Tuesday 6 December 2011

Isu Kerjasama Penerbit PTS dan POPULAR

Assalamu'alaikum,

Isu ini berkaitan dengan hasil usahama penerbit PTS dengan POPULAR yang mengeluarkan beberapa buah buku genre masakan. Ia bukanlah isu tetapi ia menjadi isu apabila buku tersebut hanya boleh dibeli pembaca di kedai buku POPULAR sahaja.

Berdasarkan tinjauan saya dengan pengusaha-pengusaha kedai indie yg saya kenali, mereka mengatakan PTS telah menikam kedai-kedai indie dr belakang apabila terbit buku masakan tersebut. Saya agak kurang faham mulanya tetapi apabila dijelaskan secara detail barulah saya dpt mengesan di mana silapnya.

Isunya ialah buku tersebut adalah JV (joint venture) antara PTS dan POPULAR dan hanya dijual di POPULAR sahaja. Apabila dijual di sana shj, ia akan menguntungkan POPULAR 100% sebagai penjual utama. Tetapi masalahnya, pembaca dan peminat masakan tidak tahu perjanjian JV buku itu dan mereka mencari buku-buku tersebut di kedai-kedai indie.

Apabila kedai indie memberitahu tidak ada, maka hilanglah pelanggan. Ini kerana, pantang larang bisnis buku ialah apabila buku yg popular tidak dijual di kedai-kedai buku. Contohnya, anda peminat Ain Maisarah dan mahu membeli novelnya di sebuah kedai buku berhampiran rumah anda, tetapi kedai buku tersebut  beritahu tidak menjualnya. Tidakkah anda rasa pelik sedangkan buku tersebut ada dijual di kedai lain.

Ia memang tepat, pembaca tidak peduli apa JV yg berlaku antara penerbit dan kedai buku, apa yg mereka faham hanyalah sebuah kedai buku mestilah ada semua buku apatah lagi buku-buku yg bestseller.

Dikhabarkan kpd saya, bahawa tindakan PTS ini memberi kesan tidak baik kepada kedai-kedai buku indie, ramai pelanggan yg datang bertanyakan buku itu dan pekedai terpaksa jd tukang promosi pula kpd POPULAR yg kaya-raya dengan mengatakan kpd pelanggan;

"Puan boleh pergi ke Kedai POPULAR untuk beli buku tu."

Pengusaha kedai buku indie yg saya temui memberitahu PTS tidak mengenang jasa kedai-kedai buku indie, kerana sebelum PTS meningkat naik, kedai-kedai indie lah yg menjual buku PTS dan jualan tetap diteruskan sehingga ke hari ini. Manakala peniaga-peniaga buku pasar malam pula mengambil buku dr kedai-kedai indie.

Walaupun tidak dinafikan ada sesetengah kedai yg membuat pembayaran lewat tetapi ia bukanlah melibatkan semua kedai. Majoriti kedai-kedai indie yg lain tetap membuat bayaran.

Berdasarkan perbualan saya dengan beberapa orang pengurus kedai-kedai indie minggu lepas, sy dapati pekedai-pekedai ini menganggap tindakan PTS bekerjasama dengan POPULAR bukanlah idea PTS sendiri (tidak pasti betul atau tidak).

Menurut mereka, jika ia bukan idea PTS, idea tersebut sebenarnya blh menjatuhkan PTS sendiri dalam masa 10 tahun akan datang (harap2 tidak berlaku). Ini mungkin teori mereka kerana menurut mereka sebelum PTS membuat deal idea tersebut, beberapa penerbit besar (yg lebih lama dr PTS) telah menerima tawaran idea tersebut tetapi menolaknya kerana tahu kesan jangka panjang.

Namun begitu, jika ia idea PTS sekalipun, ia tetap bukan idea yg baik walaupun ia blh memberi untung berlipat kali ganda dlm urusniaga buku. Tambahan pula kedai-kedai buku elit mempunyai disiplin bayaran yg bagus dan mengikut jadual walaupun terma bayarannya 6 bulan.

Saya berharap isu ini tidak berpanjangan dan semua kedai-kedai buku indie tetap terus maju termasuklah PTS sendiri.

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment