Thursday 11 December 2014

Cara susun buku di kedai buku

(pinjam gambar abunuha.wordpress.com)


Baru-baru ini saya pegi ziarah kedai buku milik seorang sahabat. Masa sampai tu, ramai stafnya sedang susun buku di rak-rak yang tersedia. 

Pada saya, banyak buku baru yang dia order.

"Banyak buku kau order?"

"Takdelah, buku yang sama je...tukar tempat." sambil tersengih-sengih dia jawab.

"Apsal ubah plak, tukar rak baru ke?

"Taklah...kena sentiasa tukar kedudukan buku supaya pengunjung tak bosan." jawabnya ringkas.

Barulah saya faham, rupa-rupanya buku-buku di rak sentiasa di tukar lokasi agar para pengunjung tidak bosan bila melihat suasana kedai buku. Biasanya seminggu sekali walaupun tak melibatkan semua rak.



Menurut sahabat tadi lagi, buku kena sentiasa ditukar kedudukannya agar pengunjung beranggapan bahawa 'buku baru' sentiasa ada di kedainya. Itu salah satu teknik katanya.

Menurutnya lagi, kalau nak ikutkan logik, mana ada penerbit terbit hari-hari buku. Kalau ada yang terbit pun belum tentu kedai nak order sebab kedai nak buku yang 'laris' dijual saja. Barulah orang nak masuk kedai.

Biasanya buku ditukar kedudukan raknya. Tidak melibatkan keseluruhan rak, hanya rak-rak tertentu. Biasanya buku agama dan novel. Ikut cara fikir tuan kedai jugaklah.

"Kedai-kedai lain buat jugak ke?" tanya saya.

"Banyak yang buat, teknik ni dah lama orang buat..."

"Ada sesetengah kedai, aku tengok tak ubah pun posisi buku." tanya saya lagi.

"Itu tuan kedai pemalassss...." jawabnya selamba. 

No comments:

Post a Comment