Friday 4 November 2011

Panduan Cari Pencetak Buku

Bagi penerbit buku sendiri, ada beberapa panduan untuk mencari pencetak buku. Tetapi sebelum mencari pencetak buku hendaklah penerbit buku memahami beberapa kaedah cetakan dan prosesnya agar pencetak tidak ada kecenderungan untuk menipu kos.

Panduan-panduan mencari pencetak:
1.  Jangan pergi kepada pencetak yang mencetak untuk buku keluaran penerbit-penerbit besar.
2.  Jangan pergi kepada kilang mencetak buku yang besar tidak kira Cina atau Melayu.
3.  Jangan serahkan kepada orang tengah untuk menguruskan cetakan.
4.  Jangan tanya penerbit-penerbit besar tempat cetakan yang disyorkan.
5.  Jangan tanya kedai buku yang menerbit buku sendiri. Sesetengah kedai buku mereka berkemampuan menerbit sendiri buku. Biasanya buku-buku sekolah dan buku-buku agama.

Kesemua 'jangan' di atas bagi mengelakkan penipuan ke atas penerbit baru. Langkah terbaik untuk penerbit buku baru ialah mencari maklumat pencetak dengan bertanyakan kepada kedai-kedai buku. Mengapa?

Kebanyakan pekedai buku indie tahu di mana tempat-tempat sebenar penerbit-penerbit besar mencetak dan manakah pencetak yang boleh dipercayai.

Kedai buku indie juga tahu hubungan pencetak dengan penerbit dan kisah-kisah bisnis di belakang tabir sesebuah pencetak. Ada sesetengahnya mereka mengetahui penipuan-penipuan yang dilakukan pencetak ketika mencetak. Penipuan apa?

Penipuan berbentuk menjual harta intelek dan hak cipta. Misalnya, Pencetak A mencetak buku dengan penerbit Z sudah sekian lama, malah penerbit Z juga bersaiz besar. Apabila anda datang membawa manuskrip, maklumat manuskrip anda akan mudah sampai ke pengetahuan Penerbit Z. Ini akan memudahkan manuskrip buku anda diciplak dan dicuri konsepnya. Tambahan jika Penerbit Z mendapati tulisan anda boleh meningkatkan jualan buku.

Kadang-kadang anda akan terfikir, bagaimana anda baru hantar ke pencetak bulan Mei tiba-tiba pada penghujung bulan Jun sudah terbit buku yang sama konsepnya dengan anda, cuma penulisnya berbeza. Kemudian bulan Julai barulah buku anda dihantar oleh lori pencetak. Itu pun belum lagi diedar ke kedai-kedai buku.

1 comment: