdn Bhd (Penerbit Sendiri)
Tarikh terbitan:15-MAY-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 37.90*

5.  Pengantin Ekspress - Pitria Abdullah


ID produk:9789670535074
Format:Kulit Nipis
Penerbit

Tarikh terbitan
:

:
Alaf 21

31-MAR-2013
Kategori (utama):Novel
Kategori (sub):Cinta
Harga:RM 19.90*

Bahaya Tusyen Kepada Pelajar

Hari ni kita bicara bab tusyen pulak.

Sebagai bekas guru, pernah menjawat jawatan ketua panitia, ketua bidang, penolong kanan dan pemangku pengetua di sekolah menengah, sepanjang pengalaman saya mentadbir saya mendapati tusyen lebih membawa kepada keburukan kepada kebaikan.

Tusyen sekarang sudah menjadi addict dikalangan ibu bapa. Bagi mereka jika anak nak berjaya perlu pergi tusyen. Maka dihantarlah anak siang malam ke pusat tusyen.

Bagi guru, tusyen tiada apa2 makna bagi mereka. Kecuali bagi guru yang ambil part time buat tusyen. Itulah lubuk duit untuk mereka. Tusyen merupakan parti time yg dibenarkan oleh kementerian melalui pekeliling rasmi. Tetapi dengan syarat mesti maklumkan jadual dan kos yang dikenakan kepada ketua jabatan atau JPN negeri masing-masing.

Apakah keburukan kepada pelajar?

Pelajar yang biasa bertusyen dari sekolah rendah hingga menengah akan mengalami satu penyakit khusus, iaitu 'Suapan Maklumat'. Maksudnya pelajar yang bertusyen dan lulus cemerlang peperiksaan setelah bertusyen akan menganggap tusyen punca kepada kejayaannya.

Penyakit 'Suapan Maklumat' ini bermaksud pelajar sentiasa disuap maklumat tanpa mereka sendiri berusaha mencarinya. Jika mereka menghadapi masalah soalan peperiksaan di sekolah, maka guru tusyen akan menjadi penyelesai masalah.

Kesan dari penyakit ini ialah bila pelajar terbabit masuk ke IPT.

Di IPT, tiada tusyen disediakan hanya kelas tutorial. Itupun mungkin ikut subjek tertentu sahaja biasanya yang melibatkan kuantitatif seperti perakaunan, statistik, matematik pengurusan dan seumpamanya.

Apabila pelajar terbabit sudah terbiasa dengan tusyen, maka mereka menganggap 'life' di IPT juga seperti sekolah mereka. Ada tusyen, ada jadual tetap, boleh keluar ke kantin sekali, boleh study sekali dengan kawan2. Tetapi rupa-rupanya sangat berbeza.

Bila berbeza, pelajar2 yg biasa bertusyen ini mengambil 'culture shock'. Begitu juga dengan pelajar lepasan Matrikulasi, majoriti mengalami masalah yg sama.

Pelajar2 yg biasa bertusyen di sekolah juga mengalami tekanan bila masuk IPT apabila mendapati tingkahlaku pensyarah2 tidak seperti guru-guru mereka. Kebanyakan pensyarah tidak mudah didekati seperti guru2 sekolah yg sedia menunggu melayan pelajar di bilik guru.

Di IPT, pensyarah ada bilik mereka sendiri, jadi mereka ada 'privacy' dan ego tersendiri. Jadi pelajar kenalah ikut rentak pensyarah. Kebanyakan pensyarah sgt sibuk kerana nak menyiapkan pelbagai kajian kes, soal selidik dan buku. Jadi mereka tak suka pelajar ganggu mereka terlalu kerap, dan mereka juga tak suka kepada yg kuat membodek.

Akibatnya pelajar yg mengalami penyakit 'suapan maklumat' (mungkin anak2 murid kita) mengalami masalah 'kemurungan yg melampau. Mereka menjadi 'pendiam' di IPT walaupun aktif di sekolah. Baru mereka sedar bahawa di sekolah, pelajar yg kerap dpt cemerlang dlm exam sentiasa dilayan baik oleh guru dan sekolah tetapi bila masuk IPT, semua pelajar dilayan sama rata saja, tak kiralah pelajar tu pelajar terbaik dari sekolah paling terbaik di Malaysia sekali pun.

