Saturday, 19 January 2013

Jadikan Tekanan Sebagai Sumber Pendapatan



Industri buku bukan milik pakar bahasa, ia bersifat universal. Seorang pakar bahasa pun belum tentu bukunya laku di pasaran. Buku laris di pasaran bukan disebabkan bahasa tetapi disebabkan 'jalan cerita', maklumat dan fakta yang disampaikan.

Lebih unik jalan cerita lebih untung buku tersebut. Industri buku telah membuktikan bahawa jutawan buku bukan terdiri dari pakar bahasa. Saya belum jumpa seorang pakar bahasa bergelar jutawan.

Tekanan Kerja

Dalam banyak-banyak kerja, kerja gurulah paling memberi tekanan. Ramai orang kata kerja guru senang, sebab orang yang sebut tidak pernah jadi guru atau tiada saudara-mara yang bergelar guru. Kerja guru 24 jam walaupun cuti sekolah berminggu-minggu.

Walaupun jadual sekolah pulang pukul 2 petang, tetapi guru terpaksa balik pukul 5 dan 6 petang kerana latihan rumah sukan, persatuan dan mesyuarat. Sebelah malam, guru terpaksa merancang untuk pengajaran esok hari. Ia satu TEKANAN KERJA.

Bagi guru yang mendapat Pengetua dan Guru Besar yang sedikit gila, mereka akan dipaksa membuat kelas tambahan setiap hari minima 1 1/2 jam. Hari-hari balik lambat. Ia satu TEKANAN.

Kemudian belum sempat rancangan mengajar siap, tiba-tiba pegawai PPD atau JPN hantar surat untuk memeriksa fail-fail panitia dan analisis peperiksaan. Ia satu TEKANAN.

Bagi yang menjadi guru kelas, hari-hari akan ada ibu bapa bertanyakan itu-ini kepada guru kelas. Sesetengah tu ada yang bertanyakan soalan tak masuk akal, "Anak saya ok tak di sekolah?". Kalau sekali tanya boleh tahan, tapi kalau hari-hari tanya. Ia satu TEKANAN.

Ada sesetengah ibu bapa tak dapat terima anak mereka jenis kategori kurang cerdik. Bila anak mereka dapat markah rendah, mereka akan telefon dan serang guru mata pelajaran di sekolah. Padahal guru sendiri tahu macam mana malasnya anak mereka hendak buat kerja sekolah. Ia satu TEKANAN.

Tukar Tekanan kepada Tulisan

Jadi, biasanya orang yang mengalami tekanan kerja kalau diberi kertas untuk luah perasaan, berkajang-kajang mereka boleh tulis. Maka cubalah menulis dan luahkan apa yang menekan jiwa. InsyaAllah, akan berjela-jela luahan tersebut.

Selepas dapat draf tulisan luahan perasaan yang tidak tersusun, maka susun semula dengan mencipta watak dalam tekanan tersebut. Ambil beberapa novel untuk dijadikan contoh. Selepas itu, anda akan nampak hasilnya.

1 comment:

  1. Info yang sangat berguna. Thanks 4 sharing d idea ;)

    ReplyDelete