Thursday 19 November 2015

Industri Buku Sedang Tenat!

Sekarang kemelesetan ekonomi yg teruk dlm Malaysia. Dlm industri buku, ada sesetengah penerbit besar yg makin tenat.

Ada desas-desus juga sesetengah penerbit mula menolak buku-buku mereka kpd kedai buku hanya dgn harga RM1.00, betul2 murah! Pekedai akan jual semula dgn harga RM8-10.00

Ini dah kira jual bisnes bukan jual buku lagi.

Ada jg sesetengah penerbit besar mula menawarkan harga rendah kpd orang awam yg ingin menjadi agen secara bebas, maksudnya blh jual buku tanpa ada kedai atau lesen berniaga.

Sy dengar ramai pekedai buku tak puas hati kpd penerbit tersebut. Sebabnya, pembeli dah mula dpt keistimewaan sama taraf seperti pekedai. Ini hal yg tak sihat! Pembeli mungkin rasa untung tetapi pekedai jg mahukan untung kerana mereka nak bayar gaji pekerja.

Dlm hal ni, saya percaya penerbit cuba menghabiskan semua buku yg ada dlm stok mereka. Pekedai pula fikirkan penerbit tersebut tak fikirkan maruah dan jangka hayat industri buku.

Jika kedua-dua pihak ini berkelahi dan terus-menerus berkonflik, orang yg terselamat ialah penulis.

Sebab apa?

Jika penerbit gulung tikar, penulis blh berpindah penerbit. Jika penerbit lain tak mau terima, penulis boleh menerbit sendiri.

Apa pun tidak elok situasi ini berlaku. Lebih baik jgn berlaku. Setiap orang ada peranan dan kepakaran bidang masing-masing. Jika penulis nak terbit sendiri, mereka terpaksa pula tanggung modal cetak dan promosi sendiri.

Saturday 31 October 2015

Murid Adalah Sumber Pendapatan Guru

Bagaimana murid boleh menjadi sumber pendapatan guru?

Caranya ialah menjadikan murid itu sebagai 'peminat' kepada penulisan guru.

Pelajar-pelajar sekarang semuanya ada Facebook, Twitter, Instagram, Blog dan sebagainya. Pelajar-pelajar juga sangat bangga jika mereka mendapat tahu guru kelas mereka mempunyai buku.

Bahkan pelajar-pelajar sendiri (khususnya pelajar sekolah menengah) sentiasa menjadikan guru yang mempunyai buku ada lebih 'pakar' dari guru tanpa buku.

Jika anda ada buku, apa perlu anda buat?

Jika anda ada buku, khususnya buku rujukan atau modul pengajaran, sebaiknya buku tersebut dibukukan secara profesional walaupun tiada nama syarikat dan barkod.

Guru yang menulis buku rujukan, latihan dan modul pembelajaran lebih mudah membuat duit apatah lagi jika buku yg dibawa berbentuk buku sebenar bukannya jenis comb-binding atau stapler sahaja.

Jika anda ada novel sendiri, war-warkan kepada pelajar. Sebelum itu, bina page FB khusus untuk tajuk novel itu agar pelajar-pelajar boleh LIKE dan SHARE segala posting.

Jika anda ada buku yg tiada kaitan dgn pembelajaran sekolah, buat perkara yang sama juga, bina page FB untuk tajuk buku tersebut dan war-warkan kepada pelajar.

Langkah ini akan memudahkan 'penyebaran' nama anda dan status populariti anda sebagai penulis. Secara tidak langsung, anda mempunyai peminat tersendiri beratus-ratus orang.

Dari mana hasil wang itu datang melalui murid?

Pelajar tidak mempunyai wang, hanya sebahagian sahaja yg mampu beli. Tetapi pada diri pelajar mereka boleh menjadi elemen promosi. Apabila pelajar ke kedai buku dan bertanyakan tentang buku anda, tetapi tiada, maka pekedai buku akan membuat tempahan.

Biasanya pekedai akan cari melalui internet nama buku tersebut. Dari situ mereka akan jumpa blog atau FB page anda.

Selain itu, nama anda sebagai penulis buku juga akan tersebar jika ada sebahagian murid-murid kelas anda merupakan anak guru. Biasanya mereka akan teruja memberitahu ibu bapa mereka yg juga guru tentang buku anda.

Secara tidak langsung, nama anda telah famous di sekolah lain. Jika nak cepatkan popular, beri percuma kepada anak-anak guru. Ibu bapa mereka akan membelek-belek buku anda, kemungkinan anda menjadi bahan rujukan mereka.

