Friday 13 May 2011

Apa itu penulis?

Assalamu'alaikum wbt,

Saya mula dengan soalan apa itu penulis? dalam bab ni saya bicara pasal macam mana nak jadi penulis yang jutawan, maksudnya dlm akaun bank ada sekurang-kurangnya 7 digit, tak kurang tak tambah.

Memang ramai nak jadi jutawan, ada yg jual penapis air, ada jual keli, jual kelisa, jual lintah, minyak lintah, ubat jantan kuat, burung walit, durian burung dan macam2 lagi. Tapi satu-satunya gelaran jutawan yang mudah untuk dapat yakni dapat banyak duit adlah dengan tulis buku. Kalau nak cepat lagi terbit sendiri buku tu.

InsyaAllah saya tak tipu.

Berbalik dgn soalan tadi, apa benda penulis tu?
Penulis sebenarnya orang yang menulis dengan menggunakan bahasa sendiri dengan kemahiran tersendiri yang memungkinkan ia berbeza dengan orang lain. Banyak orang buat part-time dengan menulis, tulis artikel akhbar, majalah, pengulas buku dan sebagainya.

Tetapi penulis sebenar adalah penulis yang hidup dengan duit hasil tulisannya, tidak makan gaji, bukan part time tapi full-time. Bukan setakat hidup cukup makan tetapi jutawan.

Ada ker orang macam tu? adaaa....berlambak atas Malaysia ni, cumanya mereka tak hebah-hebah kat blog dan internet. Yang menulis kemudian ada blog sebenarnya tidak jutawan cuma mungkin hampir kepada nilai jutawan.

Aku bgtau kerana aku terlibat sendiri dalam pekerjaan penerbitan, penulisan dan suntingan buku. Maksudnya, dari start buku ditulis sampailah di jual di kedai-kedai tepi jalan, supermarket dan pesta-pesta buku.

Maka, InsyaAllah tidak ada penipuan dalam tulisan blog ini.

Penulis yang sebenar adalah seorang yang independent, tak terikat dengan penerbit, tidak bersifat glamour dan bergantung kepada populariti untuk melariskan jualan buku walaupun 'populariti' tu memang perlu.

Penulis hanya perlu 3 bahan ni untuk jadi kaya atau jutawan.
1. Tulisan Kreatif
2. Fakta idea
3. Penilaian kendiri

Tulisan kreatif
Maksud tulisan kreatif ialah penulis tersebut mempunyai kemahiran menaip dengan laju disamping menggunakan gaya bahasa secara spontan semasa menaip bukannya meniru-niru cara tulisan orang. Dalam erti kata lain, macam mana penulis tu bercakap macam tu lah yang dituliskan. takde perbezaan. Penulis mesti tahu membezakan gaya tulisan mengikut apa yang hendak ditulis. Gaya penulisan novel remaja tak sesuai ditulis dalam novel politik. Macam tu lah lebih kurang.

Fakta Idea
Fakta idea ialah kandungan di dalam tulisan yang bakal ditulis oleh penulis. Fakta tak semestinya berbentuk formal. Kalau nak cerita pasal cerita fiksyen maka fakta haruslah direka-reka dengan rapi. Manakala idea merujuk kepada 'tema' dan 'objektif' penyampaian. Setengah orang ada idea tapi tak tahu nak tulis macam mana. Contohnya, Ali dapat idea nak tulis pasal hantu raya di kampungnya, tapi dia tak tahu nak mulakan macam mana dan bagaimana nak cipta klimak cerita.

Penilaian Kendiri
Maksud penilaian kendiri ialah bukannya dah habis tulis kemudian baca semula cerita tu bagus atau tidak, semak kesalahan ejaan atau baca semula dari awal hingga abis. Penilaian kendiri bermaksud sebelum nak tulis sesuatu fakta idea yakni kandungan buku, perlu difikirkan boleh laku ke buku ni kalau terbit. Penerbit berminat ke? editor nak sunting ke? Maksudnya penulis kena fikir 'keuntungan' yang boleh dibuat dari fakta idea sebelum memulakan penulisan. Maka disitu terbit penilaian kendiri. Menilai sendiri tahap keuntungan fakta idea. Ramai penulis buat silap, terutamanya yang baru nak berjinak2 jd penulis (sebab dengar senang dpt duit, tapi memang betul pun), mereka pergi ke beberapa kedai buku, tengok tajuk yang tiada kemudian tulis buku mengikut tajuk yang tiada tu. Sah, manuskrip memang kena reject, lain la kalau terbit sendiri.

* 10 penulis terkaya di dunia. (klik)

No comments:

Post a Comment