Monday 28 September 2015

Antara istilah BISNES dan BERNIAGA

Dalam masyarakat Melayu kita, saya perhatikan ada sedikit perbezaan pemahaman terhadap dua istilah ini iaitu

BISNES dan BERNIAGA

Walaupun kedua-duanya membawa maksud yang sama tetapi sesetengah orang (mungkin juga ramai) secara tidak sedar menganggap ia istilah yang berbeza dari segi kefahaman semasa. Perbezaan ini lebih ketara jika diajukan kepada golongan tua yang bukan berlatar belakang pendidikan tinggi.

Apa yang berbeza?

Perkara yang berbeza ialah tentang pemahaman maksud kedua-dua istilah tersebut.

BISNES

Jika seorang individu menyebut, "Saya sedang buat BISNES".

Kebanyakan golongan tua atau muda menganggap ia sejenis perniagaan yang standard, mempunyai pejabat, kedai dan kakitangan untuk menguruskan perniagaan tersebut.

BERNIAGA

Tetapi jika seseorang itu menyebut, "Saya BERNIAGA sendiri saja."

Pemahaman bagi orang yang mendengar ialah, perkataan BERNIAGA lebih sinonim kepada aktiviti perniagaan menjual barang, membuka kios di tepi jalan, menjual makanan dan seumpamanya.

** Bagi orang-orang tua, penggunaan perkataan BISNES lebih menunjukkan aktiviti perniagaan yang hebat dan banyak duit manakala perkataan BERNIAGA lebih kepada aktiviti jual makanan tepi jalan atau jualan kecil-kecilan tanpa pejabat.

P/S: Ini berdasarkan pengalaman saya berbual-bual dengan pelbagai golongan sama ada yang berkerja atau tidak berkerja. Mungkin pandangan pembaca agak berbeza pula.

No comments:

Post a Comment