Friday 26 September 2014

Family Suite di Hotel Grand Bluewave Shah Alam

Saya dan keluarga gemar tinggal hotel bilik jenis suite. Bukan apa, anak2 suka sangat berlari-lari. Jadi bila ruang luas, mereka tak lagi lompat-lompat atas katil.

Walaupun tak jauh dengan rumah saya. Saya suka bawa ke hotel. Tetapi saya sendiri yang suka duduk hotel kerana beralih suasana. Kalau duduk di rumah mesti nak menghadap komputer 7-8 jam sehari. Bila pergi hotel, relaks skit otak. Idea-idea menulis pun datang banyak.

Katil jenis King. Ambil dulu gambar sebelum anak2 saya melompat-lompat menyemakkan katil.




Ini ruang tamu. TV jenis lama tapi ruang agak luas memang puas budak2 nak berlari-lari.

Pintu bilik tidur berserta meja makan kecil.

Ini bukan kali pertama saya check-in, dah lebih 5 kali saya datang. Ada satu hari saya hanya ambil Deluxe Room, tetapi manager beri saya Executive Suite juga (seperti gambar). Saya tak kenal pun manager di sini, rupa-rupanya mereka ada rekod data tentang latar belakang pelanggan yang menginap. Data ini mungkin dikongsi bersama dengan hotel-hotel lain.

Begitu juga bila kali pertama ke Hotel Primula, Kuala Terengganu tahun lepas 2013. Saya hanya minta Executive Suite, harga lingkungan RM450 semalam. Tetapi mereka berikan Queen Suite yang harganya RM700 semalam.

Bila tahun ni saya ke Hotel Primula, saya dah tak berkenan nak duduk Executive Suite. Ambil jugak bilik Queen Suite. Nampaknya marketing strategy mereka memang berkesan.

Ini mungkin strategi bisnes kebanyakan hotel.

Harga Executive Suite Hotel Grand Bluewave ialah RM400

Breakfast

Hotel ni memang sedap semua breakfastnya. Suasana cafe juga sangat bagus, staf-staf juga bagus.

Parking

Parking semuanya underground dan sentiasa ada ruang.

Pelanggan

Orang-orang kerajaan jarang berkursus di sini kerana ia agak mahal. Saya banyak bertembung dengan syarikat-syarikat swasta yang membuat kursus, tiada jabatan kerajaan. 

Hotel ini saya mula kenal kerana cadangan dari seorang Pegawai Sumber Manusia di Kementerian Pendidikan, Putrajaya. Ketika itu kami dalam perjalanan dari Putrajaya. Selepas bermesyuarat dia suruh saya cuba hotel ni, katanya bagus. Bila cuba memang bagus, kena citarasa.


No comments:

Post a Comment