Berikut kesan-kesan dari tusyen:

  1. Pelajar tidak yakin kepada guru yg mengajar di sekolah.
  2. Pelajar tak beri perhatian dalam kelas dan menganggap jika terlepas topik di sekolah ,topik itu boleh dicover semula dgn tusyen.
  3. Pelajar memandang rendah guru yg mengajar di sekolah - sedangkan pelajar tak tahu guru itu jugalah yang mengajar tusyen, mungkin di daerah lain.
  4. Pelajar menganggap guru tusyen berbeza dengan guru sekolah.
  5. Tempat tusyen adalah port terbaik untuk dating dan berkenalan dengan lelaki dan perempuan dari sekolah lain.
Semasa bertugas, saya sentiasa memperingati pelajar2 saya agar hal-hal ini. Saya berterus terang kepada mereka bahawa mereka jgn terlalu mengharap mereka dilayan seperti 'artis' jika berada di IPT. 

Saya memberitahu, pelajar yang mendapat 15A dalam SPM, jika masuk IPT akan duduk sebilik dengan pelajar yg mendapat 6A dlm SPM. Tiada hak eksklusif diberikan.

Saya menyedari tentang penyakit ini apabila ada pelajar2 saya yg cemerlang bila masuk IPT menjadi pendiam dan murung. Mereka menghubungi saya sendiri sehinggalah sekarang.

Sunday 7 July 2013

Ramai Yang Kecewa Bila Jadi Guru Kerajaan

(gambar hiasan)


Kekecewaan ini tidak berlaku kepada yang betul2 minat menjadi guru tetapi berlaku kepada individu yang dari bidang bukan pendidikan yg terjun ke dunia pendidikan. Almaklumlah sekarang ni banyak lubang boleh masuk utk jadi guru seperti KPLI, Serapan terbuka dan panggilan terbuka dari PPD.

Ramai siswazah skrg berebut-rebut nak jd guru. Mereka kata keja senang dan mudah dpt bonus. Jadi berbondong-bondonglah masuk KPLI. Kebanyakan mitos yg berlegar dikalangan siswazah bukan bidang pendidikan tentang kerja guru ialah:

#Mitos 1 : Kerja senang, ajar budak-budak saja.

Lepas masuk jd guru, baru tahu rupa2nya nak ajar budak bukannya senang. Ada yg degil, ada yg suka berdendam dan ada yg kuat mengadu kat mak bapak. Kerja guru yg selama 100 hari tu blh terpadam begitu saja apabila ada ibu bapa yg datang menyerang tanpa sebab. Byk guru kecewa bila hadapi perkara mcam  ni. Jd ramailah yg mengadu kat Tuan Hj Facebook, itu ini begitu begini.

Ada setengah budak malas nak dtg sekolah. Jd tugas gurulah nak kena pegi rumah budak tu. Bayangkan kalau cikgu kelas tu tengah mengandung 7 bulan. Terpaksa la menapak ke rumah budak utk cari sebab. Kalau tidak PPD akan salah kan guru kelas.

#Mitos 2: Balik awal, cuti sekolah panjang dan boleh bercuti sama dengan pelajar.

Tidak ada sekolah yg balik awal dlm Malaysia ni kecualilah kalau sanggup pergi mengajar sekolah orang asal. Banyak siswazah tak tau, guru bukannya boleh balik awal lepas sekolah. Sesetengahnya ada aktiviti persatuan, latihan rumah sukan, kelas tambahan dan sebagainya.

Jd perkara ini menjadi bebanan kepada siswazah bukan bidang pendidikan yg masuk melalui KPLI. Mereka akan tertekan kerana jangkaan mereka tak tepat. Tambahan kalau Pengetua atau Guru Besar tu perempuan garang macam Mak Si Sabariah dlm Ibu Mertuaku, habislah cikgu tu. Pukul 4 le jawabnya kena balik.

Setengah guru bila cuti sekolah tak macam cuti jugak. Ada yg kena pi kursus sana sini. Bagi sekolah asrama penuh, budak2 pula jenis rajin. Jd masa nilah nak buat rombongan sana sini, jadi cikgu diwajibkan ikut, suka atau tidak, mesti ikut.

Kalau cuti panajng hujung tahun, kebanyakan guru akan mengelak dari jadi Pengawas Peperiksaan SPM, STPM dan STAM. Masa cuti, guru2 ni yg dilantik kena hadiri taklimat, mengawal kelas peperiksaan dan sebagainya. Jadi mana2 guru yg dah plan nak cuti balik kampung terpaksa batal.

(gambar hiasan)


#Mitos 3: Hanya duduk dalam kelas atau dalam sekolah saja, tak perlu bergerak out-station.

Ramai kata jd guru duduk dlm kelas saja. Kerja senang. Sebenarnya, kalau tengah duduk tu tiba2 nazir datang jengok kepala kat pintu, mau melompat cikgu tu. Kalau tengah sarat mengandung, mgkin blh 'deliver' terus tanpa bius.

