Saturday 4 January 2014

Kaedah Mengawal Pembeli (Part 2) - Mewahkan Pembeli Terpilih

Kaedah ini hanya sesuai untuk kompeni yg income 300-400k sebulan. Banyak sykt income macam ni khususnya sykt-sykt kosmetik jenis rebranding dan kosmetik OEM.

Kita berbalik kpd Syarikat AA. Jika sykt ini sudah untung ratus-ratus ribu sebulan, ia perlu segera memilih beberapa orang pembelinya (Ahlinya) yg senior untuk dijadikan 'tugu' keyakinan ahli-ahli baru.

Setelah memilih sekurang-kurangnya seorang bagi setiap negeri. Syarikat AA perlu bayar elaunnya melalui cek minima RM10,000 sebulan. Jika 14 negeri maka kosnya RM140,000 sebulan.

Adakah Syarikat AA akan rugi dgn bayaran elaun buta ini? TIDAK.

Dgn bayaran elaun kpd 14 orang ahli terpilih, Syarikat AA boleh kenakan syarat seperti:

- Pamerkan cek yang diberi setiap bulan kpd rakan-rakan.
- Mesti menjadi Group Leader bg negeri masing-masing.

Cara ini akan lebih meyakinkan ahli-ahli baru. Jika ada yg berhasrat utk meninggalkan group maka mereka akan berfikir 2-3 kali.

Syarikat AA juga blh membeli kereta mewah jenis AP utk diberikan kpd 14 ahli senior sbg modal perniagaan mereka utk menarik ahli baru. 14 kereta mewah murah sahaja sekarang ini. Bukannya bayar penuh. Tambahan pula jika dibeli atas nama syarikat, tidak perlu 'penjamin'.

Kedai-kedai kereta AP suka kalau ada mana2 bos MLM buat deal dgn mereka. Ini saja cara utk mereka pastikan kereta AP laku. Misalnya Toyota Vellfire 2.4, banyak orang pakai sekarang ni kerana harganya murah saja, RM220k. Bulanan lebih kurang RM2000 (9 tahun).

Sedangkan orang tak tahu, harga sebenar Toyota Velfire ialah RM450,000. Jadi harga RM220k adalah kereta yang keluaran 4 tahun sudah.

No comments:

Post a Comment