Sunday 16 August 2015

Berhati-hati dengan tempat pengasuh kanak-kanak!

Kelmarin bila berjumpa dengan rakan-rakan bekas guru, kami sempat berbual-bual tentang pengalaman masing-masing selepas tamat siswazah. Dalam banyak2 topik seperti politik, ekonomi dan profesion, timbullah soal tempat mengasuh.

Dari perbualan tu, ada seorang sahabat yg pernah tinggal di Bangi memberitahu, dia pernah hantar satu taman asuhan kanak-kanak, agak popular tempat tu, ada banyak cawangan. Tetapi pengasuhnya wanita Indonesia.

KES 1##

Satu hari ketika datang mengambil anaknya yang berusia 4 tahun, didapati anaknya menangis sambil ternganga-nganga mulutnya tapi tiada pulak suara. Dia terus saja bawa balik.

Sahabat ni agak kebingungan macam mana anaknya boleh hilang suara. Padahal anaknya memang agak nakal, kalau tercedera sikit tu, katanya boleh lg diterima.

Selepas dia siasat rupa-rupanya, teknik tempat asuhan tersebut untuk 'mengajar' kanak-kanak yang suka menangis ialah dengan mengurung mereka dalam satu bilik. Jadi budak tu akan menangis keseorangan  sehingga letih dan tertidur sendiri.

Akibatnya sekarang setelah 10 tahun berlalu, anak lelakinya itu kini bersuara parau seperti orang dewasa walaupun masih sekolah rendah. Sedangkan sahabat saya itu dan isterinya bersuara lembut dan kecil.

Tapi kini, isterinya tak lagi berkerja. Walaupun masih menjadi guru tetapi atas minat dalam perniagaan, dia berjaya mengusahakan kebun getah yg luas di Kelantan.

KES 2##

Seorang sahabat perempuan, menceritakan kepada saya tentang anaknya yang ditinggalkan di satu rumah pengasuh di Pandan Jaya. Pengasuh tu pasangan suami isteri umur lingkungan 50-an. Satu hari anaknya yang berusia 1 tahun tak mahu menyusu dengannya, jadi dia kehairanan.

Selepas diperiksa dan disiasat, rupa-rupanya pengasuh yang dah berumur tu cuba menyusu sendiri dengan badannya. Walaupun mungkin dah takde susu, tapi memandangkan setiap hari mulut budak tu dah kena puting badan perempuan lain, jadi budak tu akan rasa kelainan jika nak menyusu dengan ibunya.

Kemudian sahabat saya tu cari orang lain pula, pasangan dah berumur di sekitar kawasan perumahan tu juga. Malangnya, masalah tak selesai. Pengasuh baru memberitahu sahabat saya, yang pengasuh lamanya telah datang menyerangnya semasa suaminya tiada.

Ini dah kira kes psiko.

PENGAJARAN

Cuba mengasuh sendiri anak walau dengan apa cara sekalipun. Jika nak cari pengasuh, lebih baik cari keluarga terdekat. Jika tak ada jugak, jalan terbaik ialah dengan bertanyakan dahulu kepada rakan-rakan sekerja tentang pengasuh-pengasuh yang di rekomen.

No comments:

Post a Comment