Wednesday 14 December 2011

Semua Genre Mampu Menjadi Bestseller

Sesetengah orang beranggapan, bidang2 tertentu sahaja akan jadi bestseller. Ianya salah, semua bidang mampu jadi bestseller dan yg membezakannya hanyalah bilangan pembeli.

Perlu diingat, semua bidang ada peminat 'hardcore' masing2. Jadi jika penulis mampu tackle peminat2 peminat hardcore tersebut, penulis tersebut akan berjaya. Yakni jika selepas dikenali, apa saja2 yg diterbitkan oleh penulis tersebut akan dicari oleh peminat2 hardcore.

Misalnya, anda mahir bidang IT, sama ada bab pengurusan atau pengaturcaraan. Anda baru hendak menulis dan cuba2 utk menjadi penulsi terkenal bidang tersebut. Tetapi masalahnya, bidang tersebut telah ramai orang conquer, dan antara penerbit besar yg paling popular dalam pembelajaran IT ialah Venton Publishing. Jadi bagaimana hendak mengatasi buku2 penerbit besar seperti ini?

Untuk menjadi pesaing yg hebat hendaklah melihat buku2 hebat genre yg anda pilih. Beli beberapa keluaran buku2 yg dijangka dibeli oleh orang ramai dlm bidang IT, kemudian lakukan analisis berikut:


  1. Lihat kelemahan dan kekurang buku tersebut dr segi penampilan.
  2. Lihat kelelmahan dan kekurangan dr segi bahasa dan kaedah penyampaian.
  3. Lihat kelemahan dan kekurangan dr segi latihan2 kerja yg disediakan.
  4. Lihat rahsia2 program yg tidak diketengahkan.
Apabila sudah mendapat hasil analisis maka lakukanlah penambahbaikan dalam gaya anda sendiri. InsyaAllah, ianya akan berhasil.

Cuba kita lihat pelawak popular, ia ada zaman popular dan zaman tak popular. Walaupun dah ramai pelawak terkenal tetapi apabila hadir pelawak baru dgn cara baru yg tidak 'dijangkakan', pelawak tersebut terus meningkat popular.

No comments:

Post a Comment