Nazir yg jengok pula jenis ada misai taring dan suka mengomel. Memang menyusahkan. Semasa sy jadi pemangku Pengetua di sebuah sekolah menengah, ada sorang cikgu tu tak sangka nazir datang nak duduk dlm kelas dia. Mujurlah cikgu tu bekas Guru Cemerlang, jd taklah gelabah sgt. Tp lepas nazir balik, terketar-ketar cikgu tu marah saya sbb tak bagitau.

Saya pun jawab begini, "Datanglah sape pun, bukannya gaji awak nak kena potong." 

Bila dengar jawapan tu, guru tadi agak lega skit. Mgkin dia baru sedar kot.

#Mitos 4: Senang naik pangkat (naik DG) kalau bertapa lama.

Kenaikan gaji adalah perkara yg paling kedekut dlm sejarah kerajaan Malaysia. Jd pilihan yg ada ialah guru mengejar DG. Dari DG41 ke DG44, DG48, DG52 hingga DiGi 016. Nak naikkan DG di Malaysia ni senang saja, rapatkan diri dengan pengetua, buat2 rajin dan pastikan penilaian prestasi lebih dari 86 markah.

Alhamdulillah, sepanjang menjadi pemangku Pengetua sy tidak pernah memberi markah kurang dari 86 kpd semua guru. Tp ada sorang guru tu saya terpaksa beri 79 markah sebab ada kes malas yg melampaui batas. Dah tu datang sekolah seminggu 3 kali je. Itu memang tak blh diterima akal. Nasib baik tak masuk surat khabar. Cuma saya kecewa skit, guru tersebut langsung tak rasa bersalah. Sy minta JPN menukarnya ke sekolah lain. Akhirnya ditukar.

#Mitos 5: Kerja guru takde due-date macam kerja engineer yg kena kejar periode project.

Ini mitos yg berlaku dikalangan sisawazah kejuruteraan yg kerja kilang kemudian memohon nak menjadi guru. Bila masuk jd guru, baru mereka tau, assignment yg diterima guru lebih besar dari projek nak buat KLCC. Bayangkan seorang guru dipaksa memastikan semua pelajarnya lulus dlm SPM walaupun ada yg tak pernah lulus dan memang tak pernah datang sekolah.

Konsep keguruan di Malaysia pelik skit. Jika pelajar itu tak lulus atau tak meningkat grednya maka ia 100 % salah guru. Jika pelajar itu tak pernah baca buku utk exam dan tidak lulus exam, ia juga salah guru. Maka sebab itulah banyak kes JPN terima guru memberi jawapan kepada pelajar dlm peperiksaan Pertengahan Tahun dan Akhir Tahun.

Hakikat sebenar di Malaysia ialah kerja guru lah yg paling susah. Susah sebab kerjanya perlu dibawa balik ke rumah. Susah sebab nak ajar 'manusia'. Manusia pulak ada pelbagai ragam.

Bukan senang nak ajar budak
  • Walaupun ajar budak-budak tetapi bukan semua budak boleh diajar. Ada yg sangat biadap. Ada setengah budak sangat manja. Suka mengadu kepada mak bapak. Mak bapak pula sanggup ke sekolah memarahi guru tanpa tahu sebab sebenar.
Tugas Warden dan Pengawas Peperiksaan
  • Bagi golongan guru, jawatan yang sentiasa dielak dan terpaksa pengetua sekolah mencabut nombor giliran ialah Warden dan Pengawas Peperiksaan. Bertugas sebagai Warden kena berhati-hati 24 jam. Sesetengah sekolah ada kes rasukan dan histeria. Kalau jin tu datang kacau pukul 4 pagi, teruklah cikgu tu. Silap haribulan cikgu kena deal dengan jin suruh ganggu waktu siang saja, senang nak tidur.
  • Pengawas Peperiksaan pula ialah jawatan menjaga peperiksaan awam UPSR, PMR, SPM, STPM atau STAM.
  • Dalam banyak2 exam, exam SPM dan STPM yg ramai cikgu taknak jaga sebabnya ia berlaku pada waktu cuti sekolah. Jadi pengetua terpaksa buat undi giliran untuk setiap guru. 

Saturday 29 June 2013

Berbisnes Ketika Di Universiti

Saya berniaga sejak kecil lagi. Ibu bapa saya bukan orang berniaga. Mereka lebih suka anak2 bekerja kerajaan kerana ada pencen. Tambahan bapa saya adalah pegawai tinggi kerajaan.

Ketika masih belajar di universiti, saya gemar berbisnes. Kecil-kecilan sahaja. Loan PTPTN yang pertama saya dapat saya beli komputer berserta printer dan scanner. Sedangkan ramai kawan2 lain tak membeli komputer, bagi mereka komputer di makmal (LAB) sudah ada. Tak pun pinjam kawan punya.

