Sunday 16 November 2014

Teknik Bestseller: Sentiasa Peka Tajuk-Tajuk Bestseller di Kedai Buku


Bila anda ke kedai-kedai buku indie, biasakan diri menjenguk ke rak-rak buku yang ditandakan oleh pekedai dengan label BESTSELLER. Maksud label bestseller ini adalah buku-buku yang laris di kedai tersebut. Ia mungkin sedikit berbeza dengan kedai-kedai lain. 


Tetapi lebih banyak kedai anda masuk, lebih banyak maklumat senarai buku-buku bestseller yang akan anda peroleh. Jika kedai tersebut berhampiran IPT, mungkin buku2 yang laris berlainan tajuknya berbanding kedai2 di pinggir bandar, pusat bandar dan pedalaman.

TIP

Bila masuk ke kedai buku, catitkan sebanyak mungkin tajuk-tajuk yang disusun di rak-rak bestseller. Kalau tak larat nak tulis, ambil je gambar guna handphone.

Kalau kedai tu tak kategorikan buku2 bestseller di kedainya, maksudnya tuan kedai tu jenis pemalas atau tak pandai nak berniagalah. Tapi jika nak tahu, tanya saja tuan kedai, buku mana yang laku di kedainya. Catit saja tajuk-tajuknya.

Nak buat apa lepas catit?

Agak-agaknya nak buat apa? kemudian dari banyak-banyak tajuk yg dicatit tu, pilihlah tajuk yang agak 'kena' dengan 'minat' dan 'kemampuan' kita. Fokus saja kategori tu. Jadi tak lah buang masa menulis banyak muka surat berbulan2 kemudian bila nak jual, kedai pulak tak nak ambil.

No comments:

Post a Comment