Wednesday 23 November 2011

Berhati-hati Dengan Penerbit Besar

Assalamu'alaikum wbt.

Jika tuan-tuan cuba bernaung di bawah penerbit besar dengan harapan royalti lebih lumayan, anda sangat silap. Mengapa?

Penerbit besar mempunyai ramai penulis-penulis untuk dibela. Dalam ramai-ramai tersebut mereka (penerbit besar) mempunyai beberapa penulis underdog (ayam tambatan) yang sentiasa dijangka akan memberi keuntungan untuk setiap penulisannya.

Maka disinilah bahayanya kepada penulis-penulis baru. Kos promosi untuk setiap orang penulis tidak sama. Penerbit akan belanja lebih sikit wang untuk penulis-penulisnya yang terkenal, manakala penulis-penulis tak terkenal akan terpaksa berpuas hati dengan pelbagai had promosi yang ditetapkan.

Adakah keadaan ini tidak adil kepada penulis-penulis baru yang baru nak mula menonjol dan baru nak menghantar skrip? Tidak, ia sangat adil tetapi dalam konteks bisnislah.

Dalam bisnis, fokus lebih perlu kepada penulis-penulis terkenal kerana apa? kerana bimbang penulis-penulis ini akan lari kepada penerbit lain atau akan terbit buku sendiri. Ia lumrah bisnis.

No comments:

Post a Comment