Saturday 22 November 2014

Sindrom Nak Pencen

(Gambar hiasan)

Sindrom Pencen ini berlaku kepada majoriti penjawat awam tak kira berpangkat tinggi atau rendah. Sindrom ini berkaitan perasaan nak cari 'duit lebih' ketika umur hampir kepada tempoh pencen. Antara lingkungan umur yang terlibat dengan sindrom ini ialah 50 - 55 tahun.



Ia berlaku kepada hampir semua penjawat awam termasuk golongan profesional peringkat JUSA. Antara kategori yang paling teruk menerima sindrom ini ialah golongan penjawat awam tanpa kemahiran profesional khusus.

Ertinya golongan yang bukan pemegang sijil kemahiran seperti elektrik, pembinaan, kejuruteraan dan seumpamanya.

Adakah golongan guru turut terlibat? Ya, golongan guru mungkin antara penjawat awam yang teruk menerima sindrom ini khususnya yang berkerja di bahagian pentadbiran daerah dan negeri ataupun peringkat kementerian.



Tanda-tanda sindrom sewaktu berkerja

1) Bila berjumpa rakan-rakan sekerja, topik utama yang dibincangkan ialah 'apa yang rakan-rakan sekerja lain yang dah pencen buat selepas bersara?

2) Kerap bertanyakan soal-soal bisnes dengan rakan-rakan sekerja.

3) Kerap bercakap lokasi akhir untuk menetap, sama ada pulang ke kampung halaman bina rumah baru atau menetap di mana-mana yang dirasakan sesuai.

4) Banyak melepaskan tugas kepada rakan sekerja yang lebih muda ketika berkerja.

5) Banyak menyendiri dan tidak berminat dengan topik bonus kakitangan awam.

6) Banyak keluar pejabat waktu kerja, khususnya golongan profesional kumpulan A.

Semua di atas adalah perkara-perkara biasa berlaku bagi semua penjawat awam. Tak kiralah apa jawatan dan tangga gaji sekali pun. Tapi bagi yang biasa menjawat jawatan tinggi peringkat sekolah, daerah dan negeri pulak, akan ada habit yang tak dapat dibuang.

Sindrom penjawat awam berjawatan tinggi selepas bersara

1) Sentiasa mahukan perhatian dari rakan-rakan sekerja.

2) Malu bercampur-gaul dengan rakan-rakan sekerja (yang dah bersara) yang lebih rendah pangkatnya ketika bertemu di mana-mana lokasi.

3) Sentiasa mendambakan sokongan dan keraian dari rakan-rakan sekerja yang masih berkerja.

4) Mahukan sentiasa disapa dahulu berbanding menyapa orang lain dahulu.

5) Masih mahukan orang panggil 'TUAN' ketika sudah bersara.

6) Cuba memakai T-Shirt berlogokan Agensi atau Jabatan Kerajaan bila keluar bersama keluarga supaya dianggap masih berkerja. Kadang-kadang pakai takpe, tapi asal keluar je pakai T-Shirt gomen,  ada yang tak kena la ni.

7) Masih memakai baju batik pada hari Khamis .... kah3.





No comments:

Post a Comment