Monday 28 September 2015

Antara istilah BISNES dan BERNIAGA

Dalam masyarakat Melayu kita, saya perhatikan ada sedikit perbezaan pemahaman terhadap dua istilah ini iaitu

BISNES dan BERNIAGA

Walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama tetapi sesetengah orang (mungkin juga ramai) secara tidak sedar menganggap ia istilah yang berbeza dari segi kefahaman semasa. Perbezaan ini lebih ketara jika diajukan kepada golongan tua yang bukan berlatar belakang pendidikan tinggi.

Apa yang berbeza?

Perkara yang berbeza ialah tentang pemahaman maksud kedua-dua istilah tersebut.

BISNES

Jika seorang individu menyebut, "Saya sedang buat BISNES".

Kebanyakan golongan tua atau muda menganggap ia sejenis perniagaan yang standard, mempunyai pejabat, kedai dan kakitangan untuk menguruskan perniagaan tersebut.

BERNIAGA

Tetapi jika seseorang itu menyebut, "Saya BERNIAGA sendiri saja."

Pemahaman bagi orang yang mendengar ialah, perkataan BERNIAGA lebih sinonim kepada aktiviti perniagaan menjual barang, membuka kios di tepi jalan, menjual makanan dan seumpamanya.

** Bagi orang-orang tua, penggunaan perkataan BISNES lebih menunjukkan aktiviti perniagaan yang hebat dan banyak duit manakala perkataan BERNIAGA lebih kepada aktiviti jual makanan tepi jalan atau jualan kecil-kecilan tanpa pejabat.

P/S: Ini berdasarkan pengalaman saya berbual-bual dengan pelbagai golongan sama ada yang berkerja atau tidak berkerja. Mungkin pandangan pembaca agak berbeza pula.

Monday 14 September 2015

Adakah kereta mewah jimat minyak?




YA, kereta mewah memang jimat minyak. Tapi harganya, kena banyak bersabarlah.

Berdasarkan sembang-sembang dengan rakan-rakan yang kerap travel jauh dari KL ke Kedah atau Pulau Pinang, mereka katakan hanya sekali isi sahaja, tetapi masih ada lebihan.

Berikut kereta-kereta yang kerap dipakai:


Sunday 6 September 2015

Nasib Tauke Leong!

Baru-baru ini saya pergi ke JPJ untuk urusan renew road-tax, berjumpa dengan kenalan lama Tauke Leong. Dia sudah berumur 50-an, orang kampung tetapi mempunyai kebun sayur dan nenas yang tak kurang kecilnya.

Sambil duduk dan minum bersama-sama, saya bertanya tentang bisnesnya,

"Camna, bisnes buah sekarang? ok?"

"Ok jugak la. You sudah angkat itu buah?, I sudah hantar rumah U punya mak." tanya dia.

"Ya, mereka sudah ambik, terima kasih banyak," jawab saya. Beberapa hari sebelum tu, dia ada beri hasil-hasil buah nenasnya kepada adik saya. Dia hantar sendiri dengan kereta buruknya.

"Kerja di kebun terukkah tauke?" tanya saya.

"Biasalah, dah tua-tua ini macam, ada sikit letih. Wife pun kurang sihat." jelasnya sambil meneguk kopi.

Lantas saya teringatkan anak-anaknya dan bertanya tentang mereka.

"Apa susah, anak-anak kan ada. Mereka semua lelaki."

Saya cuba menggembirakan hati dia. Tapi dia agak tersentak dan menunduk dengan soalan itu. Agak lama dia diam sambil menoleh ke arah jalan-raya yang sibuk dengan kereta.

"Mereka orang muda, mana mau kerja-kerja kotor macam ini. Mereka suka kerja pejabat."

Agak perlahan nadanya, tanpa melihat saya dia memberikan jawapan.

"Hujung-hujung minggu pun takkan tak datang ke kebun." saya bertanya sambil mencari jawapan.

"Mereka cakap kebun takde air-cond, susah la budak-budak sekarang ni," jelasnya.

Dahinya agak berkerut sambil peluh menitik ke pipi. Dia masih dengan baju kebunnya brand Pagoda. Seluar hitam dan berkasut kung-fu. Dia belanja minuman saya.

Dalam 15 minit kami berbual selepas tu kami beredar dari kedai tersebut dan membawa haluan masing-masing.

Monday 24 August 2015

Hari ini: 1 Dollar sama dengan RM4.25

Hari ni ekonomi Malaysia tahap paling teruk. Duit ringgit menjunam. Money changer di Thailand mula tak mau duit-duit dari Malaysia.

