Saturday 29 June 2013

Berbisnes Ketika Di Universiti

Saya berniaga sejak kecil lagi. Ibu bapa saya bukan orang berniaga. Mereka lebih suka anak2 bekerja kerajaan kerana ada pencen. Tambahan bapa saya adalah pegawai tinggi kerajaan.

Ketika masih belajar di universiti, saya gemar berbisnes. Kecil-kecilan sahaja. Loan PTPTN yang pertama saya dapat saya beli komputer berserta printer dan scanner. Sedangkan ramai kawan2 lain tak membeli komputer, bagi mereka komputer di makmal (LAB) sudah ada. Tak pun pinjam kawan punya.

Bila dapat komputer, saya pun jalankan bisnes 'Printing Service'. Sebenarnya printing yang saya maksudkan tu ialah mencetak kerja-kerja assignment. Bagi sape-sape yang pernah belajar kat IPT, mesti tau betapa banyaknya assignment nak kena buat, tambahan pulak budak fakulti Sejarah dan Pengurusan Perniagaan.

Bilik saya sentiasa ada orang nak mencetak assignment. Saya caj 20 sen utk sehelai (hitam putih) dan 50 sen untuk cetakan warna.

Bila masuk semester 3 dan 4, makin ramai dah beli komputer dan printer. Jadi bisnes tak berapa jalan. Masa tu plak harga komputer makin menurun dan banyak pakej di tawarkan.

Jadi saya pun ubah corak bisnes. Saya beli satu software yang menjalankan operasi OCR. Iaitu perisian yang mampu convert teks-teks yang telah di scan masuk ke dalam MS Word. Jadi program tu ramai tak tahu guna.

Jadi bisnes saya kembali memuncak. Bayangkan buku yang diphotostat tu boleh di convert masuk dalam Words, tak perlu nak taip langsung, just edit saja. Paling banyak assignment yang saya pernah convert ialah assignment bahasa Inggeris.

Jadi, ketika semester 5, 6 dan 7, saya sudah mempunyai kereta Isawara dan sebuah motosikal. Saya mampu bayar kedua-duanya hanya dengan bisnes tersebut. Sebenarnya  kereta tu abang saya yg punya tapi saya bayar bulan2. Kira menjadi jugak bisnes masa tu.

Monday 24 June 2013

Heart Rate Monitor POLAR CS100

Baru2 ni disebabkan desakan nak meningkatkan stamina kesihatan, terpaksalah cari heart rate monitor. Cari punya cari jumpa di kedai KSH Cycle. Itu sj yang paling murah.

Polar CS100 RM389.

Yang saya beli ni untuk dipasang pd basikal. Kalau jenis jam pun ada. Boleh tengok kat laman web Polar. (klik sini) Daripada beli jam emas mahal2, lebih baik beli ni. Hanya ahli sukan yg tau cara nak sihatkan badan. Benda ni tak ada jual di kedai jam.

Kebaikan Heart Rate Monitor (HRM) ini ialah mengesan kadar dengupan jantung dalam seminit. Dengan memasukkan data seperti berat badan, tinggi, umur, ia boleh kira kadar BMI ideal dan dengupan maksima yg perlu kita pantau pada jantung kita.

Misalnya, selepas key-in data dalam HRM, ia akan kelaskan dengupan jantung anda dlm beberapa zon dan didapati zon anda menyatakan dengupan maksima ialah 185 bpm (beep per minute). Ini bermakna jika anda sedang berlari, berbasikal atau buat kerja2 berat, lihat pada skrin HRM dan pastikan dengupan tak mencecah 185 bpm. Jika mencecah maka jantung anda dalam bahaya.

Ia sesuai untuk org yg ada lemah jantung. Kadang2 org sakit jantung tak sedar bila kerja ke sana ke mari dan banyak berjalan, jantungnya berdegup di luar keupayaan. Jika ada HRM, pengidap sakit jantung boleh sentiasa memantau degupannya. Jika sedang berjalan tiba2 HRM menunjukkan kadar hampir 185 bpm, maka orang tu bolehlah berhenti berehat sebentar sehingga BPM kembali di bawah 100 bpm.

Saya beli ni sebab saya berbasikal dan gemar menyertai lumba basikal. Walaupun dah umur hampir 40 tahun tp aktiviti berbasikal memang tak blh lepas. Kat mana2 ada race di Semenanjung saya akan pergi. Biasanya hari cuti sekolahlah. Dari sekolah menengah lagi sy berbasikal.


Ini kadar dengupan jantung saya dlm keadaan rehat 68 bpm. Belum cukup fit tu. Kadar manusia normal ialah 75 bpm. Kadar paling sihat macam atlit sukan ialah 45 bpm ke bawah. Lebih rendah .bpm lebih sihat orang tu. 

Kebanyakan kita dok sibuk minum kopi la, herba la, pil dan macam2. Tapi punca sebenar kesihatan ialah apabila kita tahu cara mengawal dengupan jantung. Bila kadar bawah 50 bpm, confirm susah nak kena kencing manis, darah tinggi dan sakit jantung.

Yg saya beli ni kira chap ayam jugak. Yang mahal pun ada jenama Garmin Edge (klik sini). Harga HRM Garmin biasanya antara RM900-1600.

Friday 21 June 2013

Berhenti Kerja Kerajaan Jika Ada Sifat Ini!!

Saya menyeru penjawat awam berhenti kerja kerajaan jika ada sifat2 ni...apa dia tu?

