Friday 5 December 2014

Bisnes di Rumah : Jenis-Jenis Resit Yang Perlu Ada

(Gambar hiasan)


Bila buat bisnes di rumah, khususnya (bisnes yg ada produk) ada 2 jenis buku resit yang perlu dibeli, iaitu:

1) Official Receipt (Resit Rasmi) 
2) Cash Bill (Resit Tunai)

Jika pergi mana-mana kedai runcit atau kedai alat tulis, beli 2 jenis ni sahaja, tak kiralah apa jenis design sekalipun.




Official Receipt (Resit  Rasmi)

Jika ke kedai alat tulis, akan ada sejenis buku resit yang tertulis Official Receipt. Jadi beli yang dah ada siap cetak Nombor Siri. Biasanya nombor sirinya dicetak warna merah. Bentuk saiz resit ini biasanya jenis panjang.

Pilih yang ada nombor siri

Kegunaan resit ini ialah untuk pembeli yang membayar menggunakan CEK. Jadi, maklumat yang perlu ditulis pada resit ini ialah:

- Nama syarikat yang membayar cek
- Nilai ringgit pada cek
- Nombor cek
- Bank cek yang dikeluarkan
- Tarikh yang tertulis pada cek

Selepas siap catit maklumat2 di atas, beri resit ni kepada pemberi cek!

Jika ada kedai buku ambil buku-buku, kemudian apabila mereka membuat bayaran melalui cek, hendaklah anda beri resit ini kepada pekedai.

Cash Bill (Resit Tunai)

Resit tunai digunakan untuk memberi resit kepada pembeli yang membeli buku (atau produk2 lain) secara tunai bukannya cek. Bila beli Cash Bill, saya nasihatkan beli yang ada siap cetak nombor siri.

Resit tunai biasanya ada kolum yang banyak untuk mencatat item-item yang dibeli oleh pembeli.



Misalnya;-

Jika anda seorang penceramah dan sentiasa membawa buku sendiri ke tempat ceramah untuk dijual bersama, hendaklah sentiasa juga membawa resit tunai (Cash Bill). Apabila ada yang membuat pembayaran, tulis resit ini dan beri kepada pembeli.

Resit ini perlu disimpan untuk tujuan audit akaun syarikat. Tapi jika buku anda diterbtikan oleh syarikat lain dan anda hanyalah penulis yang membawa buku sendiri untuk dijual, tak perlulah bawa resit tunai ini. Cukup sekadar jual beli biasa.

No comments:

Post a Comment