Wednesday 23 May 2012

Pesta Buku PERLIS (23 - 28 JUN 2012)





Pesta Buku Perlis 2012 merupakan pesta tahun yang ke-10 yang akan diadakan di Dewan 2020, Kangar, Perlis. Pesta ini akan berlangsung selama 6 hari bermula dari 23 Jun 2012 hingga 28 Jun 2012 dan dijangka akan dirasmikan oleh DYMM Tuanku Raja Perlis. Pesta Buku Perlis 2012 dianjurkan oleh Bahagian Teknologi Pendidikan Perlis dengan kerjasama Majlis Buku Kebangsaan MalaysiaJabatan Pelajaran Negeri Perlis dan disokong oleh Kerajaan Negeri PerlisBadan Kebajikan Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Perlis dilantik sebagai pengurus acara untuk pesta ini.

Pihak penganjur akan menyediakan sebanyak 72 buah ruang pameran (booth). Pelbagai jenis buku dalam Bahasa Melayu,Inggeris dan lain-lain bahasa juga barangan IT dan program-program pendidikan untuk semua peringkat dari pelbagai penerbit dan syarikat akan dipamer dan dijual kepada pengunjung. Selain pameran buku, pihak penganjur akan mengatur beberapa aktiviti sampingan oleh pelajar sekolah dan pameran daripada beberapa agensi kerajaan bagi memeriahkan lagi sambutan pesta ini.
Berdasarkan rekod sambutan pengunjung pada tahun-tahun sebelum, tahun 2012 ini pihak penganjur menjangkakan lebih dari 30,000.00 pengunjung akan melawat pesta buku ini. Beberapa sesi pengiklanan akan dijalankan oleh pihak penganjur seperti hebahan ke seluruh sekolah Perlis, masjid, jabatan-jabatan kerajaan dan lain-lain. Hebahan melalui radio dan televisyen juga akan dijalankan bagi membantu memeriahkan lagi kunjungan ke pesta ini. Pihak penganjur mengalu-alukan penyertaan syarikat tuan/puan di dalam Pesta Buku Perlis 2012 dan kesudian syarikat tuan/puan menyertainya diucapkan berbanyak terima kasih.

No comments:

Post a Comment