Saturday 14 May 2011

Kiraan Royalti : Jangan Tertipu Dengan Penerbit

Ramai orang beriya-beriya menjadi penulis menganggap menulis sahaja boleh kaya. Kebanyakan geng2 macam ni selalu buat kiraan macam ni.

"Kalau aku tulis satu buku, harga RM15.00. Di Malaysia ada lebih 300 kedai buku indie, lebih 40 cawangan Popular dan 1000 perpustakaan . Jumlah tempahan akan jadi 1340 naskah. Kalau semua tu ambik buku aku 2 naskah aku dah dapat RM20,100. Itu kalau satu buku, kalau aku tulis 12 buku sebulan, maka 20,100 darab 12 akan jadi RM241,200."

Kalau beginilah yang kebanyakannya fikir maka ia tak akan jadi. Realiti sebagai penulis ia bergantung kepada kiraan-kiraan royalti berikut. Penerbit perlu ambil kira kos-kos berikut sebelum bayar royalti.


  1. kos diskaun penjual . Contoh 40%
  2. Kos cetak senaskah. Contoh RM3.00 (kos berubah ikut bilangan cetakan)
  3. kos untung penerbit. (baki setelah ditolak semua kos)
  4. kos ilustrasi. Contoh 5% (setelah tolak kos cetak
  5. kos royalti. 20% untuk senaskah (setelah tolak kos cetak)
Andaikan buku anda senaskah RM15.00 dan dicetak 3000 unit. Maka harga keseluruhan buku itu jika terjual semuanya ialah

RM15.00 x 3000 unit = RM45,000 (jumlah harga jualan)

Selepas dapat  RM45,000 daripada pekedai, penerbit akan tolak jumlah tu dengan perkara 1 dan 2 tadi. Sekarang kita kira semula.

Jumlah semua kos
  1. Diskaun penjual 40% dari harga jualan (bersamaan RM6.00)
  2. kos cetak senaskah RM3.00
Kos diskaun penjual ditambah kos cetak akan jadi RM9.00

Maka harga untung sebenar yang akan dinikmati ialah RM15.00 (harga buku) - RM9.00, maka jadi RM6.00

RM6.00 itulah yang akan dikongsi penerbit dengan penulis dan pelukis ilustrasi. Kalau perjanjian royalti menyebut penulis menerima 20% dari harga untung, jadi 20% adalah dari RM6.00 tersebut. Berapa yang penulis dapat dari RM6.00

Royalti = RM6.00 X 20%
            = RM1.20

Ha, nilai RM1.20 itulah jumlah royalti sebenar untuk senaskah yang bakal diterima penulis. Sekarang andaikan buku anda terjual seperti di atas iaitu 1340 naskah. 

Jadi darabkan 1340 naskah dengan RM1.20, maka jadilah RM1608.00.

Pelik! dari harga jualan RM20100 , akhirnya penulis dapat RM1608 sahaja.

ITU PUN KALAU BUKU LAKU 1340 UNIT SETAHUN.

Tapi jangan pula mudah berputus asa, memang ada orang yang bukunya laku berpuluh-puluh ribu unit setahun. Dan memang menguntungkan. 

Ingatlah, jika ingin jadi penulis pilihlah tajuk yang boleh jadi untung walaupun kita tak minat tajuk tu. InsyaAllah berjaya jadi jutawan.

No comments:

Post a Comment