Thursday 6 November 2014

Cara Penerbit Perli Penerbit Lain

(sumber gambar: hazratismail.blogspot.com)

Cuba lihat kulit buku di atas. Ada 2 jenis cover badge:
  1. Warna merah: BESTSELLER
  2. Warna kuning: 100% Karya Tempatan.
Kalau mana-mana penerbit di Malaysia letak badge BESTSELLER atas buku mereka, memang boleh dipercayai, bukan auta. Buku tu memang laris di pasaran dan menerima tempahan yang tinggi dari seluruh Malaysia.

Takkan ada penerbit berani tipu kerana kalau tipu, alamat kedai-kedai buku akan boikot penerbit tu. Silap haribulan mereka tak nak ambil buku2 baru dari penerbit yang tipu.

100% Karya Tempatan?

Apa pentingnya badge ni. Badge ni bukan untuk tatapan pembeli sebenarnya, saya anggap Karangkraf nak perli penerbit lain yang suka ambil manuskrip-manuskrip penulis Indonesia, ubahsuai ayat menjadi bahasa Malaysia dan terbitkan dalam negara.

Memang ramai penerbit buat camtu termasuklah yg dah glamour. Kata mereka, murah skit nak bayar royalti. Nasiblah penulis tempatan....!!!

Bila sebut 100% Karya Tempatan maksudnya Karangkraf nak bagitau kpd penerbit lain camni;
Ini buku tulisan orang Malaysia lah..tak main la ambik buku-buku Indon nak terbit, nak buat untung cepat...ape kelas!!!
Camtu lah bunyinya agaknyer. Mungkin dia perli geng Batu Caves kot..

Ehem...Ehemm..



1 comment:

  1. Biasanya pustaka al-hidayah la .. buku-buku agama..he3.. tp x kisah.. banyak manfaat sebab ringkas je.

    ReplyDelete