Friday 18 May 2012

Penerbit Islam Khianati Agama

Masalah ini dah berlarutan sekian lama tetapi sentiasa menjadi bualan hangat pekedai-pekedai indie yang menjual kitab-kitab agama. Masalah ini juga menjadi masalah yang khusus kepada pekedai-pekedai yang menitikberatkan soal hukum-hukum syarak.



Masalah utamanya ialah terdapat segelintir penerbit-penerbit muslim mengedarkan terjemahan-terjemahan al-Quran kepada kedai buku elit POPULAR. Dalam erti kata lain orang Islam memberi kepada orang bukan Islam terjemahan Al-Quran untuk dijual. Hukumnya adalah "HARAM".

Terjemahan al-Quran walaupun ada terjemahan bahasa Melayu tetapi masih ada martabat kitab al-Quran kerana di dalamnya terkandung ayat-ayat suci al-Quran bertulisan Arab. Persoalannya di sini, bolehkah penerbit-penerbit "buta agama" itu memberi jaminan kepada orang awam bahawa staf-staf POPULAR akan menjaga martabat kitab terjemahan tersebut ketika ianya disusun, dibungkus, dilempar di stor-stor?



Amat malang sekali, sesetengah penerbit Muslim tidak mementingkan halal-haram dalam bisnes sedangkan mereka sendiri menjual pelbagai kitab-kitab ulama besar.

Untuk isu ini, saya bersama-sama beberapa pekedai indie prihatin sedang dalam proses memberi laporan untuk diusulkan kepada Majlis Fatwa Kebangsaan.

No comments:

Post a Comment