Sunday 28 September 2014

Guru lebih mudah buat duit jika jadi penulis buku

(gambar: harian metro)

PART TIME! PART TIME!  vs  FULL TIME

Guru lebih mudah buat duit melalui buku kerana beberapa sebab:

1)  Anak murid adalah pembeli dan pempromosi.

2)  Facebook memudahkan promosi tajuk buku

3)  Kemungkinan menerima jemputan sekolah lain adalah tinggi.

Semuanya adalah faktor kepada keunggulan pendapatan tambahan. Guru yang mempunyai buku lebih popular dari Guru Cemerlang. Ia fenomena yang berlaku seluruh Malaysia.

Guru yang ada buku sering diingati anak-anaka murid berbanding Guru Cemerlang atau guru pembuat soalan.

Guru yang ada buku akan diingati di facebook-facebook pelajar. Facebook itu pula di share dan kekal sehingga anak murid tamat pelajaran dan bekerja.

Ia sesuatu yang sangat berharga untuk guru.

Rebutlah peluang menjadi penulis buku. Terbitlah apa-apa genre pun asalkan ianya buku. Disitulah 'kenikmatan' pendapatan tambahan yang akan dirasai.

Percaya atau tidak, majoriti penulis novel remaja adalah guru.


3 comments:

  1. Jika bukan seorang guru, adalah lebih sukar untuk menjadi penulis?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Tak semestinya. Ramai lagi yg bukan guru jd penulis terkenal, tetapi kebanyakanya novelis. Misalnya, Ain Maisarah, Siti Rosmizah, Ahadiat Akasyah dll.

      Guru lebih mudah kerana ada pengikut tersendiri iaitu pelajar. Majoriti pelajar pula ada FB dan blog. Tp kurangnya, pelajar suka pinjam2 buku kawan dan tak suka beli.

      Jika tuan bukan guru, tak menjadi masalah. Asalkan buku tuan berjaya menarik semua lapisan umur.

      Delete