Tuesday 7 October 2014

Teknik-teknik melariskan buku


Banyak penerbit terbit buku berkaitan sejarah hidup Rasulullah. Mereka terbit dengan pelbagai tajuk dan konotasi tetapi isi kandungannya masih sama. (Ye lah, sejarah Rasulullah bukan boleh reka sendiri-sendiri, mesti sama seluruh dunia, cuma yang bezanya ialah penyampaian ayat.

Tapi dalam banyak-banyak penerbit di Malaysia, buku biografi Rasulullah yang paling laris ialah Biografi Agung Rasulullah SAW terbitan Mustread Sdn Bhd.

Mengapa ia laris? apakah buku-buku terbitan penerbit lain menggunakan fakta-fakta tak tepat tentang Rasulullah SAW?

BUKAN. Jawapannya ialah 'teknik persembahan buku'.

Antara teknik-teknik yang saya kesan digunakan editor syarikat Mustread dalam persembahan buku ini ialah:
  1. Penggunaan banyak gambar bersaiz besar. Hampir setiap muka surat ada gambar.
  2. Keseluruhan ayat-ayat penerangan tidak terlalu banyak.
  3. Saiz font yang besar untuk ayat-ayat.
  4. Spacing bagi setiap ayat juga sangat jauh dan memudahkan pembacaan.
  5. Muka surat berwarna penuh.
  6. Kertas isi kandungan muka surat digunakan jenis glossy paper +100g (agaknya).
Kesan dari teknik-teknik persembahan di atas, majoriti pekedai-pekedai buku mengatakan Biografi ini adalah yang paling laris berbanding yang lain.


1 comment:

  1. Kadang-kadang orang beli buku untuk tengok gambar yang menarik sahaja berbanding daripada membaca buku he3.

    ReplyDelete