Saturday 26 July 2014

Guru dan Kebun Getah



Sudah ramai saya jumpa guru membeli tanah untuk menanam pokok getah. Puncanya harga getah naik. Entah siapa yang sebarkan... (macam kes bisnes lintah dan burung walit).

Ada juga beberapa sahabat yang sanggup buat loan lebih RM100 ribu hanya untuk beli tanah nak tanam pokok getah. Sangat MENAKJUBKAN idea tu...entah bila nak mengajar dan bila masa pula nak pergi mengurus kebun.

Tapi malangnya, guru-guru jarang berfikir panjang. Mereka tidak pernah jumpa pun jutawan getah dalam Malaysia ni.

Sekiranya dikatakan hari ini harga getah naik, kemudian minggu depan pergi buat loan. Kemudian beli tanah dan anak pokok, adakah pokok tersebut akan tumbuh besar dalam masa 1 tahun?

Harga getah boleh berubah setiap saat kerana ia pasaran komoditi. Ramai guru berani cakap "harga getah" naik, tetapi tak ramai yang tahu baca mata pasaran saham. Lebih malang lagi, pembeli kebun getah tidak tahu maksud pasaran komoditi.

Dalam bisnes getah, yang hanya akan kaya ialah pengilang kerana mereka dijaga oleh kerajaan. Pekebun juga dijaga oleh kerajaan dan agensi terlibat tetapi lebih kepada menolong pekebun meneruskan pekerjaan menoreh bukannya membantu jadi kaya.

"SELAMAT HARI RAYA AIDIL FITRI"

"MAAF ZAHIR DAN BATIN"


No comments:

Post a Comment