Wednesday 17 December 2014

Isu Pelekat Hologram Al-Quran



Isu ni memang buat banyak penerbit-penerbit buku dan pekedai buku 'bengkak' dengan Kementerian Dalam Negeri (KDN). Syarat baru kepada penjual buku ialah semua Al-Quran mesti dilekatkan dengan pelekat Hologram.




Pelekat Hologram

Dah le kena lekat, 'WAJIB' penjual atau penerbit beli dari KDN, harga yang ditetapkan ialah

RM1.00 untuk Al-Quran bercetak
RM2.00 untuk CD/DVD/VCD

Masalahnya ialah kos pelekat tu ialah 7 sen sahaja.

Alasan-Alasan KDN (Alasan orang politik lah..)

- Mengelakkan penipuan (kononnya)
- Mengelakkan cetak rompak.

Sepatutnya yang risau tentang cetak rompak ni ialah penerbit buku bukannya KDN. Penerbit buku yg akan tanggung kerugian jika ada cetak rompak dan penipuannya.

*Sebenarnya Al-Quran memang susah orang nak tipu penerbitannya sbb setiap Al-Quran disemak oleh lebih dari 20 orang ahli jawatankuasa bahagian Agama, Kementerian Dalam Negeri.

Isu sebenarnya ialah...

Biasalah, ini cara orang politik nak cari makan. Bos-bos buku memang dah masak dengan orang-orang kerajaan.

Minggu ni ada mesyuarat dengan pegawai KDN, dijangka Zahid Hamidi tak boleh hadir.

Orang-orang buku cakap, "dia nak lari le.. tu".

Jadi camna orang politik ni nak cari duit melalui pelekat hologram? sedangkan duit bayaran pelekat tu dimasukkan ke dalam akaun KDN dan melalui resit kerajaan?

Caranya senang saja...

Lihat saja nanti, syarikat mana yang dapat tender keluarkan pelekat tu.

Pelekat hologram tu diandaikan sebagai GST elemen baru.

Nasib! Nasib!


No comments:

Post a Comment