Wednesday 7 December 2011

Penerbit Sendiri: Buku Banyak atau Sedikit

Bagi penulis yang mahu menerbit sendiri buku, manakah yg lebih afdal, terbit buku sedikit atau terbit buku banyak?

Dalam dunia bisnis buku, skala bisnis penerbit adalah perkara ke-2, perkara pertama yg menjadi ukuran ialah berapakah buku bestseller yg dimiliki oleh penerbit tersebut. Jadi, tidak mengapa jika syarikat kecil anda hanya ada 2 judul sahaja tetapi pastikan kedua-duanya boleh menjadi bestseller dan boleh memberi untung kepada kedai-kedai buku.

Penulis yg terbit sendiri pasti teruja mahu melihat bukunya dijual di semua kedai baik kecil atau besar. Tetapi pastikan buku anda adlh kategori blh jadi bestseller. Kedai sebenarnya melihat 'kepopularan' buku tersebut bukannya syarikat anda glamour atau tidak.

Mereka juga tak peduli sebenarnya siapa yg tulis buku tersebut asalkan ianya laku dijual. Jadi, jika anda ada 100 judul buku untuk dijual oleh syarikat anda tetapi satu judul pun tidak menarik dan tidak jd bestseller, syarikat anda akan dilupakan oleh kedai buku.

Kesimpulannya, yg lebih afdal dlm bisnis buku ialah biar judul sedikit asalkan semuanya bestseller.

No comments:

Post a Comment