Paling kesian ialah kontraktor. Tender-tender kerajaan terpaksa dibatal dan dibuka semula kerana harga kos dah meningkat khususnya bagi barang-barang binaan yang diimport.

Negara Malaysia terkesan kerana kadar eksport kurang dari import. Barang yg digunakan oleh rakyat Malaysia lebih banyak yang diimport berbanding yg dieksport. Contohnya, susu bayi. Walaupun pada kotak atau tin susu tersebut ditulis 'Made in Malaysia' atau dibungkus di mana-mana kilang di Malaysia tetapi kandungan dalamnya sebenarnya diimport.

Susu tepung datang dalam keadaan pukal dari luar negara. Kemudian dimasukkan di kilang di Malaysia untuk pembungkusan sahaja seperti kotak baru, stiker baru dan barkod baru. Jadi harga akan tetap naik kerana kos import naik.

Bila

RINGGIT JATUH

Harga barang NAIK

Sunday 16 August 2015

Berhati-hati dengan tempat pengasuh kanak-kanak!

Kelmarin bila berjumpa dengan rakan-rakan bekas guru, kami sempat berbual-bual tentang pengalaman masing-masing selepas tamat siswazah. Dalam banyak2 topik seperti politik, ekonomi dan profesion, timbullah soal tempat mengasuh.

Dari perbualan tu, ada seorang sahabat yg pernah tinggal di Bangi memberitahu, dia pernah hantar satu taman asuhan kanak-kanak, agak popular tempat tu, ada banyak cawangan. Tetapi pengasuhnya wanita Indonesia.

KES 1##

Satu hari ketika datang mengambil anaknya yang berusia 4 tahun, didapati anaknya menangis sambil ternganga-nganga mulutnya tapi tiada pulak suara. Dia terus saja bawa balik.

Sahabat ni agak kebingungan macam mana anaknya boleh hilang suara. Padahal anaknya memang agak nakal, kalau tercedera sikit tu, katanya boleh lg diterima.

Selepas dia siasat rupa-rupanya, teknik tempat asuhan tersebut untuk 'mengajar' kanak-kanak yang suka menangis ialah dengan mengurung mereka dalam satu bilik. Jadi budak tu akan menangis keseorangan  sehingga letih dan tertidur sendiri.

Akibatnya sekarang setelah 10 tahun berlalu, anak lelakinya itu kini bersuara parau seperti orang dewasa walaupun masih sekolah rendah. Sedangkan sahabat saya itu dan isterinya bersuara lembut dan kecil.

Tapi kini, isterinya tak lagi berkerja. Walaupun masih menjadi guru tetapi atas minat dalam perniagaan, dia berjaya mengusahakan kebun getah yg luas di Kelantan.

KES 2##

Seorang sahabat perempuan, menceritakan kepada saya tentang anaknya yang ditinggalkan di satu rumah pengasuh di Pandan Jaya. Pengasuh tu pasangan suami isteri umur lingkungan 50-an. Satu hari anaknya yang berusia 1 tahun tak mahu menyusu dengannya, jadi dia kehairanan.

Selepas diperiksa dan disiasat, rupa-rupanya pengasuh yang dah berumur tu cuba menyusu sendiri dengan badannya. Walaupun mungkin dah takde susu, tapi memandangkan setiap hari mulut budak tu dah kena puting badan perempuan lain, jadi budak tu akan rasa kelainan jika nak menyusu dengan ibunya.

Kemudian sahabat saya tu cari orang lain pula, pasangan dah berumur di sekitar kawasan perumahan tu juga. Malangnya, masalah tak selesai. Pengasuh baru memberitahu sahabat saya, yang pengasuh lamanya telah datang menyerangnya semasa suaminya tiada.

Ini dah kira kes psiko.

PENGAJARAN

Cuba mengasuh sendiri anak walau dengan apa cara sekalipun. Jika nak cari pengasuh, lebih baik cari keluarga terdekat. Jika tak ada jugak, jalan terbaik ialah dengan bertanyakan dahulu kepada rakan-rakan sekerja tentang pengasuh-pengasuh yang di rekomen.

Thursday 23 July 2015

Buku Bestseller - Tarbiyah Sentap


Buku ini semakin popular sekarang. Dalam FBnya diberitahu sale sudah mencapai 63,000 unit. 

Beberapa sahabat saya membuka kedai buku juga mengakui, buku ini sangat laris.