....iaitu NAK KAYA! Mengapa pula?

Kerja sebagai penjawat awam bukanlah tempat sesuai nak jadi kaya atau berangan2 nak jadi kaya. Walaupun ia menyediakan kuota utk gred-gred besar yg bergaji besar sebulan tetapi ia utk sebilangan kecil sahaja yg ada prestasi terbaik.

Jika anda berangan2 nak jadi kaya, lebih baik anda berhenti kerana tempat penjawat awam bukan untuk orang yg berpemikiran seperti itu.

Apakah akibatnya jika ada sifat NAK KAYA tetapi dlm masa yg sama mahu kerja kerajaan?
  • Kerja tidak menjadi fokus dan sering teringat-ingatkan idea bisnes part time yg sedang dirancang.
  • Anda akan berusaha mencuri masa waktu kerja utk melakukan part time bisnes. Kadang2 kemudahan di tempat kerja digunakan utk kepentingan bisnes sendiri.
  • Bagi yang ada pangkat dan kuasa, lebih cenderung meluluskan tender secara direct dan pilih orang-orang tertentu sahaja.
  • Cuba lambat-lambatkan pergi kerja dan cepat-cepat nak balik rumah.
Beringatlah, tak salah berniat NAK KAYA tetapi jangan salah tempat. Wang gaji kita adalah hasil dari cukai-cukai orang ramai. Cukai orang miskin, cukai orang kaya dan macam2 lagi. Jadi kerja tak boleh main-main, cukai bermaksud wang amanah.

Jika NAK KAYA berhenti kerja dan buat bisnes. Buatlah apa saja bisnes, kecil atau besar asalkan halal.

Tuesday 11 June 2013

PENCEN Bukan Jaminan Masa Depan

Ramai orang kita berlumba-lumba kerja kerajaan. Sebab nakkan PENCEN. Mitos-mitos yang didengar ialah duit pencen tak putus.

Itulah mitosnya. Tapi ramai yang tak tau bila berlaku kegawatan ekonomi yang teruk, kemungkinan besar pencen juga boleh ditarik atau paling koman pun diberi 50% saja. Disebabkan itulah kerajaan lebih sanggup naikkan peratus pencen dari naikkan gaji pokok penjawat awam.

Ini bermakna, penerima pencen juga akan menghadapi masalah kewangan jika berlaku kegawatan ekonomi yang teruk. Malaysia belum lagi menghadapi situasi tu. Tapi di negara-negara luar, kebanyakan mereka telah mengalami situasi kemelesetan ekonomi.

Disebabkan itulah di luar negara seperti Amerika, Eropah, Jepun dan negara dunia pertama, kerja kerajaan tidak popular. Di luar negara, usahawan dan penulis buku mendapat status yang tinggi. Mereka dikira golongan kelas pertama mengatasi pegawai2 besar dalam kerajaan.

Cara Orang Melayu Cari Kerja : Duduk Saja Dapat Duit!!!

Jika dilakukan analisis, itulah hakikat cara kebanyakan orang Melayu cari kerja. Mereka nakkan sejenis kerja atau bisnes yang 'duduk saja' kemudian dapat duit.

DUDUK SAJA DAPAT DUIT

Ungkapan di atas menyebabkan ramai orang Melayu berpusu-pusu mengejar kerja penjawat awam. Kerana apa? hanya kerana ada PENCEN dan mudah buat LOAN itu ini. Ya, saya sendiri dahulu (10 tahun dahulu), terpesona dengan 2 ungkapan tu: PENCEN dan LOAN (rumah dan keretalah).

Saya terpesona kerana bapa saya pegawai besar kerajaan (kumpulan A), berpangkat Dato' dan macam-macam lagi anugerah PJM, AMN, ntah apa M lagi saya pun tak tau. Tapi itu pemikiran orang dahulu. Pemikiran mereka ialah kerja ada pencen menjamin masa depan.

Disebabkan DUDUK SAJA DAPAT DUIT, maka ramailah orang Melayu sanggup menghinggapi kursus-kursus Jutawan Internet, Jutawan MLM, Jutawan Segera dan macam2 lagi. Mereka sanggup bayar RM300-2000 hanya semata-mata nak tahu cara nak jadi kaya.

Tapi orang Melayu tak sanggup pula pergi kursus-kursus Usahawan yang ditawarkan oleh MITI, Dewan Perniagaan Melayu, Kementerian dan sebagainya. MENGAPA?

Sebab, bila nak jadi usahawan kena buat benda2 ni:

1.   Urus fail sendiri.
2.   Sewa premis kedai.
3.   Cari pekerja sendiri.
4.   Buat audit akaun syarikat.

Jika kerja kerajaan, semua benda2 kat atas Kerani, Pengurus dan pejabat pentadbiran yang uruskan, jadi ia dikira senang.

Disebabkan mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT jugalah ramai orang Melayu kita tertipu dengan berbagai bisnes MLM, ikan keli, lintah dan macam2 binatang lagi yang jadi mangsa. Tapi binatang yang terlibat tu takde dalam senarai Zoo.

Kerja PENCEN adalah salah satu mitos DUDUK SAJA DAPAT DUIT. Orang Melayu suka dapat pencen sebab selepas pencen nanti ramai berangan2 nak duduk saja dan dapat duit bulan2. Jika ada masa lapang, berangan-angan nak kerja sambilan.