Wednesday 5 November 2014

Buku Bagaimana Yang Menguntungkan Penerbit?



Tidak menjadi ketetapan buku bagaimana yang menguntungkan penerbit. Dalam industri buku, penerbit akan menerbitkan apa sahaja yang dirasakan ia menjadi 'kegilaan' dan 'keinginan' para pembeli.

Jika sesuatu tajuk yang diterbitkan itu terus-menerus laris dalam tempoh yang lama, penerbit akan berusaha mengeluarkan tajuk dalam kategori yang sama.



Berikut ialah perkara-perkara asas yang diambil kira oleh penerbit untuk menerbit buku:
  1. Berasaskan isu semasa 
  2. Berasaskan minat 'pembeli' semasa
  3. Berasaskan kelarisan buku dari penerbit lain.
  4. Berasaskan kepopularan penulis.
Empat perkara di atas adalah strategi penerbitan semua penerbit-penerbit kecil atau besar.  Selepas salah satu dari 4 perkara di atas dah diputuskan oleh pihak pengurusan (Pengurus & Editor), selepas itu barulah langkah-langkah di bawah dilaksanakan.

Langkah-Langkah Penerbitan
  1. Menentukan tajuk yang sesuai
  2. Menentukan jumlah muka surat buku.
  3. Menentukan harga yang sesuai (yang dapat mengalahkan pesaing)
  4. Menentukan spesifikasi buku (jenis layout, font, gaya bahasa dan lain2).
  5. Menentukan bentuk promosi yang sesuai.

1 comment:

  1. 1.Berasaskan isu semasa
    Cth Di Sebalik Kehilangan MH370- Casamas

    2.Berasaskan minat 'pembeli' semasa

    3.Berasaskan kelarisan buku dari penerbit lain.
    Ahmad Ammar yang diterbit oleh Casamas (Rasa terbit sendiri) diterbit juga oleh Karya Bestari selepas itu.

    4.Berasaskan kepopularan penulis
    Sape tak kenal pak latip. Asal buku baru dia. tgk nama terus sambar. he3...


    ReplyDelete