Sunday 26 May 2013

Penggunaan 2 Skrin Memudahkan Kerja Editor



Jika ingin mereka bentuk layout buku, saya syorkan guna 2 skrin komputer. Ia memudahkan kerja dan mempercepatkan akses maklumat.

Jika menggunakan 2 skrin, ia tidak menjadi masalah. Maklumat atau grafik yg ada pada skrin sebelah kiri boleh ditarik ke sebelah kanan. Saya biasanya di skrin sebelah kiri saya guna utk bukan web browser atau Adobe Photoshop atau Illustrator. Skrin kanan pula utk Adobe InDesign.

Selain itu, kelebihan guna 2 skrin ialah ia mengurangkan kesilapan dan kekeliruan dalam menulis. Anda tak perlu lagi nak sentiasa menekan button minimize dan maximize pada panel Word atau Adobe.

Tapi untuk pakai 2 skrin , anda perlu tukar Graphic Card pada bahagian dalam desktop. Tak perlu susah nak fikir. Just pergi ke mana2 kedai komputer, kemudian bagitau tauke tu, cakap nak bagi desktop ni jadi 2 skrin. Tauke tu akan tau nak buat camna. Biasanya dia hanya tukar Graphic Card.


(Gambar atas) Ketika melakukan kerja layout buku, saya biasanya guna skrin kiri untuk buka Adobe Photoshop dan sebelah kanan Adobe InDesign. Saya sebenarnya sedang menyiapkan buku formula matematik untuk sekolah rendah saiz poket. 

Lihat gambar poligon warna pink sebelah kiri tu. Saya design poligon guna Photoshop, kemudian setelah habis, saya tarikh grafik poligon tu ke sebelah kanan, dan ia masuk secara automatik dalam program InDesign yg saya buka sebelah kanan.

Daripada program WORD juga boleh dibuat begitu. Fail tidak hilang.

Di atas tu kerja2 layout sayab buat sendiri A to Z. Dari menulis, lukis grafik, susun atur sampailah mohon barkod dari Perpustakaan Negara. Dah 90% nak siap tu.

Kalau buat penulisan pula, saya suka guna keyboard jenis ergonomic design. Macam kat atas tu ialah keyboard jenis Logitech, lebih kurang RM280. Sekarang ni. model ni dah takde, dah diganti dengan model baru. 

Saya jenis kategori cepat menaip, dan boleh menaip tanpa tengok keyboard. Jd keyboard jenis ni memang sesuai utk sapa2 yg cepat menaip. Ia mengurangkan kesalahan ketika menaip.

*Ini bukan gambar di pejabat ni, ini di rumah saya. Saya bekerja di rumah.



2 comments:

  1. sy teruja dengan saudara affandi punya penulisan di blog nih... byk bercanggah dengan mentaliti tipikal penjawat awam.. sy sebelum ni bekerja swasta dlm bidang senibina, lepas tu masuk kerja mengajar kat politeknik.. sy rasa seronok mengajar, tp stress bila bekerja dibawah sistem "saya yang menurut perintah" .. apa bos cakap semua kena ikut dan buat, apa yg bos ckp semua betul.. tak boleh melawan, tak boleh bg cadangan atau pendapat lain.. tegur bos dikira ingkar arahan dan sebagainya, susah betul.. sbb di swasta kita pentingkan kesefahaman dan efisien dalam kerja, bila kerja dengan kerajaan, byk bos-bos ortodok yg mengongkong pemikiran dan meracun jiwa.. sy bukan lah prejudis atau berniat memburuk2kan penjawat awam, cuma meluahkan keluhan yg saya rasa hal ini tidak akan mengubah bangsa dan negara untuk maju kedepan, sy pun dah mula minat nak terbit buku sendiri bila baca beberapa blog penulis dan penyunting mcm saudara.. sy berminat untuk mendalami dgn lebih tentang menulis buku, dan kalau nmpak menjadi2, sy nak berhenti kerja makan gaji juga lah.. hehe

    ReplyDelete
  2. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete