Tuesday 22 January 2013

Penerbit Besar Takut Penerbit Kecil

Baru-baru ni seorang sahabat saya didatangani bos-bos kanan dari sebuah penerbit besar terkenal. Sahabat saya tu bukan penerbit tetapi pengedar buku terkenal di seluruh Malaysia. Dalam sembang-sembang mereka, tiba-tiba bos kanan merungut tentang situasi sesetengah penerbit kecil di Malaysia yang memberi diskaun yang tinggi kepada pekedai.

Kenyataan ini agak memeranjatkan sahabat saya, apa tidaknya orang yang meluahkan kenyataan itu adalah penerbit besar melayu yang mempunyai ramai penulis-penulis terkenal bernaung di bawahnya. Dalam luahan mereka itu, mereka seolah-olah merungut kemunculan banyak penerbit kecil apatah lagi buku yang dibawa penerbit-penerbit kecil ada sesetengahnya mencapai tahap 'bestseller'.

Sedangkan penerbit besar mengeluarkan berpuluh-puluh judul setahun tetapi nak hasilkan 1 produk bestseller setahun pun susah. Malah buku yang tak laku di return pulak oleh kedai dari seluruh Malaysia.

Kesimpulan dari rungutan penerbit besar itu, sahabat saya memberitahu bahawa mereka (penerbit besar) sebenarnya tidak puas hati kerana keuntungan dari terbitan buku sukar dibuat apabila banyak buku-buku mereka tidak laku sedangkan nama mereka dikenali ramai.

Bagi saya, ia satu yang memalukan apabila penerbit besar tidak puas hati dengan keuntungan yang dibuat penerbit kecil. Mereka seolah-olah cemburu dengan penerbit-penerbit kecil yang sebahagiannya mempunyai buku-buku bestseller sedangkan mereka hanya ramai penulis tetapi tiada pun buku bestseller.

Lagipun, mereka tidak sepatutnya merungut kerana kehadiran penerbit-penerbit buku sebenarnya merancakkan lagi industri buku negara. Mereka seolah-olah mahu keuntungan buku di seluruh Malaysia disapu bersih oleh mereka sahaja. Penerbit besar ini perlu ingat, kemunculan penerbit-penerbit kecil langsung tidak menggunakan wang dana dari penerbit besar.


No comments:

Post a Comment