Wednesday 18 March 2015

Musim pening GST industri buku



Lama saya tak post. Maklumlah, sempena April fool (GST) dari kerajaan ni, mmg ramai yg pening-pening kepala. Jadi saya cuba dapatkan maklumat sebanyak mungkin dlm industri buku utk disebarkan di blog ni agar peminat2 buku dan self publisher sama-sama dpt maklumat.

Perkara pertama pasal GST, jgn percaya iklan di televisyen. Iklan kartun ke, iklan orang ke, atau iklan  yg sebut GST untuk memudahkan rakyat dan cukai kepenggunaan. Semuanya tak wujud.

Dari perbincangan dan pejumpaan dgn ramai tauke-tauke buku sama ada bumiputra atau Cina, semuanya banyak duduk semeja sekarang utk menetapkan strategi menghadapi GST.

Taukeh2 yg dah untung juta2 pun pening dan tak setuju GST, walaupun mereka duit banyak tetapi mereka bimbangkan pekerja2 mereka yg tak akan mampu survive utk kos sara hidup. Bila pekerja2 tak mampu, pekerja akan paksa majikan naikkan gaji.

Hasil dari maklumat2 pertemuan, majoriti taukeh2 Cina dalam industri buku akan (dah confirm) letakkan tambahan 10% kenaikan dr harga asal, tak termasuk cukai GST 6%.

Ini bermakna harga kertas akan naik 6% dahulu sebelum dikenakan GST 6%. Selepas tambah GST, harga kertas akan jadi 16% sbg tambahan baru.

Perlu ingat, GST bermaksud, setiap resit setiap pembelian akan ditulis cukai 6%.

Maksudnya, semua pekedai atau syarikat yg menjual produk atau perkhidmatan perlu menulis perkataan 6% pada resit.


3 comments:

  1. kenapa perlu tauke cina letakkan tambahan 10%... merekalah orang yang dikatakan meneguk diair yang keruh. terang-terangan mereka lah yang membebankan rakyat. sebenarnya sebelum gst kita sudah ada cukai jualan 10%. pada setiap kertas yang dibeli, telah dimasukkan cukai 10%. selepas gst dilaksakan.. cukai jualan ditukar kepada gst yang hanya 6%. sepatutnya harga barangan akan menjadi lebih murah... tetapi tauke tauke cina ini la yang mengambil kesempatan ke atas ketidak fahaman kita tentang cukai... jangan bercakap hanya mendengar cakap orang... baca dan fahami tentang cukai kita.

    ReplyDelete
  2. Saya xde kene mengene dgn ape2..Saya cume self publisher..Tarikh komen ni 1 april..semalam atau 2 hari lepas baru kerajaan umumkan semua jenis buku dikecualikan GST..so macam mane ye skang tuan jutawan pena? Pengilang2 dan penerbit2 nak naikkan juge ke harga buku? sekadar pertanyaan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Info ttg penerbit2 buku besar, sy belum dpt maklumat lg. Kena tunggu PBKL ni. Pasal pengilang2 buku, rata2 yg saya hubungi kata akan naik, sbb harga kertas naik. Tp kena tunggu quotation dr pencetak jg, baru boleh tahu. Kalau mereka tak turunkan harga cetak, teruklah self-publisher. Jika tuan ada maklumat ttg pencetak yg tak naikkan kos cetak, harap dpt berkongsi alamat disini.

      Delete