Lawati laman ini :  Facebook Tarbiah Sentap  |   www.tarbiahsentap.com 


Saturday 4 July 2015

Berapa harga Adobe InDesign?



Sesiapa yang ingin menubuhkan syarikat penerbitan secara profesional hendaklah memiliki software-software khusus untuk menjalankan operasi syarikat.

Antara software-software yang digunakan ialah:

1) Adobe InDesign
2) Adobe Photoshop
3) Adobe Illustrator

*Paling minima adalah 3 software di atas. Kos membeli software2 ini dikira kos syarikat.

Berapa harganya?

Jika beli satu per satu, harga beribu2 ringgit, mungkin jadi RM10,000. Jadi syarikat ADOBE buat jual secara bundle iaitu 20 software dalam satu pakej.

Pakej itu dinamakan Adobe Master Collection. Harganya mencapai RM9,000.

Saya beli dengan harga RM8,800.00. Dalam bundle ini ada semua jenis software keluaran Adobe berjumlah 20 jenis software. Berbaloikah? memang berbaloi sebelum BSA datang serbu syarikat anda walaupun menggunakan alamat rumah.



Semua Penulis Wajib Tahu Adobe InDesign

Antara muka program InDesign yang digunakan Layout Designer di syarikat penerbitan


Majoriti penulis, mungkin 90% menulis menggunakan Microsoft Word (termasuk saya). Tapi majoriti juga tidak pernah menggunakan Adobe InDesign.

Perlukah kita sebagai penulis tahu Adobe InDesign?

Ya, WAJIB.

Kita tak perlu menggunakannya, tak perlu beli softwarenya atau membuka program itu jika ada. Sebagai penulis, adalah memadai kita mengetahui apa itu perisian Adobe InDesign.

Apa itu Adobe InDesign?


  • Ia software yang digunakan oleh seorang designer di pejabat penerbit anda. 
  • Biasanya jawatan kerja untuk designer tu digelar LAYOUT DESIGNER, PEREKA GRAFIK DALAMAN atau sebagainya.
  • Selepas penulis hantar manuksrip (bentuk softcopy) kepada Penerbit, editor akan memberikan kepada Layout Designer untuk dipindah masuk ke dalam Adobe InDesign.
Penulis tak perlu beli Adobe InDesign kerana ia mahal. Yang penulis perlu tahu ialah fungsi Adobe InDesign dan mengapa setiap syarikat penerbitan memerlukannya.

Logo Adobe InDesign




Saturday 27 June 2015

Kaedah Menulis: Berapa Perkataan Perlu Taip?



Menaip Dalam MS WORD

99% penulis buku lebih gemar menaip buku mereka menggunakan program Microsoft Word. Biasalah tu...

Tapi berapa perkataan seseorang penulis buku perlu taip sebenarnya dalam WORD untuk mendapat satu buku? Di bawah ini saya lampirkan jadual anggaran ketebalan buku berdasarkan jumlah perkataan dan muka surat.

Jadual ini dibuat berdasarkan analisis saya sendiri untuk mengetahui dengan tepat (hampir tepat), berapakah jumlah perkataan yang perlu ditaip oleh seseorang penulis di dalam MS Word untuk mendapatkan jumlah muka surat yang diingini dalam bukunya?

(klik untuk besarkan imej)

Nota:

1 - MS WORD, penulis menaip buku di dalam program ini.
2 - ADOBE INDESIGN - Layout Designer pula memindah semua softcopy manuskrip penulis ke dalam program ini sebelum dihantar kepada pencetak.
3 - SINGLE, program Word lama memberi tiga pilihan dalam Spacing iaitu Single, 1.5 dan Double. Program Word sekarang hanya tulis Before dan After. Jadi pilih 0pt untuk kedua-duanya.
4 - STANDARD PAGE, bila kita buka program MS Word dalam komputer, secara automatiknya Word menyediakan kita satu dokumen baru dengan saiz standard. Jadi dalam ujian yang saya buat ialah saya tidak mengubah saiz standard ini ketika mengukur jumlah perkataan.
5 - DOCUMENT, Dalam Word, setiap muka surat disebut document.
.........................................

Analisis Jadual

1.  Berdasarkan jadual di atas, saya dapati jika ditaip dalam WORD satu muka surat penuh dengan jumlah 573 perkataan, jadi ia bersamaan dengan 2.2 muka surat dalam saiz buku sebenar (jika saiz 8.5 x 5.5 inci).

