Saturday 8 November 2014

Cara Mudah Nak Kurus Badan (Lelaki dan Perempuan)

Ini berita benar dan diamalkan di seluruh dunia. Tak payah nak habis duit banyak sampai nak belanja treatment bulan-bulan.

Tak payah pakai korset, makan pelik-pelik. Tak payah pergi kursus motivasi. Jawapannya mudah saja. Hanya perlu belanja duit sekali saja.

Cara mudah nak kuruskan badan secara 'BETUL' ialah berbasikal. Tak caya ke?

Berat badan boleh turun mendadak dalam masa yang sama anda akan jadi tak lalu nak makan banyak-banyak. Berat badan boleh turun dalam masa 1 bulan saja.



Modalnya mudah saja, apa dia?

  1. Basikal lumba jenis road bike.
  2. Indoor trainer
  3. Seluar basikal lumba
  4. Sarung tangan
  5. kasut lumba
  6. Tikar getah saiz 6 kaki x 3 kaki
  7. Meter basikal
Tak payah naik lama-lama, cuma naik 20 minit sehari je dalam rumah, memang berpeluh sakan dan badan turun mendadak. 


Tak payah nak cari minuman yang bagi hilang selera makan. Semua tu buang duit saja. Dengan cara berbasikal, anda boleh makan apa saja tapi dalam masa yang sama badan sentiasa kurus, jantung sihat dan tekanan darah sentiasa normal.

Basikal lumba

Jenis biasa RM1500 - RM3000

Jenis pro RM20 - RM35,000. Nak tengok bisnesman-bisnesman pakai basikal mahal2 camni cuba pergi mana-mana event berbasikal. Kat Shah Alam, hujung minggu selalu ada.

Jangan beli mountain bike, lambat kurus. Beli macam kat atas ni. Pergi kedai basikal jenis butik. Mereka akan tunjuk basikal ikut saiz badan. 

Indoor Trainer

Harga lebih kurang RM250 - RM2,000

Seluar basikal

Seluar ada pendek dan panjang. Guna seluar ni di dalam dan pakai track-suit. Baju tak beli pun takpa.

Seluar basikal racing lain skit, ada pad tebal di dalamnya. Harga RM80-RM300.

Sarung tangan



Sarung tangan kena guna walaupun kayuh dalam rumah sebab nanti tangan berpeluh dan melekit. Harga antara RM50-RM180

Kasut lumba (Road bike shoes)

Harga RM100 - RM1600. Lebih ringan lebih mahal. Saya cadangkan beli kasut semasa beli basikal. Mekanik akan ajar cara guna kasut. Bentuk kasut ni akan membuatkan bentuk badan anda jadi kurus ketika badan dalam tekanan haba yang tinggi.

Tikar getah


Ini memang kena belilah. Masa kayuh dalam rumah nanti, peluh akan jatuh ke lantai macam air hujan. Jadi jika ada tikar tak lah bau hapak lantai rumah. Lapikkan tikar di bawah basikal macam gambar kat atas.

Meter basikal

Harga RM80 - RM2500. Beli yang murah saja. Yang mahal tu biasanya yang suka masuk event besar-besar dan kayuh beramai kerana ada GPS, emel, tekanan jantung, kadar perjalanan darah dan pengukur kekuatan kaki.

Meter kena ada sebab nak buat target kayuhan. Mula-mula kayuh cuba target kelajuan 20 kmh dalam tempoh 20 minit. Individu sihat rating kadar kelajuan ialah 30 kmh dlm tempoh 30 minit. Tapi kalau pelumba profesional, kelajuan mereka 50-55 kmh dalam tempoh 4 jam.

PESANAN

Ramai orang suka makan yang bukan-bukan, contohnya minuman yang mengurangkan selera makan. Semua tu bahaya. Tambah yang guna korset bentuk badan. Itu lagilah bahaya. Badan dipaksa membentuk mengikut kemahuan kita sedangkan kadar lemak, saiz jantung, dan kadar perjalanan darah berlum bersedia dalam kompisisi yang sepatutnya. BErsukan cara terbaik.







No comments:

Post a Comment