Thursday 6 November 2014

Penerbit Terbit Berasaskan Isu Semasa

Berasaskan Isu Semasa

Faktor seperti ini masih diamalkan oleh semua penerbit. Kita boleh melihat mengenai isu syiah. Buku-buku mengenai Syiah telah ada di pasaran sebelum 2012 lagi. Tetapi ia sekadar buku penjelasan agama dan kupasan ilmiah.

Selepas pilihanraya Mei 2013, maka isu Syiah timbul, surat-suratkhabar menyerang dengan ganas, televisyen dengan rancak menyiarkan forum-forum tentang bahaya Syiah. JAKIM membanteras dengan keras pengaruh Syiah.


Kerancakan ini mendorong penerbit terjun sama dalam isu untuk menerbitkan buku berkaitan Syiah. Selepas Jun 2013, buku-buku Syiah bertimbun-timbun di pasaran dengan pelbagai design cover yang menarik. Semua kedai buku menempah buku bertajuk Syiah kerana tidak mahu melepaskan 'pelanggan yang dahagakan isu semasa'.

Diandaikan ketika itu ada penulis baru yang tak terkenal menulis buku pasal isu-isu Syiah dengan tajuk-tajuk yang lebih kontroversi, nescaya glamourlah penulis tu. Ia dikira 'durian runtuh' untuk penulis baru itu.

Dahulunya, suratkhabar sedang heboh isu Black Metal, maka banyaklah lambakan buku-buku isu Black Metal di pasaran. Ini adalah contoh strategi penerbitan oleh penerbit.

Tak lama dulu masa perang Amerika dengan Afghanistan, timbul watak Osama Bin Laden. Maka buku-buku pasal Osama dan Mujahiddin mula rancak di pasaran. Tapi zaman tu, tak semua penulis ambil peranan. Penerbit-penerbit yang ada 'kaki' dengan penerbit Indonesia dan Mesir memang buat untung. Maklumlah orang-orang sana rajin tulis. Kalau penerbit Malaysia bayar 3% saja pun mereka sapu, sebab matawang kita tinggi.

No comments:

Post a Comment