2.  Jika seseorang penulis bercadang mahu menghasilkan buku bersaiz 8.5 x 5.5 inci (ini saiz standard dalam Adobe InDesign), dengan jumlah ketebalan anggaran 200 - 220 muka surat, maka dia perlu menaip di dalam MS Word sebanyak lebih kurang 57,300 perkataan. (yang bersaiz 11pt, font Calibri dan Single Spacing).

3.  Ringkasannya, menaip di dalam MS Word sebanyak 100 muka surat, ia bersamaan 220 muka surat dalam saiz buku sebenar.

4.  Dalam analisis ini, diandaikan seseorang penulis itu menaip penuh satu muka surat di dalam MS Word tanpa ada sebarang perenggan.

5.  Tapi dalam realitinya, apabila dipindahkan ke Adobe InDesign, designer akan buat banyak perenggan dan menokok tambah pelbagai jadual dan gambar. Ini akan menyebabkan berlakunya penambahan perkataan.

6.  Jika penulis itu sudah merancang bilangan gambar dan jadual yang bakal dimasukkan di dalam bukunya, kemungkinan jumlah perkataan yang perlu ditaip di dalam MS Word adalah kurang dari 57,300 perkataan. Mungkin hanya 52,000.

Lebih Kecil Saiz Buku Lebih Banyak Muka Surat

Jika buku yang bakal diterbitkan oleh penerbit anda lebih kecil saiznya dari 8.5 x 5.5 inci, maka bilangan muka surat akan meningkat lebih dari 220 muka surat. (Diangaikan anda menaip 100 muka surat dalam Word).

Begitulah sebaliknya pula, jika saiz buku yang bakal diterbit lebih besar saiznya dari 8.5 x 5.5 inci, bilangan muka surat buku sebenar akan kurang dari 220 muka surat.

Nasihat Saya

Merancang ketebalan buku adalah penting kerana pembeli sekarang tak suka buku yang tebal-tebal. Bagi mereka lebih tebal lebih mahal. Buku yang tebal kurang laku sebenarnya. Kecualilah jika tuan-tuan nak terbit buku-buku agama, maka ia tak mementingkan jumlah perkataan. Yang penting adalah fakta.

Seperkara lagi, jika anda hanya menulis buku dalam Word dan menggunakan penerbit lain, jadi seboleh-bolehnya tanya dahulu editor tentang saiz buku yang akan dibuat untuk anda.




Thursday 28 May 2015

Mesin Paper Cutter Elektrik

Mesin ini digunakan selepas buku menjalani proses Perfect Binding. Bahagian-bahagian kiri kanan atas bawah buku dikerat dengan teliti mengikut saiz yang telah ditetapkan pada mesin.

Semua kilang pencetak memiliki mesin ini, berbeza mengikut saiz.

Paper Cutter Machine saiz sederhana.

Paper Cutter saiz kecil jenis table top.



Mesin Paper Cutter untuk kertas dan buku jenis table top.



Electric Paper Cutter, saiz besar, harga RM3,000 - RM5000


Tuesday 26 May 2015

Mesin Perfect Binding Untuk Buku

Tulang buku (spine) digam bersama cover buku. 


90 peratus buku di kedai-kedai buku dijilid dengan cara Perfect Binding (PB). Maksudnya, semua muka surat buku diletakkan gam khas pada tulang buku berserta kulit buku.

Selepas kandungan buku dan cover siap dicetak, ia akan melalui proses Binding. Salah satu proses yang popular ialah perfect binding (bergam). Hanya satu mesin digunakan untuk tujuan binding.

Mesin PB ada pelbagai saiz dan ia boleh menjilid (secara gam) pelbagai saiz buku mengikut ketebalan masing-masing.

Mesin Perfect Binding untuk kertas saiz A3 (maksima). 


Ada juga bersaiz table top, boleh diletak dlm rumah.


Lihat video cara buku dilakukan binding.


Kos mesin berbeza mengikut saiz dan kemampuan (unit buku per jam). 

Kalau mesin kat atas harga lebih kurang RM11,000.

Mesin table top tu pula mungkin lingkungan RM7,000.

Kesimpulannya, proses binding buku boleh dilakukan di rumah jika menggunakan mesin jenis table top (macam dlm gambar). Kalau mesin besar skit mungkin agak susah kerana Volt Power untuk mesin kemungkinan guna elektrik jenis 3 Phase.


Monday 13 April 2015

15 APR 2015 tarikh akhir untuk kedai buku tukar label harga

Pada 15 APR 2015 ini, semua kedai-kedai buku telah mendapat arahan dari Jabatan Kastam Diraja agar menukar semua label harga buku atau semua barang-barang yg dijual di dalam kedai-kedai buku.

