Sunday 12 January 2014

Cara Buka Akaun Semasa

Akaun Semasa (Current Account) adalah akaun bank tanpa buku bank. Ia digunakan oleh syarikat dan nak daftar pun kena tunjuk sijil daftar niaga.

Bila daftar Akaun Semasa, anda akan dapat 2 benda shj:

1) Buku Cek
2) Penyata Akaun Syarikat

Berapa kos buka Akaun Semasa?

- Ikut bank, kalau Bank Islam, Rm1500, kalau Maybank Rm2500, ada juga yg sampai 3 ribu. Bergantung pd bank.
- Ia bayaran utk buka sahaja. Selepas dah buka akaun dan dpt buku cek, anda blh keluarkan semua wang tu sampai jd RM100, ia takde masalah.

Bank mana yang terbaik?

- Semua bank dlm Malaysia bagus kecuali BSN. Sy buka akaun guna Maybank sbb senang nak guna online banking. Jd bila ada org buat payment, sy just periksa melalui online. Kalau nak tunggu penyata, lambat skit, awal bulan baru dpt.
- Rakan2  Cina saya pula suka guna Public Bank dan HSBC, mereka kata cepat dan senang berurusan jika ada akaun luar negara.
- Ikut keselesaan anda.

Kegunaan Penyata Bulanan bank

-Bila dah ada akaun, simpan elok2 penyata bulanan, pastikan transaksi sentiasa ada secara bulanan walaupun wang masuk cuma RM1000 sebulan. Penyata ni penting bila nak buat loan beli bangunan, kereta dan sebagainya.

Bolehkah 1 syarikat guna lebih dr 1 akaun?

Boleh saja...kalau duit banyak, ikut suka.

Siapa layak tandatangan cek?

Tuan punya syarikat akan tandatangan cek. Jika syarikat nama bapa anda, walaupun anda sendiri yg urus sykt tu, maka yg layak sain cek adalah bapa anda kerana nama anda tiada dlm sijil daftar sykt.

1 comment:

  1. Salam. Jika ada yang perlukan introducer Maybank atau CIMB boleh wassap 013 979 0000

    ReplyDelete