(Semua pelajar memberi masalah kepada guru, banyak kerja perlu dilakukan untuk mereka. Tetapi guru yang bijak, dia akan menganggap setiap pelajar adalah sumber kewangannya. Setiap pelajar sarat dengan masalah adalah sumber idea kepada penulis-penulis novel dan cerpen. Kisah hidup mereka adalah sumber pendapatan golongan usahawan buku.)
Saya bukan seorang novelis dan tidak mempuyai sebarang novel dan tidak berminat dengan novel. Tetapi saya telah menyedari sejak 4 tahun dahulu bagaimana kelompok ini boleh membantu penggiat industri buku menjana pendapatan. Sejak 4 tahun dulu juga (ketika masih bergelar guru) saya sentiasa memikirkan cara menggunakan kelompok ini.
Memandangkan saya lebih banyak design kulit buku dan layout dalaman maka saya buat kajian tentang warna kepada para pelajar saya. Dalam kajian itu saya ingin melihat perkara-perkara di bawah:
1). Warna-warna yang paling disukai pelajar perempuan.
2). Warna-warna yang paling disukai pelajar lelaki.
Setiap pelajar mempunyai lebih dari 1 citarasa warna maka saya buat jadual analisis berbentuk graf. Dalam graf itu menunjukkan bilangan undian untuk setiap warna.
Saya lakukan kajian ini di dalam kelas dengan bertanyakan kepada pelajar setiap masa. Dan setiap masa juga saya mencatit. Oleh itu, apabila saya membuat design cover buku saya akan gunakan 3-4 warna yang paling diminati remaja. Warna yang mendapat undian tertinggi akan saya banyakkan di bahagian cover buku.
Misalnya, buku tersebut berfokus kepada remaja perempuan maka saya akan gunakan warna kulit buku yang paling diminati pelajar perempuan. Hasilnya amat memberansangkan, hasil jualan kasar buku selepas setahun ialah RM500,000 lebih. Cuba bayangkan, saya sendiri pun terkejut.
Ini bermakna, pengetahuan minda pelajar-pelajar kelas anda yang berjumlah 30-40 orang itu boleh mewakili pelajar-pelajar lain di seluruh Malaysia.
Novelis remaja Ain Maisarah adalah novelis yang paling bijak dalam soal ini. Saya tidak pernah berurusan dengannya dalam industri buku. Cuma saya kagum bila saya nampak setiap kali pada Pesta Buku Antarabangsa, beliau sendiri turun padang mengangkat barang-barang ke booth nya di PWTC bersama beberapa staf.
No comments:
Post a Comment