Jika tidak! kedai buku akan didenda RM200,000.

Hari ni, seorang sahabat minta tolong lekatkan label harga baru yg bertulis GST atas semua barang-barang dlm kedainya. Tolong pun tolong jugaklah, tapi dalam kedainya ada 12,000 jenis barang untuk dilabel.

Monday 30 March 2015

Bolehkah penjawat awam menulis buku?

Denise Minnerly - pelukis grafik buku kanak-kanak


Ada viewer tanya bolehkah penjawat awam tulis buku?

YA, memang boleh. Semua pensyarah tulis buku, semua buku-buku teks sekolah ditulis oleh guru (penjawat awam), mereka bukan tulis free. Mereka semua dapat royalti dan imbuhan keuntungan. Kalau guru-guru tak tulis buku rujukan, susahlah pelajar nak cari bahan rujukan.

Bagaimana penjawat awam yang bukan guru?

Tak kiralah kerja apa pun, semua boleh tulis buku. Hatta kalau kerani sekolah nak tulis buku pun tak menjadi kesalahan. Yang tak bolehnya ialah menubuhkan syarikat perniagaan ketika sedang berkhidmat sbg penjawat awam. (kecuali menteri2 kabinet)

Jd kalau nak tulis buku, eloklah terbit dgn penerbit lain. Kalau terbit sendiri, pastikan lesen perniagaan didaftarkan atas nama orang lain yg bukan berkerja kerajaan.

Saya ada juga dengar penjawat awam bukan siswazah dibenarkan menjalankan perniagaan berdaftar. Tak pasti kesahihannya.

Monday 23 March 2015

Contoh harga GST


Harga asal RM127,963.78

Harga campur GST RM135,641.61

Nasib! Nasib!

Kita tunggu pulak harga buku nanti...

Source: paultan.org

Wednesday 18 March 2015

GST: Fahami Dua Pola Harga


Ramai yg masih tak faham GST, termasuklah pegawai2 besar kerajaan, guru-guru mahupun ahli akademik. Yg betul2 faham adalah ahli perniagaan, tak kiralah berniaga burger atau kapal terbang.

Situasi sebenar kenaikan harga selepas GST ialah, para bisnesman memecahkan harga produk kepada 2 pola harga.

Pola pertama : Harga asal

Pola kedua : Cukai GST (6%)

Perbincangan tentang 2 pola harga ni dah pun berlaku sejak 2 tahun dulu. Maksudnya bila berlaku GST, syarikat akan menaikkan dahulu pola pertama, kemudian mencampurkannya dengan pola kedua  selepas 1 April.

Misalnya,

Harga ubat gigi pada Januari 2014 = RM4.00

Harga ubat gigi pada Januari 2015 = RM4.40 (dinaikkan) kenaikan adalah 10%

Harga ubat gigi pada 1 April 2015 = RM4.40 + 6% = RM4.66

P/S: Perlu diingat, selepas 1 April 2015, mana2 syarikat yg menjual barang, jika tidak menulis cukai 6% pada resit yg diberikan kepada pembeli, syarikat tersebut akan dikenakan tindakan. Kastam akan mengamuk sakan nanti.

Contohnya;

Pada 8 Mac 2015 lepas, syarikat kereta Mazda, dah umumkan kereta2 mereka akan berlaku kenaikan antara RM1,000 hingga RM10,000 pada setiap buah. (klik)

Mazda tak berani nak tetapkan kenaikan secara tepat, tetapi dari sini dah membuktikan Mazda sudahpun mengumumkan kenaikan harga pada POLA PERTAMA.

Camna dengan buku pula?

Setakat ni, dah ada bising2 semua buku yg dijual perlu dilekatkan stiker di belakang buku. Stiker tu mesti menyatakan harga asal dan nilai GST. Waaah.... teruklah bisnes buku camni.

Musim pening GST industri buku



Lama saya tak post. Maklumlah, sempena April fool (GST) dari kerajaan ni, mmg ramai yg pening-pening kepala. Jadi saya cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin dlm industri buku utk disebarkan di blog ni agar peminat2 buku dan self publisher sama-sama dpt maklumat.

Perkara pertama pasal GST, jgn percaya iklan di televisyen. Iklan kartun ke, iklan orang ke, atau iklan  yg sebut GST untuk memudahkan rakyat dan cukai kepenggunaan. Semuanya tak wujud.

Dari perbincangan dan pejumpaan dgn ramai tauke-tauke buku sama ada bumiputra atau Cina, semuanya banyak duduk semeja sekarang utk menetapkan strategi menghadapi GST.

