Monday 7 November 2011

Editor Punca Buku Tidak Laku

Editor adalah individu yang bekerja dengan sebuah syarikat penerbitan. Ia bertugas menyunting semua buku mengikut kemahuan pengurus syarikat. Ia juga berfungsi menjaga imej syarikat melalui buku-buku yang disunting.

Biasanya editor akan mempunyai kemahiran membaca yang tinggi dan cekap mengesan kesilapan-kesilapan teknikal dalam penulisan. Tetapi harus diingat, risiko menulis dengan penerbit yang mempunyai editor (besar atau kecil) ialah buku tidak laku.

Kebanyakan penulis menganggap jika sesebuah buku tersebut laku atau bestseller adalah kerana penerbit mempunyai editor yang cekap. Ia anggapan salah, larisnya sesebuah buku bukan disebabkan editor tetapi kerana kredibiliti tulisan.

Ada beberapa perkara mengapa saya katakan editor punca buku tidak laku:

1) Editor manusia biasa ia mempunyai minat tertentu dalam sesuatu genre tulisan. Jika manuskrip yang disuntingnya adalah genre yang tidak diminati maka kerja suntingan tidak 'tip top'.
2) Editor sentiasa bermain dengan template manuskrip. Misalnya, untuk memudahkan kerja, editor sudah siapkan template khusus di dalam Adobe InDesign atau Publisher untuk digunakan untuk semua manuskrip. Editor tidak membuat template untuk melihat kesesuaian penulis dengan bukunya tetapi membuat template mengikut kehendak penerbit.
3) Editor tidak tahan menerima rungutan penulis. Apabila lebih 30% bahagian tulisan diubahsuai oleh editor maka ia akan menimbulkan rasa tak puas hati penulis. Di situ akan wujud ketegangan hubungan antara penulis-editor. Apabila penulis tersebut hantar manuskrip lain kemungkinan kerja-kerja suntingan akan dibuat tidak sepenuh hati.

UNtuk mengelakkan buku tidak laku, penulis hendaklah mempelajari semua teknik-teknik editing dan menerbit sendiri buku.

No comments:

Post a Comment