Bila dapat komputer, saya pun jalankan bisnes 'Printing Service'. Sebenarnya printing yang saya maksudkan tu ialah mencetak kerja-kerja assignment. Bagi sape-sape yang pernah belajar kat IPT, mesti tau betapa banyaknya assignment nak kena buat, tambahan pulak budak fakulti Sejarah dan Pengurusan Perniagaan.

Bilik saya sentiasa ada orang nak mencetak assignment. Saya caj 20 sen utk sehelai (hitam putih) dan 50 sen untuk cetakan warna.

Bila masuk semester 3 dan 4, makin ramai dah beli komputer dan printer. Jadi bisnes tak berapa jalan. Masa tu plak harga komputer makin menurun dan banyak pakej di tawarkan.

Jadi saya pun ubah corak bisnes. Saya beli satu software yang menjalankan operasi OCR. Iaitu perisian yang mampu convert teks-teks yang telah di scan masuk ke dalam MS Word. Jadi program tu ramai tak tahu guna.

Jadi bisnes saya kembali memuncak. Bayangkan buku yang diphotostat tu boleh di convert masuk dalam Words, tak perlu nak taip langsung, just edit saja. Paling banyak assignment yang saya pernah convert ialah assignment bahasa Inggeris.

Jadi, ketika semester 5, 6 dan 7, saya sudah mempunyai kereta Isawara dan sebuah motosikal. Saya mampu bayar kedua-duanya hanya dengan bisnes tersebut. Sebenarnya  kereta tu abang saya yg punya tapi saya bayar bulan2. Kira menjadi jugak bisnes masa tu.

Monday 24 June 2013

Heart Rate Monitor POLAR CS100

Baru2 ni disebabkan desakan nak meningkatkan stamina kesihatan, terpaksalah cari heart rate monitor. Cari punya cari jumpa di kedai KSH Cycle. Itu sj yang paling murah.

Polar CS100 RM389.

Yang saya beli ni untuk dipasang pd basikal. Kalau jenis jam pun ada. Boleh tengok kat laman web Polar. (klik sini) Daripada beli jam emas mahal2, lebih baik beli ni. Hanya ahli sukan yg tau cara nak sihatkan badan. Benda ni tak ada jual di kedai jam.

Kebaikan Heart Rate Monitor (HRM) ini ialah mengesan kadar dengupan jantung dalam seminit. Dengan memasukkan data seperti berat badan, tinggi, umur, ia boleh kira kadar BMI ideal dan dengupan maksima yg perlu kita pantau pada jantung kita.

Misalnya, selepas key-in data dalam HRM, ia akan kelaskan dengupan jantung anda dlm beberapa zon dan didapati zon anda menyatakan dengupan maksima ialah 185 bpm (beep per minute). Ini bermakna jika anda sedang berlari, berbasikal atau buat kerja2 berat, lihat pada skrin HRM dan pastikan dengupan tak mencecah 185 bpm. Jika mencecah maka jantung anda dalam bahaya.

Ia sesuai untuk org yg ada lemah jantung. Kadang2 org sakit jantung tak sedar bila kerja ke sana ke mari dan banyak berjalan, jantungnya berdegup di luar keupayaan. Jika ada HRM, pengidap sakit jantung boleh sentiasa memantau degupannya. Jika sedang berjalan tiba2 HRM menunjukkan kadar hampir 185 bpm, maka orang tu bolehlah berhenti berehat sebentar sehingga BPM kembali di bawah 100 bpm.

Saya beli ni sebab saya berbasikal dan gemar menyertai lumba basikal. Walaupun dah umur hampir 40 tahun tp aktiviti berbasikal memang tak blh lepas. Kat mana2 ada race di Semenanjung saya akan pergi. Biasanya hari cuti sekolahlah. Dari sekolah menengah lagi sy berbasikal.


Ini kadar dengupan jantung saya dlm keadaan rehat 68 bpm. Belum cukup fit tu. Kadar manusia normal ialah 75 bpm. Kadar paling sihat macam atlit sukan ialah 45 bpm ke bawah. Lebih rendah .bpm lebih sihat orang tu. 

Kebanyakan kita dok sibuk minum kopi la, herba la, pil dan macam2. Tapi punca sebenar kesihatan ialah apabila kita tahu cara mengawal dengupan jantung. Bila kadar bawah 50 bpm, confirm susah nak kena kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Yg saya beli ni kira chap ayam jugak. Yang mahal pun ada jenama Garmin Edge (klik sini). Harga HRM Garmin biasanya antara RM900-1600.