Taukeh2 yg dah untung juta2 pun pening dan tak setuju GST, walaupun mereka duit banyak tetapi mereka bimbangkan pekerja2 mereka yg tak akan mampu survive utk kos sara hidup. Bila pekerja2 tak mampu, pekerja akan paksa majikan naikkan gaji.

Hasil dari maklumat2 pertemuan, majoriti taukeh2 Cina dalam industri buku akan (dah confirm) letakkan tambahan 10% kenaikan dr harga asal, tak termasuk cukai GST 6%.

Ini bermakna harga kertas akan naik 6% dahulu sebelum dikenakan GST 6%. Selepas tambah GST, harga kertas akan jadi 16% sbg tambahan baru.

Perlu ingat, GST bermaksud, setiap resit setiap pembelian akan ditulis cukai 6%.

Maksudnya, semua pekedai atau syarikat yg menjual produk atau perkhidmatan perlu menulis perkataan 6% pada resit.


Saturday 21 February 2015

Side Income Melalui Modul Pelajaran Sekolah



Ini cerita tentang salah seorang pembaca blog ini, Ustaz Syamsul Khafi yang saya kenal sejak tahun awal 2014. Beliau bukan sahaja berjaya terbit sendiri buku tetapi berjaya tambahkan side income lebih RM500 sebulan dengan 3 buku:

1) Buku Modul Hafazan Kalimah Arab (dengan ISBN)
2) Modul PDP Bahasa Arab Ting 4 (tanpa no. ISBN)
3) Modul PDP Bahasa Arab Ting 5 (tanpa no. ISBN)

Bayaran ceramah + jualan modul2 = RM500

lebih RM500 sebulan? 

Sengaja saya besarkan font kerana saya sendiri terkejut. Dulu saya cuba nak cari idea camna nak tambahkan income guru RM500 sebulan. Tengok-tengok, Ustaz Syamsul punya idea dan strategi lebih bergeliga. Tahniah!

Kalau berjaya kekalkan side income RM500-800 sebulan, maksudnya mana-mana guru yang membuat modul kecil boleh mengumpul RM6,000 - 9,000 setahun. Banyak tu.






Buku Modul Hafazan Bahasa Arab

Saya mula mengenali beliau sejak Februari 2014 apabila beliau bertanya tentang perkara2 teknikal menerbit sendiri. Buku yang dihasilkan ni adalah modul kecil untuk pelajar sekolah menengah. Hanya 32 muka surat tetapi kandungannya saya rasa sangat membantu pelajar.

Buku kecil itu berjaya dicetak dan diterbitkan pada Mac 2014. 

Lepas terbit, Ustaz Syamsul beritahu dia sering mendapat jemputan untuk bengkel-bengkel Bahasa Arab di pelbagai sekolah bermula dengan sekolah di daerahnya.

Menurutnya, kini beliau mendapat side income lebih RM500 sebulan dengan mencetak sendiri modul untuk pelajar-pelajar yang menghadiri bengkel. Beliau menggunakan 2 unit printer jenis Brother, harga RM400. (Fuhh, mahal tu. Mungkin jenis laser jet kot).

Sekarang modul Hafazan Bahasa Arab terbitan beliau mendapat perhatian dari Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) Terengganu. Tahniah!

Untuk hubungi beliau, sama ada berkongsi pandangan atau membeli modul boleh hubungi melalui emel ni:

syakharidz@gmail.com


Artikel-artikel sesuai untuk guru:



Saturday 14 February 2015

Berapa kos baru untuk buku?



Lama saya berbincang dengan rakan-rakan niaga. Bos-bos kedai buku mula menrungut sebab jualan buku tak memberangsangkan. Pembeli kurang berbelanja untuk berjimat-cermat. Pembeli hanya beli keperluan sahaja seperti buku sekolah dan stationary.

Bila pembeli kurang, maka tuan kedai buku tak akan buat order kepada pemborong dan penerbit untuk ambil buku baru untuk diletak di kedai mereka. Mereka takut tak mampu bayar.

Manakala kebanyakan penerbit besar-besar tak berani nak terbit banyak buku. Hanya buku yg benar2 dijangka bestseller saja akan diterbitkan. Itupun mungkin kurang kuantitinya.

Perkara yang paling memeningkan ialah harga buku dan kos baru.

