Thursday 6 November 2014

Penerbit Terbit Berasaskan Minat 'Pembeli' Semasa


oleh Ahmad Affandi (Jutawanpena)

Kategori jenis ini agak tersembunyi dan jarang diketahui oleh penerbit. Trend minat pembeli semasa sukar diketahui, maksudnya penerbit tak tahu apa sebenarnya masyarakat yang minat. Penerbit mahu tahu apa yang diminati oleh masyarakat lebih dari 50,000 orang dari seluruh Malaysia.


Jika ada penerbit dapat kenal pasti dengan tepat trend minat pembeli, maka ia sangat menguntungkan dan hal itulah yang didambakan oleh semua penerbit.

Contoh trend minat ialah yang ditonjolkan buku bertajuk 'Indahnya Syariat' susunan Dato' Ismail Kamus.

Buku yang meletup macam bom. Tajuknya dah jadi trend penerbit lain.

Buku ini berkaitan hal-hal asas fardhu ain. Tiada apa bezanya dengan buku-buku fardhu ain tulisan penulis lain. Tetapi 'presentation design' dan susun atur oleh editor buku ini seolah-olah berjaya menambat hati pembeli. Maka ia pun meletop-letop sampai ada pemborong & pekedai yang sanggup cetak rompak.

Selepas kejayaan buku Indahnya Hidup Bersyariat, penerbit terbit pula tajuk guna trend Indahnya, maka jadilah buku Indahnya Sabar. Menurut pekedai-pekedai buku yang saya jumpa, edisi ini kurang laku atau mungkin tak mencapai status bestseller seperti sebelum ini.


Tajuk buku ditentukan penerbit bukannya penulis.


Selepas kejayaan Telaga Biru mencipta sejarah dengan Indahnya Hidup Bersyariat, lepas tu tajuk buku menggunakan perkataan 'Indahnya....' terus melekat di pelbagai buku-buku agama. Selepas semusim buku ini laris, perkataan '...nya' pula menjadi hambatan penerbit-penerbit.

Penerbit-penerbit beranggapan, perkataan '...nya' bersifat pelaris dalam pasaran. Jadi banyaklah buku selepas itu yang tajuknya menggunakan perkataan '...nya', antaranya ialah Dasyatnya..., Hebatnya.... dan lain-lain.

Di bawah adalah buku dengan tajuk menggunakan trend perkataan NYA.

Perkataan NYA digunakan.

Perkataan NYA digunakan.

Perkataan NYA digunakan.

Perkataan NYA digunakan.


Sekarang trend buku kategori 'Kematian Syahid'.

Buku yang mencetuskan trend tak sengaja ini ialah buku bertajuk Ahmad Ammar terbitan Karangkraf. Menurut rakan-rakan saya, ia asalnya berasaskan jumlah pengunjung Youtube yang melayari kisah hidup pelajar universiti di Turki. Sifat intelektual Muhammad Ammar yang gemar membantu orang ramai dijadikan buku.

(sumber gambar: duniasaya.net)


Akhirnya ia meletop, laris di seluruh Malaysia. Semua kedai buku mula mendesak penerbit agar hantar buku ni cepat-cepat ke kedai mereka. Menurut Karangkraf dalam Sinar Harian (Feb 2014)

"Grup Buku telah memilih 15 orang penulis yang terdiri daripada keluarga terdekat Allahyarham Ahmad Ammar dan ditulis berdasarkan persektif mereka sendiri, antara yang menulis ialah, ayahnya, kakak, abang ipar, kawan-kawan daripada Abim, serta kawan-kawan beliau dari Universiti di Turki.

Adakah Ahmad Ammar seorang yang luar biasa? TIDAK, ia manusia biasanya sahaja, kematiannya juga biasa, malah ramai lagi orang-orang awam biasa (khususnya alim ulama, pelajar, orang kampung dl) yang meninggal dengan cara yang tersenyum. Tetapi penerbit buku berjaya mengesan senario dan mempromosi senario ini. Tambahan pula ibu bapa Muhammad Ammar adalah golongan profesional.

(PERHATIAN. Di artikel ini kita bukan membincangkan 'kematian Ahmad Ammar' tetapi membincangkan bagaimana sesuatu senario 'kesedihan' boleh dijadikan 'bisnes'.)

Sekarang trend itu cuba digarap oleh PTS Publication. Kebetulan anak seorang artis telah meninggal dunia akibat penyakit yang ditanggungnya. 

Harga RM15.00, Sesiapa yang berminat sila dapatkan di PTS BookCafe atau di kedai-kedai buku berhampiran.

Maka terbitlah buku 'Menunggumu di Pintu Syurga'. Ia laris dan meletup di kedai-kedai buku. Buku ni mungkin boleh lawan buku Ahmad Ammar.

Saya berani katakan, kalau ada orang kampung yang miskin yang anaknya meninggal dunia mati syahid atau menderita kesakitan, tiada penerbit berminat nak bukukan. Percayalah...ia adalah bisnes dan realiti dalam industri buku. Isu dan kesedihan adalah 'keuntungan' jangka panjang. Ia bukan salah keluarga Ahmad Ammar dan Linda Rafar, ia realiti bisnes buku di Malaysia.

(Tetapi tak boleh juga salahkan penerbit dlm situasi ni, penerbit perlu bijak cari keuntungan untuk bayar gaji para pekerja dan staf-staf penerbitan. Kalau buku tak laris, alamat nanti gaji tertunggak dan nak bayar loan bank pun takde modal)

Kehadiran dua buku ini (Ahmad Ammar & Menunggu di Pintu Syurga) membuatkan saya menerima panggilan telefon dari bos-bos buku. Mereka minta saya buat buku macam ni kerana ia sedang laris. Saya cuba mengelak kerana tiada 'subjek' untuk ditulis. Maksudnya, siapa orang terkenal yang anaknya meninggal dunia dalam masa terdekat. Mana nak cari?

Bagi pekedai-pekedai buku, kehadiran kedua-dua buku ini sedikit 'melegakan' akaun bisnes mereka. Pembeli-pembeli pun mula masuk kedai beli buku dan pekedai dapatlah sedikit untung dari komisyen jualan. Ringkasnya, semua orang dapat manfaat dari kedua-dua buku ni.

Lagipun saya memang tak berminat nak buat buku camni. Kalau penerbit besar senangla..mereka ada team penulisan, bos bagitau je apa yang dia nak, kemudian team ni akan realisasikan idea bos tersebut menjadi buku. Jadi dalam sebulan terhasillah buku.

No comments:

Post a Comment