Friday 19 December 2014

Jika ditakdirkan buku pertama anda bestseller?

Jika anda baru menulis, kemudian baru pertama kali terbit buku. Ditakdirkan buku pertama anda itu bestseller...apa akan jadi?

Saya berani jamin, semua taukeh-taukeh buku, kedai buku dan penerbit-penerbit buku (tak kira kecik ke besar ke) akan kenal anda.

Kalau mereka tak pernah dengar nama anda, mereka akan cari. Orang pertama yang akan mereka hubungi ialah pengedar buku atau kedai buku.

Percayalah! 

Malaysia ni kecik je... tambahan pula bos-bos penerbit buku majoritinya educated. Mereka sangat sensitif dengan perkataan 'BESTSELLER'. Maklumat yang paling mereka percaya ialah dari tuan-tuan kedai.

Mereka tak akan telefon direct kepada penulis atau penerbit tetapi mereka akan siasat melalui orang lain.

Penerbit-penerbit memang jenis kuat ingatan. Mereka cukup ingat tajuk-tajuk buku bestseller walaupun dari buku terbitan penerbit lain. Ini kerana penerbit-penerbit buku menjadi ahli kepada Persatuan Penerbit Buku.

Percayalah!

Hanya dengan satu buku sahaja, anda akan terkenal dan nama-nama anda disebut oleh taukeh-taukeh buku yang bertaraf jutawan. Silap hari bulan, anda boleh kena pancing.

Catatan!

Saya biasanya berjumpa bos-bos buku seminggu sekali atau dua minggu sekali. Melepak di Nasi Kandar. Setiap kali jumpa, ada saja buku baru yang mereka sebut. Yang tak tahan tu, siap ingat tajuk buku, nama penulis, nama penerbit dan jumlah cetakan. Mana mereka dapat saya pun tak tahu. 

1 comment:

  1. Slmt pagi dan salam sejahtera. Saya seorang penjawat awam dan berminat utk menulis buku d masa lapang. Namun sy mempunyai kemuskyilan, blhka seorang penjawat awam menulis buku?

    ReplyDelete