Friday 4 November 2011

Penulis Buku: Berhati-hati Dengan King of Pirates

Kebanyakan penulis buku yang baru mahu memasarkan buku sendiri mudah untuk ditipu dengan King of Pirates atau pun istilah orang-orang kedai buku sebagai Pirate King. Pirate King adalah pengedar-pengedar buku besar yang banyak berlonggok di kawasan Batu Caves, Johor Bahru, Pulau Pinang dan lain-lain.

Mengapa digelar Pirate King? Mereka digelar demikian kerana menjalankan satu fungsi sihat dan satu fungsi tak sihat. Fungsi sihat mereka ialah mengedarkan semua buku-buku keluaran penerbit kecil yang menggunakan khidmat mereka. Pirate King mempunyai pertalian yang kuat dengan semua kedai seluruh Malaysia termasuklah MPH, Border dan Popular. Mereka mengedar seperti biasa buku-buku penerbit kecil yang datang kepada mereka melalui perjanjian-perjanjian yang dipersetujui.

Fungsi tak sihat Pirate King ialah dalam masa yg sama (memandangkan ada aset berjuta2), mereka menubuhkan beberapa syarikat penerbitan sendiri. Syarikat penerbit mereka ini biasanya mengumpan penulis-penulis baru yang baru nak menghantar manuskrip untuk diterbitkan.

Kebiasaan cara menipu mereka kepada penulis buku ialah dengan menjanjikan 40% dan sebagainya tetapi apabila buku dah terbit dan laku dijual mereka akan sebut begini;

"Susah mau cakap la ustaz, bukan buku tak laku, tapi itu MPH dan Popular cekik darah punya. Mereka mau percent tinggi, jadi kita pun boleh bagi sikit saja."

Itu antara trick Pirate King untuk menipu, malas nak bayar royalti sebenar. Tetapi hakikatnya mereka akan cuba berselindung dari memberi data palsu jualan sebenar.

Kebiasaannya yang selalu tertipu adalah guru-guru agama yang rajin menulis, menterjemah kitab.

Satu lagi kaedah tak sihat Pirate King ialah mereka cuba mencuri manuskrip penulis baru dengan cara meminta softcopy dari penulis. Seorang rakan saya hampir-hampir terpedaya.

No comments:

Post a Comment