Sunday 26 October 2014

Bagaimana Merancang Penulisan Buku


FIKIR!  FIKIR! FIKIR! FIKIR!

Bila anda rancang untuk tulis buku, pastikan anda bukan rancang
untuk tulis secara sambil-lewa. Menulis buku bukan perkara main-main dan hobi.

Ia sejenis perniagaan.
Ia sejenis prospek keuntungan produk.
Ia juga kredibilit dan maruah.



Bila tulis buku, ia akan ambil masa. MASA untuk diri sendiri, MASA untuk keluarga
dan MASA untuk kerja.

Bila tulis buku, PERTAMA sekali kena fikir perkara-perkara ini:

>>> Adakah buku aku akan laku di kedai?
         - Maksudnya kalau letak kat kedai, adakah bila ternampak orang nak
           beli atau paling koman pun, orang nak ambil belek-belek.

>>> Adakah apa yang aku tulis ni orang lain suka baca?
         - Kita suka sesuatu topik dan isu, tapi tak semestinya orang lain suka.
           Kalau orang lain suka pun tak semestinya kalau kita tulis orang suka baca.
           Jadi kita perlu pastikan orang suka tulisan kita. Tampilkan kelainan.

>>> Adakah aku boleh dapat untung?
    - Maksudnya bolehkah buku kita memberi pendapatan kepada kita?

Untuk jawab persoalan-persoalan di atas, anda perlu dahulu
berfikir sejenak tentang perkara-perkara ni di bawah:

>>> Buku apa yang orang suka baca?
          - kena betul2 kaji, apa rakyat Malaysia suka baca.

>>> Buku macam mana yang laku di kedai sekarang ni?
          - Ini memang kena rajin tanye kedai buku. Lebih banyak kedai kedai buku
            anda tanya, lebih banyak maklumat yg dapat. Jawapan kedai buku indie lebih tepat.
            Lihat juga artikel ni.

>>> Topik apa yang orang suka baca dan beli?
         - Ini boleh search di internet, dan juga tanye kedai2 buku indie berdekatan.

>>> Camna aku nak tahu topik mana yang orang suka baca?
    - Kedai buat kajian kat internet. Blog universitipts.com banyak maklumat berguna.

>>> Aku mampu ke tulis topik tu?
    - Ini kena tanya diri sendirilah. Cuba tulis satu muka penuh, print out dan beri rakan2
            pejabat anda baca. Kalau mereka tak baling kasut, OK lah tu.

>>> Ada orang tulis topik tu, laris betul buku dia. Kalau aku tulis plak, orang nak beli ke?
    - Ini pun kena tulis, print-out dan bagi rakan2 baca. Selagi muka mereka tak
           bertukar jadi harimau lepas baca tulisan anda, kira OK lah tu.


2 comments:

  1. salam. saya ingin bertanya tuan, saya mengajar di politeknik jurusan senibina dan saya dapati rujukan buku senibina dalam bahasa melayu amat kurang, sekiranya saya nak buat buku himpunan contoh2 pelan rumah banglo ke, small chalet ke.. dia lebih kepada lukisan berbanding tulisan.. boleh ke macam tu?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sama ada buku tu banyak lukisan atau tulisan tidak menjadi masalah kerana pembelinya sudah pasti pelajar jurusan senibina. Tuan lebih tahu buku format macam mana yg lebih sesuai.

      Apa yg perlu tuan fikirkn ialah target pembeli dan adakah tuan nak terbit sndiri atau dgn penerbit lain.

      Delete