Monday 22 September 2014

Cara Cepat Jadi Kaya!

Kaya ada pelbagai takrifan. Kalau gaji RM800 sebulan, kemudian dapat tambah jadi RM2000, itu pun dikira kaya.

Kaya bermaksud pendapatan yg diperoleh melebihi jumlah yang kita target dan mampu membeli apa yang diingini di depan mata. Maksudnya, kalau malam ni teringin nak makan Udang Galah dgn famili, terus je pergi makan, tak payah nak tunggu gaji hujung bulan.

Apa cara cepat jadi kaya?

Cara spiritual adalah paling berkesan. iaitu DOA.

Dalam DOA setiap hari selepas solat, masukkan point-point berikut:

- Ampunkan dosa IBU BAPA
- Ampunkan dosa guru-guru yg pernah mengajar kita.
- Ampunkan dosa sahabat-sahabat kita.
- Ampunkan dosa orang2 yg pernah mengenali kita.

InsyaAllah termakbul.

DOA ketika solat Jumaat:

Ini khusus untuk orang lelaki, ada 2 keadaan yg sangat mustajab.

(1) Ketika antara 2 khutbah.
(2) Ketika sebelum Imam menyebut Amin selepas bacaan Al-Fatihah.

InsyaAllah termakbul.

P/S: Saya mengamalkan kaedah-kaedah di atas sejak di sekolah menengah lagi. Alhamdulillah, Allah kurniakan IDEA, kemudian idea itulah yang membawa kepada bisnes saya hari ni. 

Kita tak jadi kaya hanya kerana tiada IDEA. Jika rajin berdoa, maka Allah kurniakan IDEA.

No comments:

Post a Comment