Mengkaji kadar kenaikan kos buku

Secara harfiahnya buku dicetak oleh pencetak. PENCETAK mencetak buku menggunakan 3 alat:

1)  Mesin cetak (tak kira berapa besar saiznya)
2)  Dakwat
3)  Kertas

MESIN CETAK.
Sebenarnya, pencetak hanya bertindak sebagai 'Pengurus' percetakan. Pencetak tidak MENCIPTA mesin cetak, mereka membeli mesin cetak dari pengilang pembuat mesin. Mesin cetak perlu sentiasa diservis dan khidmat servis diambil dari pengilang. Bermula 1 APRIL 2015, pengilang mesin cetak ini akan dikenakan 6% GST. Pengilang ini takkan mahu tanggung kos GST, maka kos GST diletakakn pada kos servis.

Adakah harga servis mesin cetak akan naik nanti?

DAKWAT
Pencetak juga tak buat dakwat, mereka beli dari kilang atau pemborong yang mengeluarkan dakwat untuk cetak pelbagai jenis kertas. Kilang pengeluar dakwat semuanya besar2, nilai jualan juta2 ringgit. Bermula 1 APRIL 2015, kilang dakwat akan dikenakan GST. Pengilang ini tak akan tanggung kos GST, maka kos GST akan diletakkan pada harga dakwat.

Berapa harga baru dakwat agaknya?

KERTAS
Pencetak tidak buat kertas. Mereka beli kertas dari kilang kertas. Kilang ni plak memang dah sah bernilai belas2 juta ringgit. Bermula 1 APRIL 2015, kilang kertas akan dikenakan 6% GST. Pengilang ini takkan tanggung kos GST dan ia akan diletakkan pada harga kertas.

Kesimpulan

Maka, PENCETAK buku sebenarnya berurusan dengan 3 kilang. Pencetak membeli barang dari 3 kilang ini. Apabila ketiga-tiga kilang dikenakan 6% GST. Pencetak akan mula merombak semula harga kos untuk setiap cetakan mereka. Harga kos cetak itu akan dimaklumkan kepada semua penerbit-penerbit buku dan klien mereka.

Hakikat 1 buku untuk dihasilkan sebenarnya mempunyai 3 jenis kilang yang bersembunyi disebalik penerbitannya. Tiga kilang itu menyumbang 6% GST setiap satu.

Maka 1 buku akan ada 3 lapis GST dari 3 jenis kilang. (3 kilang X 6% = 18%)

Kemudian, memandangkan sesetengah penerbit nilai jualan tahunan lebih RM500,000 , maka PENERBIT juga akan dikenakan GST 6%. Penerbit tak kan mahu tanggung kos GST maka diletakakn kos dalam harga buku.

Akhirnya buku yang nak dijual terkandung dengan 4 lapis GST atau lebih.





Penerbit Dinasihatkan Ubah Harga Buku

Walaupun dalam televisyen dok sibuk mencanang pelbagai perkhidmatan tak dikenakan cukai GST tetapi hakikatnya dalam dunia realiti, pengeluar utama dikenakan kenaikan cukai yang tinggi. Pengeluar utama yang dimaksudkan ialah pengilang2.

Dalam industri buku, harga buku tidak dikawal oleh Penerbit walaupun hakikatnya penerbitlah yang meletakkan harga buku.

Sebenarnya harga buku bergantung kepada KOS CETAK buku. Jika kos cetak naik, maka harga buku perlu dinaikkan untuk MENGIMBANGI KEUNTUNGAN penerbit.

Bermula 1 APRIL 2015, semua pengilang-pengilang besar akan dikenakan GST. Antaranya ialah kilang pengeluar kertas. Semua pencetak buku tidak membuat kertas. Mereka cetak sahaja, dan mereka beli kertas dari Kilang Kertas.

Di Malaysia ni, takde kilang kertas nilai jualannya kurang RM500k, semuanya income 1 bulan lebih dari RM10 juta. Kilang kertas tak semestinya buat kertas sahaja, mereka juga pengeluar tisu untuk jenama seperti Premier.

Kesimpulannya,

harga kertas naik -----> kos cetak naik ----- >  harga buku?


Antara kilang kertas paling besar di Malaysia ialah GS Paper & Packaging, Pulau Pinang.

Kilang yang tak akan bankrap kalau ekonomi meleset.

Friday 13 February 2015

GST: Tarif Insurans Kenderaan Mula Naik

GST bakal dilancar pada 1 April 2015 (bukan April Fool!). Sebelum dilancarkan, syarikat2 yg bernilai jualan lebih RM500k setahun sudah digertak oleh Kastam untuk daftar. Kini tarif insuran kenderaan pulak...


TARIF 2014

TARIF BARU 2015